Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 2:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Mereka yang bersandar pada berhala yang tidak berguna, sekadar menyingkirkan kasih setia yang tersedia bagi mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Para penyembah berhala yang sia-sia, meninggalkan Engkau dan tidak lagi setia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Para penyembah berhala yang sia-sia, meninggalkan Engkau dan tidak lagi setia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 2:8
11 Iomraidhean Croise  

Mereka menolak segala ketetapan-Nya dan perjanjian yang telah diikat-Nya dengan nenek moyang mereka, juga peraturan-peraturan yang telah disampaikan-Nya kepada mereka. Mereka mengejar kesia-siaan, sehingga mereka menjadi sia-sia. Mereka mengikuti bangsa-bangsa yang ada di sekeliling mereka, padahal TUHAN telah memerintah mereka supaya jangan berlaku seperti kalangan itu.


Pandanglah ke sebelah kananku dan lihatlah; tiada sesiapa pun yang mengiktirafku. Penaungku tidak menolongku; tiada sesiapa pun yang mengambil berat tentang jiwaku.


Aku membenci penyembah berhala yang tidak berguna; aku percaya kepada TUHAN.


Selamatkanlah aku daripada perangkap lumpur, jangan biarkan aku tenggelam; selamatkan aku daripada mereka yang membenciku, dan daripada air yang dalam.


Mereka itu semata-mata dungu dan bodoh, diajar berhala-berhala yang kayu belaka.


Ya TUHAN, kekuatanku dan bentengku, tempat pelarianku pada hari kesesakan, kepada-Mu bangsa-bangsa akan datang dari hujung-hujung bumi dan berkata, “Sungguh, yang diwarisi nenek moyang kami hanyalah kebohongan, berhala yang sia-sia dan tidak berfaedah.


“Umat-Ku telah melakukan dua kejahatan: mereka meninggalkan Aku, mata air yang hidup, dan menggali perigi mereka sendiri, iaitu perigi bocor, yang tidak dapat memuat air.


Dengarlah, wahai bangsa-bangsa sekalian! Perhatikanlah, wahai bumi dan segala isinya! Biarlah Tuhan Allah menjadi saksi terhadap kamu, TUHAN dari Bait-Nya yang suci.


Jangan menyimpang, mengikuti kesia-siaan yang tidak memberikan faedah dan tidak menyelamatkan, kerana semua itu kesia-siaan belaka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan