Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 1:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Jawab Yunus, “Aku orang Ibrani. Aku takut kepada TUHAN, Allah semesta langit, yang menjadikan lautan dan daratan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Yunus menjawab, “Aku orang Ibrani. Aku menyembah TUHAN, Allah di syurga, yang mencipta laut dan darat.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Yunus menjawab, “Aku orang Ibrani. Aku menyembah TUHAN, Allah di syurga, yang mencipta laut dan darat.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 1:9
29 Iomraidhean Croise  

Lalu Allah menamai bahagian yang kering itu darat, dan kumpulan air itu dinamai-Nya laut. Allah melihat semua itu baik.


Lalu seorang yang berjaya melarikan diri pergi menemui Abram, orang Ibrani itu dan memberitahukan hal itu kepadanya. Pada masa itu Abram tinggal berdekatan dengan pokok-pokok oak milik Mamre, seorang warga Amori, saudara kepada Eskol dan Aner. Mereka ini ialah sekutu Abram.


TUHAN, Allah semesta langit, telah mengambil aku dari rumah ayahku serta dari tanah kelahiranku. Dia pun telah berfirman serta bersumpah kepadaku demikian, ‘Kepada keturunanmu Aku akan mengurniakan negeri ini.’ Maka tentunya Dia juga akan mengutus malaikat-Nya berjalan di depanmu, supaya kamu dapat mengambil seorang isteri bagi anakku dari sana.


dia pun memanggil seisi rumahnya. Katanya kepada mereka, “Lihat, suamiku membawa kepada kita seorang Ibrani untuk mempermainkan kita! Dia masuk untuk tidur dengan aku, tetapi aku berteriak dengan suara nyaring.


Ketika mereka mula-mula tinggal di sana, mereka tidak menyembah TUHAN. Oleh sebab itu TUHAN melepaskan singa-singa di tengah-tengah mereka sehingga terbunuh beberapa orang daripada mereka.


Maka datanglah seorang imam yang telah dibuang dari Samaria, lalu tinggal di Betel. Dia mengajar mereka cara seharusnya menyembah TUHAN.


“Beginilah titah Kores, raja Parsi, ‘TUHAN, Allah semesta langit, mengurniakan segala kerajaan di bumi kepadaku dan Dia menugaskan aku untuk membina sebuah bait bagi-Nya di Yerusalem, di Tanah Yehuda.


Beginilah jawapan yang diberikan mereka kepada kami, ‘Kami hamba Allah semesta langit dan bumi, dan kami sedang membina semula bait yang telah dibina bertahun-tahun yang lampau. Seorang raja Israel yang agung dahulu membina dan menyelesaikannya.


Sebaik sahaja mendengar perkataan itu, duduklah aku lantas menangis dan berkabung selama beberapa hari. Aku berpuasa dan berdoa di hadapan Allah semesta langit,


Tanya raja kepadaku, “Apakah yang ingin kamu minta?” Aku berdoa kepada Allah semesta langit


“Engkaulah TUHAN, Engkau sahaja! Engkau telah menjadikan langit, bahkan langit di atas segala langit, dengan segala penghuninya, bumi dengan segala yang ada di atasnya, dan laut dengan segala yang ada di dalamnya. Engkau memelihara semuanya, dan seluruh angkatan di langit pun menyembah Engkau.


Jawab Iblis kepada TUHAN, “Adakah Ayub takut kepada Allah dengan begitu sahaja?


Bersyukurlah kepada Allah di syurga, kasih-Nya kekal selama-lamanya.


Raja Mesir juga memerintahkan para bidan orang Ibrani, iaitu seorang yang bernama Sifra dan nama yang seorang lagi pula Pua,


Ketika dia keluar lagi keesokan harinya, dia melihat dua orang Ibrani sedang berkelahi. Bertanyalah dia kepada orang yang bersalah, “Mengapakah kamu memukul rakan sebangsa denganmu?”


Pada zaman raja-raja itulah Allah semesta langit akan mendirikan sebuah kerajaan yang tidak akan binasa untuk selama-lamanya, dan pemerintahannya tidak akan beralih kepada bangsa lain. Kerajaan itu akan memecahkan dan meniadakan semua kerajaan lainnya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tegak untuk selama-lamanya.


Setelah itu, orang Israel akan kembali dan mencari hadirat TUHAN, Allah mereka, serta Daud raja mereka. Pada hari-hari terakhir mereka akan datang dengan gementar kepada TUHAN dan restu-Nya.


“Mengapa kamu berbuat begini? Kami manusia biasa seperti kamu sekalian! Kami datang membawa berita baik supaya kamu berhenti daripada pemujaan yang sia-sia ini dan datang kepada Allah yang hidup, yang menjadikan langit, bumi dan laut serta segala yang di dalamnya.


Malam tadi, di sisi aku terdiri malaikat daripada Allah yang memiliki seluruh diriku dan yang aku sembah.


Aku disunatkan ketika berumur lapan hari, berbangsa Israel, daripada suku Benyamin, seorang Ibrani keturunan orang Ibrani; dalam hal Taurat aku orang Farisi;


Pada ketika itu terjadilah gempa bumi yang dahsyat, memusnahkan sepersepuluh kota itu. Tujuh ribu orang terbunuh dalam gempa itu. Mereka yang masih hidup sungguh takut lalu memuliakan Allah yang berada di syurga.


Siapakah yang tidak takut kepada-Mu, Ya Tuhan, dan memuliakan nama-Mu? Kerana hanya Engkaulah Yang Maha Suci. Semua bangsa akan datang dan sujud menyembah-Mu, kerana penghakiman-Mu telah ternyata.”


Mereka mengkufuri Allah yang memerintah syurga kerana kesakitan dan pekung di tubuh mereka. Mereka tidak bertaubat daripada perbuatan mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan