Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 1:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Akan tetapi, Yunus melarikan diri ke Tarsis, jauh dari hadirat TUHAN. Maka, pergilah dia ke Yope, dan setelah menemui sebuah kapal, dia membayar tambangnya, dan belayar dengan orang lain ke Tarsis, jauh dari hadirat TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Tetapi Yunus pergi ke arah lain untuk menjauhi TUHAN. Yunus pergi ke Yope, dan mendapati kapal yang akan belayar ke Sepanyol. Setelah membayar wang tambang, Yunus naik kapal; dia belayar bersama dengan anak-anak kapal ke Sepanyol, supaya dia dapat menjauhkan diri daripada TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Tetapi Yunus pergi ke arah lain untuk menjauhi TUHAN. Yunus pergi ke Yope, dan mendapati kapal yang akan belayar ke Sepanyol. Setelah membayar wang tambang, Yunus naik kapal; dia belayar bersama dengan anak-anak kapal ke Sepanyol, supaya dia dapat menjauhkan diri daripada TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 1:3
35 Iomraidhean Croise  

Terdengar kepada mereka suara TUHAN Allah yang berjalan di taman pada ketika hari dingin lalu manusia serta isterinya menyembunyikan diri dari hadirat TUHAN Allah di antara pokok di dalam taman.


Maka pergilah Kain dari hadirat TUHAN lalu tinggal di Tanah Nod, di sebelah timur Eden.


Apabila diketahuinya hal itu, Elia bergegas pergi menyelamatkan diri. Sesampainya di Bersyeba, wilayah Yehuda, ditinggalkannya pelayannya di sana


Di sana dia masuk ke dalam sebuah gua lalu bermalam di situ. Tiba-tiba datanglah firman TUHAN kepadanya demikian, “Apakah yang kaukerjakan di sini, wahai Elia?”


Sekarang, kirimkanlah gandum, barli, minyak, dan anggur yang tuanku sebutkan itu melalui hamba-hamba tuan.


Kami akan menebang kayu dari Lebanon sebanyak yang tuan perlukan. Selanjutnya kayu itu akan kami bawa kepada tuan dengan rakit melalui laut ke Yope, dan tuan dapat mengangkutnya ke Yerusalem.”


Raja mempunyai kapal-kapal yang berlayar ke Tarsis bersama hamba-hamba Hiram. Tiga tahun sekali kapal-kapal Tarsis itu datang mengangkut emas, perak, gading, kera, dan burung merak.


Oleh sebab itu mereka memberikan wang kepada tukang batu dan tukang kayu, juga memberikan makanan, minuman, serta minyak kepada orang Sidon dan Tirus, supaya mereka membawa kayu araz dari Lebanon ke laut dekat Yope, menepati keizinan yang diberikan kepada mereka oleh Kores, raja Parsi.


Maka firman TUHAN kepada Iblis, “Nah, segala sesuatu miliknya ada dalam kuasamu. Hanya, jangan kausentuh dirinya.” Kemudian pergilah Iblis dari hadirat TUHAN.


Kemudian Iblis pergi dari hadirat TUHAN. Dia menimpakan Ayub dengan barah bisul yang parah dari telapak kaki sampai ke ubun-ubunnya.


Mereka yang turun ke laut menaiki kapal; yang berurusan di lautan luas.


bagi semua kapal Tarsis; dan bagi semua kapal yang indah.


Pernyataan ilahi tentang Tirus. Meraung-raunglah, wahai kapal-kapal Tarsis, kerana Tirus telah rosak sehingga tidak ada rumah atau pelabuhan lagi. Hal itu dinyatakan kepada mereka dari Tanah Siprus.


Lintasilah tanahmu seperti Sungai Nil, wahai puteri Tarsis, galangan kapalmu sudah tidak ada lagi.


Menyeberanglah ke Tarsis, meraung-raunglah, wahai penduduk pesisir.


Sesungguhnya, pulau-pulau menantikan Aku. Kapal-kapal Tarsis berada di muka untuk membawa anak-anakmu dari jauh. Perak dan emas mereka dibawa mereka serta demi nama TUHAN, Allahmu, Yang Maha Suci, Allah Israel, kerana Dia telah memuliakan engkau.


Perak tempaan dibawa dari Tarsis dan emas dari Ufas. Berhala itu buatan tukang dan buatan tangan tukang emas. Pakaiannya ialah kain biru dan kain ungu, semuanya buatan para ahli.


Engkau, wahai anak manusia, dengarlah apa yang Kufirmankan kepadamu. Jangan menjadi derhaka seperti keturunan kaum yang derhaka ini. Ngangakanlah mulutmu dan makanlah apa yang akan Kuberikan kepadamu.”


Tarsis berdagang denganmu kerana banyaknya segala jenis barangmu yang berharga. Mereka menukar daganganmu dengan perak, besi, timah putih, dan timah hitam.


Roh itu pun mengangkat dan membawa aku. Aku pergi dengan perasaan pahit dan dengan hati yang membara, kuasa TUHAN meliputi aku dengan hebat.


Para pelaut itu menjadi amat takut lantas berkata kepada Yunus, “Apakah yang telah kamu lakukan?” Mereka mengetahui Yunus telah melarikan diri dari hadirat TUHAN kerana Yunus telah memberitahu mereka hal itu.


Kemudian berdoalah dia kepada TUHAN, katanya, “Ya TUHAN, bukankah sudah kukatakan hal ini ketika aku masih di negeriku sehingga aku cepat-cepat melarikan diri ke Tarsis. Aku tahu betapa Engkaulah Tuhan pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih, serta berbelas kasihan dan tidak pula mendatangkan malapetaka.


Yesus berkata kepadanya, “Tiada seorang pun yang mula membajak dan asyik menoleh ke belakang layak bagi kerajaan Allah.”


tetapi Paulus tidak bersetuju kerana Markus telah meninggalkan mereka di Pamfilia dan tidak ikut serta menjalankan tugas.


“Oleh itu, Tuanku Raja Agripa, aku dengan sepenuh rela menurut perintah dari penglihatan yang datang dari syurga itu.


Di Yope ada seorang murid perempuan bernama Tabita (dalam bahasa Yunani disebut Dorkas); dia sentiasa membuat kebajikan dan memberi sedekah.


Lida berdekatan dengan Yope. Apabila para murid Yesus mendapat tahu bahawa Petrus ada di Lida, mereka menghantar dua orang berjumpa dengannya dan memintanya datang secepat mungkin.


Berita itu tersebar di seluruh Yope dan ramai orang beriman kepada Tuhan.


Petrus tinggal beberapa hari di Yope di rumah Simon, seorang penyamak kulit.


Namun demikian, aku tidak berhak untuk bermegah dengan menyampaikan Injil kerana kerja ini telah menjadi kewajipanku. Malanglah aku jika tidak menjalankannya.


Mereka akan dihukum dengan kebinasaan selama-lamanya, tersingkir dari hadirat Tuhan kita dan kemuliaan kuasa-Nya.


Me-Yarkon, dan Rakon berserta daerah yang berhadapan dengan Yope.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan