Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 2:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Ketika jiwaku sedang rimpuh dalam diriku, aku teringat kepada TUHAN, dan doaku sampai kepada-Mu, ke Bait-Mu yang suci.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 2:7
23 Iomraidhean Croise  

Setelah itu, para imam Lewi segera memberkati rakyat. Suara mereka didengar Allah dan doa mereka sampai ke tempat kediaman-Nya yang suci di syurga.


TUHAN di dalam rumah-Nya yang suci; takhta-Nya di syurga. Dia memerhatikan; dan menguji anak-anak manusia.


Apabila rohku tertekan di dalamku, ketika itu Engkau tahu jalanku. Di jalan tempat aku melangkah, senyap-senyap mereka memasang jerat untukku.


Aku mengenang zaman silam; aku merenungkan semua perbuatan-Mu, aku memikirkan segala hasil kerja tangan-Mu.


Dalam kesesakanku aku berseru kepada TUHAN; aku meraung kepada Allahku. Dia mendengar suaraku dari Bait Suci-Nya; raunganku sampai kepada pendengaran-Nya.


Ada orang yang meletakkan kepercayaan pada pedati atau kuda, tetapi kita semata-mata mengingati nama TUHAN, Allah kita.


Aku dicurah keluar seperti air, dan semua tulangku terseliuh daripada sendinya. Hatiku seperti lilin; dan telah cair dalam diriku.


Tentulah aku putus asa melainkan aku percaya: bahawa aku akan melihat kebaikan TUHAN di tanah orang yang hidup.


Mengapa kau nestapa, wahai jiwaku? Mengapa kau resah gelisah? Berharaplah kepada Allah, kerana aku akan memuji-Nya, Penyelamatku dan Allahku.


Mengapa kau nestapa, wahai jiwaku? Mengapa engkau resah gelisah? Berharaplah kepada Allah, kerana aku akan memuji-Nya, Penyelamatku.


Mengapa kau nestapa, wahai jiwaku? Mengapa kau resah gelisah? Berharaplah kepada Allah, kerana aku akan memuji-Nya, Penyelamatku dan Allahku.


Diberkatilah orang yang Kaupilih untuk mendekati-Mu! Dan tinggal di tempat Engkau bertakhta, kami akan dilimpahi berkat rumah-Mu, tempat suci-Mu.


Sesungguhnya, kepahitan yang dalam mendatangkan kesejahteraan bagiku. Kerana kasih-Mu kepada jiwaku, Engkau telah melepaskannya daripada lubang kebinasaan. Engkau telah melemparkan segala dosaku ke belakang-Mu.


Siapakah antara kamu yang takut kepada TUHAN dan mendengar perkataan hamba-Nya? Kalau dia berjalan dalam kegelapan dan tidak ada cahaya baginya, biarlah dia percaya kepada nama TUHAN dan bergantung pada Allahnya.


Kataku, ‘Aku dinyahkan dari depan mata-Mu. Namun demikian, pandanganku tetap ke arah Bait-Mu yang suci.’


Dengarlah, wahai bangsa-bangsa sekalian! Perhatikanlah, wahai bumi dan segala isinya! Biarlah Tuhan Allah menjadi saksi terhadap kamu, TUHAN dari Bait-Nya yang suci.


Tetapi TUHAN hadir di dalam Bait-Nya yang suci. Biarlah seluruh bumi berdiam diri di hadirat-Nya!


Fikirkanlah Dia yang tabah menderita apabila orang berdosa memusuhi-Nya, supaya kamu tidak berasa bosan dan tawar hati.


Daud menjadi begitu tertekan apabila rakyat berkata hendak merejamnya dengan batu. Memang seluruh rakyat itu berasa amat pedih lantaran tertawannya anak masing-masing, baik lelaki mahupun perempuan. Namun begitu, Daud menguatkan hati di dalam TUHAN, Allahnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan