Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 1:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Para pelaut yang dalam ketakutan itu melaung meminta pertolongan tuhan masing-masing dan mereka membuang ke laut muatan di dalam kapal demi meringankan kapal. Akan tetapi, Yunus yang turun ke ruang bahagian dalam kapal berbaring di sana lalu tidur nyenyak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 1:5
22 Iomraidhean Croise  

Maka mereka mengambil lembu yang diberikan kepada mereka, mengolahnya, lalu memanggil nama Baal dari pagi sampai tengah hari. Mereka berseru-seru, “Ya Baal, jawablah kami!” Tetapi tidak ada suara dan tidak ada yang menjawab. Sementara itu mereka berkinja-kinja di sekeliling mazbah yang dibuat mereka.


Jawab Iblis kepada TUHAN, “Kulit ganti kulit! Orang akan memberikan segala miliknya ganti nyawanya.


Kerana Dia memerintahkan angin ribut bertiup dan meninggikan gelombang-gelombang laut.


api dan hujan batu, salji dan awan, angin ribut yang menunaikan firman-Nya,


ada waktu untuk mencari, ada waktu untuk membiarkan hilang; ada waktu untuk menyimpan, ada waktu untuk membuang;


“Berkumpullah dan datanglah! Ke marilah bersama-sama, wahai kamu yang terselamat di antara bangsa! Tidak berpengetahuan orang yang mengarak patung ukiran daripada kayu, yang berdoa kepada tuhan yang tidak dapat menyelamatkan.


Di manakah tuhan-tuhanmu yang kaubuat untuk dirimu? Biarlah mereka bangkit jika mereka dapat menyelamatkan engkau pada waktu kesusahanmu! Sebanyak jumlah kotamu, demikianlah banyaknya tuhanmu, wahai Yehuda!


Mereka tidak berseru kepada-Ku dari dalam hati, melainkan meraung-raung di atas tempat tidur mereka. Mereka berkumpul untuk memohonkan gandum dan air anggur, tetapi mereka menjauh daripada Aku.


Maka berserulah mereka kepada TUHAN, “Ya TUHAN, janganlah sampai kami binasa bahana perbuatan orang ini; janganlah kami yang tidak bersalah terhukum atas perbuatannya sebab Engkau, ya TUHAN telah melakukan sebagaimana Kaukehendaki.”


Amat takutlah mereka semua kepada TUHAN lalu mereka mempersembahkan korban sembelihan dan mengucapkan nazar kepada TUHAN.


Nakhoda datang mendapatkan Yunus dan berkata: “Bagaimana kamu boleh tidur nyenyak? Bangunlah dan berserulah kepada tuhan kamu. Mungkin tuhanmu akan mempedulikan kita supaya kita semua tidak binasa.”


Apabila pengantin lelaki lewat tiba, mereka semuanya mengantuk lalu tertidur.


Selepas itu, Dia mendapati mereka tidur lagi, kerana mata mereka sungguh mengantuk.


Setelah itu, Dia mendapatkan murid-murid-Nya lalu berkata, “Adakah kamu masih tidur dan berehat? Lihatlah, masanya telah menjelang, dan Anak Manusia sedang dikhianati untuk diserahkan ke tangan orang berdosa.


Setelah kenyang sekaliannya, kapal itu diringankan lagi dengan membuang gandum ke laut.


Delila memujuk agar Simson tidur di pangkuannya, lalu dipanggilnya seorang dan disuruhnya mencukur ketujuh-tujuh jambul rambutnya, sehingga mulailah Simson ditundukkan oleh perempuan itu sesudah dia tiada lagi kekuatannya itu.


Sesampainya di kandang-kandang domba di tepi jalan itu, ada gua dan Saul masuk ke dalamnya untuk membuang air, tetapi Daud dan pasukannya sedang berada di bahagian belakang gua itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan