Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 2:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Katanya, “Aku menagih ihsan TUHAN dan berseru kepada-Nya dalam penderitaanku, dan Dia menjawabku. Dari dalam perut alam kubur aku berteriak dan Engkau mendengar suaraku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 “Ya TUHAN, dalam kesusahanku aku berseru kepada-Mu, dan Engkau menjawab aku. Dari dunia orang mati aku mohon pertolongan, permohonanku Engkau dengar dan perhatikan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 “Ya TUHAN, dalam kesusahanku aku berseru kepada-Mu, dan Engkau menjawab aku. Dari dunia orang mati aku mohon pertolongan, permohonanku Engkau dengar dan perhatikan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 2:2
26 Iomraidhean Croise  

Dalam kesesakannya dia memohon belas kasihan TUHAN, Allahnya. Dia sangat merendahkan diri di hadapan Allah nenek moyangnya


Azab maut telah mengelilingiku, dan seksa kubur telah mencengkamku; aku menanggung kesusahan dan kedukaan.


Dalam kesusahanku aku berseru kepada TUHAN, dan Dia mendengar seruanku.


kerana Engkau tidak akan meninggalkan rohku di alam maut, dan Engkau tidak akan membiarkan Orang Suci-Mu reput.


Kerana Dia tidak menghina atau menjijikkan derita orang yang menderita; dan Dia tidak menyembunyikan wajah-Nya daripada dia. Apabila dia berseru kepada-Nya, Dia mendengar.


Orang malang berseru merayu, dan TUHAN mendengar rayuannya; lalu menyelamatkannya daripada segala kesusahannya.


Jawablah apabila aku berseru kepada-Mu, Ya Allahku yang benar. Kurangkan penderitaanku; kasihanilah aku dan dengar doaku.


Dari hujung bumi aku akan merayu kepada-Mu, ketika hatiku tertekan; bimbinglah aku ke tempat batuan yang lebih tinggi daripadaku.


Engkau yang mendengar doa, semua manusia akan datang kepada-Mu.


Kerana sungguh melimpah kasih-Mu kepadaku; dan Engkau telah melepaskan jiwaku daripada kubur.


Alam kubur di bawah bergetar untuk menyambut kedatanganmu. Dibangunkannya para arwah bagimu, iaitu semua bekas pemimpin di bumi. Semua mantan raja bangsa-bangsa dibangkitkannya dari takhta mereka.


Aku menyeru nama-Mu, ya TUHAN, dari dasar kancah yang terdalam.


Aku bermaksud menurunkan engkau bersama-sama mereka yang turun ke liang kubur untuk menemui bangsa purbakala. Akan Kutempatkan engkau di bahagian bumi yang terbawah seperti reruntuhan purbakala bersama-sama mereka yang turun ke liang kubur, supaya engkau tidak lagi dihuni orang dan Aku mengurniakan kemuliaan di negeri orang yang hidup.


Semua itu terjadi supaya tidak ada lagi pokok di tepi air itu tumbuh menjulang tinggi atau menjulurkan pucuknya yang teratas di antara cabang yang rendang, dan tidak ada lagi pokok besar yang dapat berdiri tinggi-tinggi walaupun banyak menyerap air, kerana semuanya telah ditentukan untuk mati di bahagian bumi yang terbawah, di antara anak manusia yang turun ke liang kubur.’


Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut ikan besar, begitu jugalah Anak Manusia akan tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut bumi.


Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya.


Dalam kesengsaraan Dia berdoa, peluh-Nya seperti darah menitik ke tanah.


Kerana Engkau tidak akan meninggalkan rohku di alam maut, dan Engkau tidak akan membiarkan Orang Suci-Mu reput.


Ketika Yesus hidup sebagai manusia, Dia telah berdoa dan merayu dengan ratap tangis kepada Allah yang berkuasa menyelamatkan-Nya daripada kematian, dan Allah telah mendengar-Nya kerana kesalihan-Nya.


Janganlah anggap hambamu ini seorang perempuan yang nista. Atas sebab begitu besarnya keluh-kesah dan sakit hati hamba, maka hamba berdoa seperti ini sejak tadi.”


Daud menjadi begitu tertekan apabila rakyat berkata hendak merejamnya dengan batu. Memang seluruh rakyat itu berasa amat pedih lantaran tertawannya anak masing-masing, baik lelaki mahupun perempuan. Namun begitu, Daud menguatkan hati di dalam TUHAN, Allahnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan