Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 1:2 - Alkitab Versi Borneo

2 “Bangunlah, pergilah ke Niniwe, ibu kota yang besar itu, dan berserulah terhadap mereka kerana kemungkaran mereka sudah nyata kepada-Ku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Dia berfirman, “Pergilah ke Niniwe, kota besar itu, dan kecamlah penduduknya. Aku tahu bahawa penduduknya sangat jahat.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Dia berfirman, “Pergilah ke Niniwe, kota besar itu, dan kecamlah penduduknya. Aku tahu bahawa penduduknya sangat jahat.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 1:2
24 Iomraidhean Croise  

Dari situ dia pergi ke Asyur, lalu membina Niniwe, Rehobot-Ir, Kalah,


Maka berangkatlah Sanherib, raja Asyur, berjalan pulang, lalu dia tinggal di Niniwe.


Namun demikian, di sana ada seorang nabi TUHAN yang bernama Oded. Dia pergi menemui tentera yang pulang ke Samaria itu dan berkata kepada mereka, “Lihatlah, kerana TUHAN, Allah nenek moyangmu, murka terhadap Yehuda, maka Dia menyerahkan mereka ke dalam tanganmu. Tetapi kamu telah membantai mereka dengan kegeraman yang sampai ke langit.


Kataku, “Ya Allahku, aku malu dan berasa beraib. Naik merah muka yang cuba kutengadahkan kepada-Mu, Allahku, atas sebab kedurjanaan kami meningkat hingga mengatasi kepala kami dan kesalahan kami menanjak ke langit.


Maka berangkatlah Sanherib, raja Asyur, berjalan pulang, lalu dia tinggal di Niniwe.


“Berserulah kuat-kuat, jangan ditahan-tahan! Nyaringkanlah suaramu seperti sangkakala! Kemukakanlah pelanggaran-pelanggaran umat-Ku kepada mereka dan kepada keturunan kaum Yakub dosa-dosa mereka!


Kalau aku berfikir, “Aku tidak mahu menyebut-nyebut Dia dan tidak mahu berbicara lagi atas nama-Nya,” maka dalam hatiku ada sesuatu seperti api yang menyala-nyala, terkurung dalam tulang-tulangku. Aku berlelah-lelah menahannya, tetapi aku tidak sanggup.


Sampaikanlah firman-Ku kepada mereka, sama ada mereka mahu mendengar atau tidak, kerana mereka itu derhaka.


Tidak terfikir dalam hati mereka bahawa Aku ingat akan segala kejahatan mereka. Sekarang mereka terkepung oleh segala perbuatan mereka sendiri, kesemuanya ada di hadapan-Ku.”


“Bangkitlah dan pergilah ke Niniwe, kota yang besar itu, dan sampaikanlah kepada penduduknya perisytiharan yang Aku firmankan kepadamu.”


Bersegeralah Yunus pergi ke Niniwe mematuhi firman TUHAN. Niniwe sebuah kota amat besar yang luasnya selama tiga hari perjalanan.


Jadi, tidak patutkah Aku menyayangi Niniwe, kota yang besar itu? Bukankah di dalamnya ada lebih daripada 120,000 orang, yang tidak tahu membezakan antara tangan kanan daripada tangan kiri, malahan banyak pula haiwan ternakannya?”


Tetapi aku ini penuh dengan kuasa, dengan Roh TUHAN, dengan keadilan, dan dengan keperkasaan, untuk mengisytiharkan kepada Yakub segala pelanggarannya, dan kepada Israel segala dosanya.


Pernyataan ilahi tentang Niniwe. Kitab penglihatan Nahum, orang Elkosh.


Tidak ada kesembuhan bagi lukamu, cederamu berat. Semua orang yang mendengar khabar tentang kamu bertepuk tangan kerana engkau, sebab siapakah yang tidak dilanda oleh kejahatanmu yang terus-menerus itu?


Kerana-Ku, kamu akan dibawa ke hadapan pemerintah dan raja sebagai saksi kepada mereka dan kepada bangsa yang tidak mengenal Allah.


Pada hari penghakiman, orang Niniwe akan bangkit bersama orang zaman ini dan menuduhnya pula kerana orang Niniwe itu bertaubat apabila mendengar perkhabaran Yunus; dan sekarang di sini ada yang lebih besar daripada Yunus.


Kamu tidak membayar upah orang yang bekerja di ladangmu. Dengarlah rintihan mereka! Orang yang menuai hasil ladangmu berseru minta dibela nasibnya dan suara mereka telah sampai ke telinga Tuhan alam semesta.


Segala dosanya telah bertimbun-timbun sampai ke syurga dan Allah ingat akan kejahatannya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan