Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 4:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Kemudian berdoalah dia kepada TUHAN, katanya, “Ya TUHAN, bukankah sudah kukatakan hal ini ketika aku masih di negeriku sehingga aku cepat-cepat melarikan diri ke Tarsis. Aku tahu betapa Engkaulah Tuhan pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih, serta berbelas kasihan dan tidak pula mendatangkan malapetaka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Kemudian dia berdoa, “Ya TUHAN, sebelum aku berangkat dari rumahku dahulu, tidakkah aku katakan bahawa Engkau pasti akan berbuat begini? Itulah sebabnya aku berusaha seberapa daya untuk lari ke Sepanyol! Aku tahu bahawa Engkau Allah yang penyayang dan pengasih, sentiasa sabar, lemah lembut, dan selalu bersedia untuk mengubah fikiran sehingga tidak menjatuhkan hukuman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Kemudian dia berdoa, “Ya TUHAN, sebelum aku berangkat dari rumahku dahulu, tidakkah aku katakan bahawa Engkau pasti akan berbuat begini? Itulah sebabnya aku berusaha seberapa daya untuk lari ke Sepanyol! Aku tahu bahawa Engkau Allah yang penyayang dan pengasih, sentiasa sabar, lemah lembut, dan selalu bersedia untuk mengubah fikiran sehingga tidak menjatuhkan hukuman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 4:2
24 Iomraidhean Croise  

sementara dia pergi seorang diri kira-kira sejauh sehari perjalanan ke gurun. Di sana duduklah dia di bawah sebuah pokok arar, dan memohon supaya dia mati sahaja, katanya, “Cukuplah! Sekarang, ya TUHAN, cabutlah nyawaku kerana aku ini tidak lebih baik daripada nenek moyangku.”


TUHAN penuh belas kasihan dan kasih kurnia, panjang sabar serta melimpah kasih-Nya.


TUHAN penuh kasih kurnia dan belas kasihan, tidak cepat murka dan amat pengasihan.


Namun Dia, yang penuh belas kasihan; mengampunkan dosa mereka dan tidak memusnahkan mereka. Ya, berkali-kali Dia memalingkan kemarahan-Nya daripada mereka dan tidak membiarkan kemurkaan-Nya menyala.


Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah yang penyayang dan pengasih, panjang sabar serta berlimpah kasih dan setia.


Kerana Engkau, ya Tuhan, baik dan sedia mengampuni, serta melimpahkan kasih kepada semua yang menyeru-Mu.


Kembalilah, ya TUHAN! Berapa lama? Berikanlah belas kasih kepada hamba-Mu.


Maka TUHAN pun berbelas kasihan dan tidak mendatangkan malapetaka kepada umat-Nya seperti yang dirancangkan-Nya.


Namun demikian, jika bangsa yang Kuancam itu bertaubat daripada kejahatannya, maka Aku akan menarik kembali malapetaka yang Kurancangkan bagi mereka.


Engkau telah memperdaya aku, ya TUHAN, dan aku terperdaya. Engkau lebih kuat daripada aku dan Engkau menang. Sepanjang hari aku menjadi bahan tertawaan, semua orang mengolok-olokkan aku.


Sekarang perbaiklah perilakumu dan perbuatanmu serta patuhilah TUHAN, Allahmu. Dengan demikian TUHAN akan menarik kembali malapetaka yang telah diancamkan-Nya atas kamu.


‘Jika kamu tetap tinggal di negeri ini, maka Aku akan membangunkan kamu dan tidak akan meruntuhkan kamu. Aku akan menanam kamu dan tidak akan mencabut kamu, kerana hati-Ku menyesal atas malapetaka yang telah Kudatangkan kepada kamu.


Maka TUHAN pun berbelas kasihan atas hal itu. “Itu tidak akan terjadi,” firman TUHAN.


Maka TUHAN pun berbelas kasihan atas hal itu. “Itu pun tidak akan terjadi,” firman Tuhan Allah.


Akan tetapi, Yunus melarikan diri ke Tarsis, jauh dari hadirat TUHAN. Maka, pergilah dia ke Yope, dan setelah menemui sebuah kapal, dia membayar tambangnya, dan belayar dengan orang lain ke Tarsis, jauh dari hadirat TUHAN.


Apabila Allah melihat perbuatan mereka, dan pertaubatan mereka daripada kemungkaran, maka Dia berlembut dan tidak mendatangkan malapetaka seperti yang dirancangkan-Nya terhadap mereka.


Siapa tahu? Mungkin Allah berasa belas kasihan, serta beralih daripada kemurkaan-Nya yang mengerikan lantas kita tidak binasa.”


Siapakah Allah yang seperti Engkau, yang mengampunkan kesalahan, dan yang menghapuskan pelanggaran daripada sisa harta pusaka-Nya? Dia tidak mempertahankan murka-Nya untuk seterusnya, kerana Dia menyukai kasih abadi.


Tetapi dia hendak membela dirinya lalu dia berkata kepada Yesus, “Siapakah sesama manusia itu?”


TUHAN, Allahmu, sememangnya Allah Yang Maha Penyayang. Dia tidak akan membuat kamu terlantar atau memusnahkan kamu. Dia tidak akan melupakan perjanjian dengan nenek moyangmu yang dibuat-Nya atas sumpah kepada mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan