Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 3:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Siapa tahu? Mungkin Allah berasa belas kasihan, serta beralih daripada kemurkaan-Nya yang mengerikan lantas kita tidak binasa.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Mungkin Allah akan mengubah fikiran-Nya dan tidak murka lagi, maka kita tidak akan dibinasakan!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Mungkin Allah akan mengubah fikiran-Nya dan tidak murka lagi, maka kita tidak akan dibinasakan!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 3:9
14 Iomraidhean Croise  

Jawabnya, “Ketika anak itu masih hidup aku berpuasa serta menangis, kerana fikirku, ‘Siapa tahu TUHAN akan mengasihani aku, sehingga anak itu tetap hidup.’


dan untuk mereka Dia ingat akan perjanjian-Nya lalu berlembut kerana kasih-Nya melimpah-limpah.


Engkau telah menarik balik segala kemurkaan-Mu; Engkau telah berpaling daripada nyala kemarahan-Mu.


Kembalilah, ya TUHAN! Berapa lama? Berikanlah belas kasih kepada hamba-Mu.


Sekarang perbaiklah perilakumu dan perbuatanmu serta patuhilah TUHAN, Allahmu. Dengan demikian TUHAN akan menarik kembali malapetaka yang telah diancamkan-Nya atas kamu.


Oleh sebab itu, ya Raja, kiranya nasihat hamba berkenan kepada tuanku: Tinggalkanlah dosa-dosa tuanku dengan melakukan apa yang benar, begitu juga, hapuskanlah segala kejahatan tuanku dengan berbelas kasihan kepada fakir miskin. Dengan demikian akan berlanjutanlah ketenteraman tuanku.”


Bencilah yang jahat dan cintailah yang baik, tegakkanlah keadilan dalam sidang pengadilan, barangkali TUHAN, Allah alam semesta, akan mengasihani saki-baki keturunan Yusuf.


Lalu mereka mengangkat serta mencampakkan Yunus ke laut, dan laut pun tidak mengamuk lagi.


Nakhoda datang mendapatkan Yunus dan berkata: “Bagaimana kamu boleh tidur nyenyak? Bangunlah dan berserulah kepada tuhan kamu. Mungkin tuhanmu akan mempedulikan kita supaya kita semua tidak binasa.”


Kemudian berdoalah dia kepada TUHAN, katanya, “Ya TUHAN, bukankah sudah kukatakan hal ini ketika aku masih di negeriku sehingga aku cepat-cepat melarikan diri ke Tarsis. Aku tahu betapa Engkaulah Tuhan pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih, serta berbelas kasihan dan tidak pula mendatangkan malapetaka.


Carilah hadirat TUHAN, wahai semua orang yang rendah hati di negeri, yang melaksanakan hukum-Nya. Carilah perbenaran, carilah kerendahan hati! Siapa tahu kamu akan dilindungi pada hari kemurkaan TUHAN.


Buatlah tiruan ketumbuhanmu dan tiruan tikus-tikus yang merosakkan negerimu, lalu muliakanlah Allah Israel. Mudah-mudahan Dia akan mengundurkan tangan-Nya daripadamu, daripada tuhan-tuhanmu, dan dari negerimu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan