Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 4:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Maka berfirmanlah Allah kepada Yunus, “Patutkah engkau marah atas sebab pohon yang menjalar itu?” Yunus menjawab, “Memang aku patut marah sampai mati.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Tetapi Allah berfirman kepadanya, “Engkau tidak patut marah kerana tanaman itu!” Yunus menjawab, “Mengapa tidak? Memang aku patut marah sekali sampai mati.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Tetapi Allah berfirman kepadanya, “Engkau tidak patut marah kerana tanaman itu!” Yunus menjawab, “Mengapa tidak? Memang aku patut marah sekali sampai mati.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 4:9
13 Iomraidhean Croise  

Maka pulanglah Ahab ke istananya dengan marah dan geram kerana kata-kata yang diucapkan Nabot, orang Yizreel itu, kepadanya, “Hamba tidak boleh memberi tuanku harta pusaka nenek moyang hamba itu.” Lalu dia berbaring di tempat tidurnya sambil memalingkan mukanya, dan tidak mahu makan.


Engkau yang mencabik-cabik dirimu sendiri dalam amarah, masakan dunia harus dibengkalaikan demi engkau, atau batu pejal dipindahkan dari tempatnya?


Jangan sampai kegusaran memujuk engkau mencemuh, janganlah besarnya tebusan menyesatkan engkau.


Sesungguhnya, orang bodoh dibunuh oleh rasa kesal, dan orang yang bebal dimatikan oleh dengki.


Maka Yunus amat tidak senang hati lantas dia menjadi marah.


Maka TUHAN pun berfirman, “Engkau sayang kepada pohon itu, padahal bukan engkau yang bersusah payah menumbuhkannya. Pohon itu tumbuh dalam satu malam dan juga mati dalam satu malam.


Ketika terbit matahari, Allah menetapkan datang angin yang panas terik dari timur lalu amat sakitlah kepala Yunus dan dia menjadi lemah dan lesu lantas dia memohon untuk dimatikan sahaja. Katanya, “Lebih baik aku mati daripada hidup.”


Dia berkata kepada mereka, “Jiwa-Ku sungguh dukacita, bagaikan mati. Duduklah di sini berjaga bersama-Ku.”


Kesedihan yang selaras dengan kehendak Allah membawa taubat dan penyelamatan, maka tidak harus disesali. Sebaliknya, kesedihan dari dunia ini membawa maut.


Pada masa itu manusia yang diseksa itu mencari maut tetapi tidak menemukannya. Mereka ingin mati, namun kematian terlepas daripada mereka.


Setelah berhari-hari perempuan itu merengek-rengek kepadanya dan terus mendesaknya, hati Simson tidak tertahan dan dukacita kerana tujahan bertalu-talu pujukan perempuan itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan