Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 1:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Tetapi TUHAN menurunkan angin ribut kencang hingga laut bergelora dan kapal yang dihentam gelora itu hampir-hampir pecah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4-5 Yunus turun ke tempat yang paling bawah dan berbaring di situ, lalu dia tertidur dengan nyenyak. Kemudian TUHAN mendatangkan angin kencang ke laut, lalu terjadilah angin ribut yang dahsyat, yang memukul kapal itu sehingga hampir hancur. Anak-anak kapal sangat takut dan berteriak-teriak minta tolong, masing-masing kepada dewa mereka sendiri. Mereka membuang muatan kapal itu ke dalam laut untuk mengurangi bahaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4-5 Yunus turun ke tempat yang paling bawah dan berbaring di situ, lalu dia tertidur dengan nyenyak. Kemudian TUHAN mendatangkan angin kencang ke laut, lalu terjadilah angin ribut yang dahsyat, yang memukul kapal itu sehingga hampir hancur. Anak-anak kapal sangat takut dan berteriak-teriak minta tolong, masing-masing kepada dewa mereka sendiri. Mereka membuang muatan kapal itu ke dalam laut untuk mengurangi bahaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 1:4
13 Iomraidhean Croise  

Apa sahaja yang TUHAN berkenan, dilakukan-Nya, di syurga dan di bumi, di lautan dan di semua tempat yang dalam.


Dia membuat wap naik dari semua pelosok bumi; Dia menghantar kilat bersama hujan; Dia mengeluarkan angin daripada perbendaharaan-Nya.


api dan hujan batu, salji dan awan, angin ribut yang menunaikan firman-Nya,


Musa pun menghulurkan tongkatnya ke atas Tanah Mesir, lalu TUHAN mendatangkan angin timur ke negeri itu sehari-harian dan semalam-malaman. Pagi harinya angin timur itu membawa kawanan belalang juta.


Maka TUHAN membalikkan angin itu untuk menjadi angin barat yang sangat kencang. Angin itu membawa semua belalang juta yang ada dan mencampakkannya ke dalam Laut Merah. Tidak ada seekor pun belalang juta yang tertinggal di seluruh daerah Mesir.


Kemudian Musa menghulurkan tangannya ke atas laut, dan TUHAN menguakkan laut dengan angin timur yang keras semalam-malaman itu, sehingga membuat dasar laut untuk menjadi tanah yang kering. Air pun terbelah.


Engkau meniup dengan angin-Mu, dan laut pun meliputi mereka. Mereka tenggelam seperti perum dalam kehebatan kuasa air itu.


Ketika Dia memperdengarkan suara-Nya, riuhlah air di langit. Dia menaikkan kabus dari hujung bumi, membuat kilat menyertai hujan, dan mengeluarkan angin daripada perbendaharaan-Nya.


Sesungguhnya, Dia yang membentuk gunung dan yang menciptakan angin, yang memberitahukan kepada manusia isi fikiran-Nya, yang membuat fajar menjadi gelap, dan yang memijak tempat-tempat tinggi di bumi — TUHAN, Allah alam semesta, itulah nama-Nya.


Kemudian bertiuplah angin daripada TUHAN, menerbangkan burung-burung puyuh dari arah laut dan menjatuhkannya di sekitar perkhemahan hingga kira-kira sehari perjalanan jauhnya di sekeliling perkhemahan itu. Burung-burung itu berterbangan kira-kira dua hasta di atas permukaan tanah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan