Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 3:2 - Alkitab Versi Borneo

2 “Bangkitlah dan pergilah ke Niniwe, kota yang besar itu, dan sampaikanlah kepada penduduknya perisytiharan yang Aku firmankan kepadamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 TUHAN berfirman, “Pergilah ke Niniwe, kota besar itu. Beritahulah penduduk kota itu perkhabaran yang Aku berikan kepadamu ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 TUHAN berfirman, “Pergilah ke Niniwe, kota besar itu. Beritahulah penduduk kota itu perkhabaran yang Aku berikan kepadamu ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 3:2
13 Iomraidhean Croise  

Isinya menetapkan hari-hari Purim itu pada waktu yang ditentukan, sebagaimana yang telah ditetapkan bagi mereka oleh Mordekhai, orang Yahudi itu, juga oleh Ratu Ester, dan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri bagi diri mereka sendiri serta bagi keturunan mereka dalam hal berpuasa dan meratap.


Lalu Musa memberitahu Harun tentang semua kata yang TUHAN suruh disampaikannya dan semua keajaiban yang harus dibuatnya, seperti yang diperintahkan-Nya.


Tetapi bersiaplah engkau! Sampaikanlah segera kepada mereka semua yang Kuperintahkan kepadamu. Jangan kecut hati menghadapi mereka, supaya Aku tidak membuat engkau kecut hati di hadapan mereka.


Firman TUHAN kepadaku, “Jangan katakan, ‘Aku ini masih muda lagi,’ kerana engkau harus pergi ke mana-mana sahaja Aku mengutusmu, dan engkau harus menyampaikan apa-apa sahaja yang Kuperintahkan kepadamu.


Sampaikanlah firman-Ku kepada mereka, sama ada mereka mahu mendengar atau tidak, kerana mereka itu derhaka.


“Wahai anak manusia, Aku telah menetapkan engkau untuk menjadi penjaga bagi keturunan kaum Israel. Oleh sebab itu dengarlah firman daripada-Ku dan berilah mereka peringatan atas nama-Ku.


“Bangunlah, pergilah ke Niniwe, ibu kota yang besar itu, dan berserulah terhadap mereka kerana kemungkaran mereka sudah nyata kepada-Ku.”


Maka datanglah firman TUHAN buat kali keduanya, kepada Yunus demikian:


Bersegeralah Yunus pergi ke Niniwe mematuhi firman TUHAN. Niniwe sebuah kota amat besar yang luasnya selama tiga hari perjalanan.


Buktikanlah dengan perbuatan bahawa kamu telah bertaubat.


Tidak lama selepas itu, Yesus bertemu dengan orang itu di dalam Bait Suci dan berkata kepadanya, “Sekarang kamu sudah sembuh. Jangan berbuat dosa lagi, supaya kamu tidak menerima padah yang lebih teruk.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan