Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 3:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Apabila Allah melihat perbuatan mereka, dan pertaubatan mereka daripada kemungkaran, maka Dia berlembut dan tidak mendatangkan malapetaka seperti yang dirancangkan-Nya terhadap mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Allah melihat perbuatan mereka; Dia nampak bahawa mereka tidak lagi berbuat jahat. Oleh itu Dia mengubah fikiran-Nya dan tidak melaksanakan hukuman yang dirancangkan-Nya terhadap mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Allah melihat perbuatan mereka; Dia nampak bahawa mereka tidak lagi berbuat jahat. Oleh itu Dia mengubah fikiran-Nya dan tidak melaksanakan hukuman yang dirancangkan-Nya terhadap mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 3:10
18 Iomraidhean Croise  

Kemudian Allah mengutus malaikat untuk memusnahkan Yerusalem. Akan tetapi, ketika malaikat itu hendak memusnahkan kota itu, TUHAN melihatnya dan berbelas kasihan kerana malapetaka yang hendak didatangkan-Nya. Maka firman-Nya kepada malaikat pemusnah itu, “Cukup! Sekarang turunkanlah tanganmu.” Pada waktu itu malaikat TUHAN sedang berdiri berdekatan dengan tempat pembantingan Ornan, orang Yebus.


Maka TUHAN pun berbelas kasihan dan tidak mendatangkan malapetaka kepada umat-Nya seperti yang dirancangkan-Nya.


Orang yang menyembunyikan pelanggarannya tidak akan beruntung, tetapi sesiapa mengakui dan meninggalkannya akan mendapat rahmat.


Itulah sebabnya TUHAN menanti-nantikan saat untuk mengasihani kamu, itulah sebabnya Dia bangkit untuk menyayangi kamu, kerana TUHAN sememangnya Allah yang adil. Berbahagialah semua orang yang menanti-nantikan Dia!


Ada kalanya Aku berfirman bahawa Aku akan mencabut, merobohkan, dan membinasakan sesuatu bangsa atau sesuatu kerajaan.


Namun demikian, jika bangsa yang Kuancam itu bertaubat daripada kejahatannya, maka Aku akan menarik kembali malapetaka yang Kurancangkan bagi mereka.


Mudah-mudahan ketika keturunan kaum Yehuda mendengar tentang segala malapetaka yang Kurancang bagi mereka, setiap orang mahu berbalik daripada jalan hidupnya yang jahat. Dengan demikian Aku akan mengampunkan kesalahan dan dosa mereka.”


‘Jika kamu tetap tinggal di negeri ini, maka Aku akan membangunkan kamu dan tidak akan meruntuhkan kamu. Aku akan menanam kamu dan tidak akan mencabut kamu, kerana hati-Ku menyesal atas malapetaka yang telah Kudatangkan kepada kamu.


Koyakkanlah hatimu, bukan pakaianmu, dan kembalilah kepada TUHAN, Allahmu, kerana Dia pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih-Nya, dan sentiasa mengampuni dan tidak suka menghukum.


Maka TUHAN pun berbelas kasihan atas hal itu. “Itu tidak akan terjadi,” firman TUHAN.


Maka TUHAN pun berbelas kasihan atas hal itu. “Itu pun tidak akan terjadi,” firman Tuhan Allah.


Jadi, tidak patutkah Aku menyayangi Niniwe, kota yang besar itu? Bukankah di dalamnya ada lebih daripada 120,000 orang, yang tidak tahu membezakan antara tangan kanan daripada tangan kiri, malahan banyak pula haiwan ternakannya?”


Kemudian berdoalah dia kepada TUHAN, katanya, “Ya TUHAN, bukankah sudah kukatakan hal ini ketika aku masih di negeriku sehingga aku cepat-cepat melarikan diri ke Tarsis. Aku tahu betapa Engkaulah Tuhan pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih, serta berbelas kasihan dan tidak pula mendatangkan malapetaka.


Pada hari penghakiman, orang Niniwe akan bangkit bersama orang zaman ini dan menuduhnya pula kerana orang Niniwe itu bertaubat apabila mendengar perkhabaran Yunus; dan sekarang di sini ada yang lebih besar daripada Yunus.”


Dia pun kembali kepada bapanya. Semasa dia masih jauh lagi, bapanya nampak dia. Hatinya penuh dengan belas kasihan dan dia berlari menemuinya. Bapanya memeluk dan menciumnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan