Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 3:6 - Alkitab Versi Borneo

6 Khabar itu pun sampai kepada raja Niniwe yang terus bangkit dari takhtanya lantas menanggalkan jubahnya serta menyelubungi dirinya dengan pakaian berkabung, lalu duduk dalam abu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Ketika raja Niniwe mendengar berita itu, raja segera turun dari takhtanya. Raja menanggalkan jubahnya dan memakai kain guni, lalu duduk di atas abu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Ketika raja Niniwe mendengar berita itu, raja segera turun dari takhtanya. Raja menanggalkan jubahnya dan memakai kain guni, lalu duduk di atas abu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 3:6
20 Iomraidhean Croise  

Setelah Ahab mendengar kata-kata itu, dikoyakkannya pakaiannya, dikenakannya kain perkabungan pada tubuhnya, dan berpuasalah dia dan tidur dengan memakai kain perkabungan dan berjalan perlahan-lahan.


Ayub mengambil sekeping pecahan tembikar untuk mengikis-ngikis badannya sambil duduk di tengah-tengah abu.


Oleh sebab itu aku memandang hina diriku, dan duduk menyesal dalam debu dan abu.”


Di jalan, mereka memakai kain kabung, di atas bumbung rumah dan di tempat umum semua orang meraung-raung dan jatuh menangis.


Katakanlah kepada raja dan kepada bonda permaisuri, “Duduklah di tempat yang rendah kerana perhiasan kepalamu telah diturunkan, iaitu mahkota kemuliaanmu.”


Mikhaya memberitahukan kepada mereka segala firman yang didengarnya ketika Barukh membacakan kitab itu kepada rakyat.


Raja dan para pegawainya yang mendengar segala firman itu tidak berasa takut dan tidak mengoyakkan pakaian mereka.


wahai puteri umat-Ku, pakailah kain perkabungan dan berguling-gulinglah dalam abu. Berkabunglah dengan ratapan yang getir seperti orang yang kehilangan anak tunggal, kerana tiba-tiba si pembinasa datang menyerang kita.


Para tua-tua puteri Sion duduk membisu di tanah. Mereka menghamburkan debu ke atas kepala dan memakai kain perkabungan. Anak-anak dara Yerusalem menundukkan kepala ke tanah.


Biarlah mulutnya membaham debu, mungkin masih lagi ada harapan.


Semua pemimpin kawasan laut akan turun daripada takhta mereka, meletakkan jubah mereka, dan menanggalkan pakaian mereka yang bersulam. Dengan diliputi kegentaran mereka akan duduk di tanah. Mereka akan berasa gentar setiap saat dan tercengang-cengang melihat engkau.


Lalu aku menumpukan hati kepada Tuhan Allah dengan berikhtiar dalam doa dan permohonan sambil berpuasa serta mengenakan kain perkabungan dan abu.


Jangan khabarkan hal itu di Gat, jangan sekali-kali menangis! Berguling-gulinglah di dalam debu di Bet-Le-Afra!


“Malangnya kamu, hai Korazin! Malangnya kamu, hai Betsaida! Sekiranya mukjizat-mukjizat yang dilakukan dalam kalanganmu dilakukan di Tirus dan Sidon, tentu sudah lama orang di situ bertaubat, dengan memakai baju kabung dan membubuh abu di kepala.


“Malangnya kamu, hai Korazin! Malangnya kamu, hai Betsaida! Sekiranya mukjizat yang dilakukan dalam kalanganmu dilakukan di Tirus dan Sidon, tentu sudah lama orang di situ bertaubat dengan memakai baju kabung dan membubuh abu di kepala.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan