Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 4:6 - Alkitab Versi Borneo

6 Atas kehendak TUHAN Allah, tumbuhlah sebatang pohon yang menjalar lalu menyediakan naungan bagi kepala Yunus agar reda ketidakselesaannya. Lalu sangat gembiralah Yunus kerana adanya pohon yang menjalar itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Pada masa itu TUHAN Allah menumbuhkan sejenis tanaman yang memberikan naungan kepada Yunus sehingga dia berasa selesa. Yunus sangat suka pada tanaman itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Pada masa itu TUHAN Allah menumbuhkan sejenis tanaman yang memberikan naungan kepada Yunus sehingga dia berasa selesa. Yunus sangat suka pada tanaman itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 4:6
11 Iomraidhean Croise  

Pada hari itu Haman keluar dengan gembira dan riang hati. Akan tetapi, apabila Haman melihat Mordekhai yang ada di pintu gerbang istana raja tidak bangkit berdiri dan tidak bergerak untuk memberi hormat kepadanya, meluap-luaplah amarahnya terhadap Mordekhai.


Seperti seorang hamba yang merindukan naungan, seperti seorang upahan yang menantikan upahnya,


Jika kaupandang sekilas, kekayaan itu lenyap, kerana pasti akan bersayap lalu terbang ke langit seperti rajawali.


Hizkia bergembira atas kedatangan mereka. Diperlihatkannya kepada mereka gedung harta bendanya, perak dan emas, rempah-ratus dan minyak yang berharga, seluruh gedung persenjataannya dan segala sesuatu yang terdapat dalam perbendaharaannya. Tidak ada barang dalam istana dan seluruh daerah kekuasaannya yang tidak diperlihatkan kepada mereka oleh Hizkia.


wahai kamu yang bergembira atas Lodebar, yang berkata, “Bukankah kami merebut Karnaim dengan kekuatan kami sendiri?”


Maka TUHAN menetapkan yang ketika itu datanglah seekor ikan besar lantas menelan Yunus, dan selama tiga hari dan tiga malam, Yunus tinggal di dalam perut ikan itu.


Lalu Yunus keluar dari kota itu dan duduk di sebelah timurnya. Dia membuat sebuah pondok di situ lalu duduk di bawah naungannya untuk melihat apa yang bakal terjadi kepada kota itu.


Tetapi pada hari esoknya, Allah menetapkan ada seekor ulat yang menyerang pohon itu lalu rosak dan layulah pohon itu.


Tetapi jangan kamu bersukacita kerana segala roh iblis menurut perintahmu tetapi bersukacitalah kerana namamu tercatat di syurga.”


orang yang menangis, hiduplah seolah-olah tidak bersedih; orang yang tertawa, hiduplah seolah-olah tidak gembira; orang yang membeli barang, sifatkanlah seolah-olah barang yang dibeli itu tidak dimilikinya;


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan