Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 4:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Lalu Yunus keluar dari kota itu dan duduk di sebelah timurnya. Dia membuat sebuah pondok di situ lalu duduk di bawah naungannya untuk melihat apa yang bakal terjadi kepada kota itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Kemudian Yunus pergi ke sebelah timur kota itu, dan duduk di sana. Dia membuat sebuah pondok, lalu berteduh di situ, sambil menunggu apa yang akan terjadi kepada kota Niniwe.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Kemudian Yunus pergi ke sebelah timur kota itu, dan duduk di sana. Dia membuat sebuah pondok, lalu berteduh di situ, sambil menunggu apa yang akan terjadi kepada kota Niniwe.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 4:5
10 Iomraidhean Croise  

Apabila Elia mendengar suara itu, diselubunginya mukanya dengan jubahnya, lalu keluar dan berdiri di pintu gua itu. Tiba-tiba terdengarlah suara menyapanya demikian, “Apa yang kaukerjakan di sini, wahai Elia?”


Di sana dia masuk ke dalam sebuah gua lalu bermalam di situ. Tiba-tiba datanglah firman TUHAN kepadanya demikian, “Apakah yang kaukerjakan di sini, wahai Elia?”


Aku murka kerana kesalahannya dalam hal ketamakan. Aku menghukum dia, menyembunyikan diri-Ku, dan murka, tetapi dia terus murtad di jalan yang dipilih hatinya.


Kalau aku berfikir, “Aku tidak mahu menyebut-nyebut Dia dan tidak mahu berbicara lagi atas nama-Nya,” maka dalam hatiku ada sesuatu seperti api yang menyala-nyala, terkurung dalam tulang-tulangku. Aku berlelah-lelah menahannya, tetapi aku tidak sanggup.


Para pelaut yang dalam ketakutan itu melaung meminta pertolongan tuhan masing-masing dan mereka membuang ke laut muatan di dalam kapal demi meringankan kapal. Akan tetapi, Yunus yang turun ke ruang bahagian dalam kapal berbaring di sana lalu tidur nyenyak.


Maka berfirmanlah TUHAN, “Patutkah engkau marah?”


Atas kehendak TUHAN Allah, tumbuhlah sebatang pohon yang menjalar lalu menyediakan naungan bagi kepala Yunus agar reda ketidakselesaannya. Lalu sangat gembiralah Yunus kerana adanya pohon yang menjalar itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan