Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 1:16 - Alkitab Versi Borneo

16 Amat takutlah mereka semua kepada TUHAN lalu mereka mempersembahkan korban sembelihan dan mengucapkan nazar kepada TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Para anak kapal itu menjadi sangat takut akan TUHAN. Mereka mempersembahkan korban kepada TUHAN dan bernazar kepada-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Para anak kapal itu menjadi sangat takut akan TUHAN. Mereka mempersembahkan korban kepada TUHAN dan bernazar kepada-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 1:16
19 Iomraidhean Croise  

Kemudian Yakub pun bernazar, katanya, “Jika Allah menyertai aku dan menjaga aku di jalan yang kutempuhi ini, memberikan kepadaku makanan untuk dimakan dan pakaian untuk dipakai


Lalu Nuh mendirikan sebuah mazbah, iaitu tempat mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN. Maka dia mengambil beberapa ekor daripada setiap binatang yang halal dan daripada setiap jenis burung yang halal, lalu dipersembahkannya korban bakaran di atas mazbah itu.


Kemudian Naaman berkata, “Jika demikian, mohon berilah hambamu ini tanah sebanyak muatan dua ekor baghal, kerana hambamu ini tidak lagi akan mempersembahkan korban bakaran atau korban sembelihan kepada tuhan-tuhan lain kecuali kepada TUHAN.


Itulah sebabnya orang takut kepada-Nya, Dia tidak mengendahkan semua orang yang mengaku berhati bijak.”


Biarlah mereka mempersembahkan korban-korban kesyukuran dan mengisytiharkan hasil-hasil kerja-Nya sambil bergembira.


Aku akan menunaikan janjiku kepada TUHAN di hadapan seluruh umat-Nya.


Persembahkan kesyukuran kepada Allah, dan tunaikan janjimu kepada Yang Maha Tinggi,


Jika kamu bernazar kepada Allah, bersegeralah membayarnya kerana Allah tidak berkenan terhadap kalangan bodoh. Maka bayarlah nazarmu.


Hatiku merindukan Engkau pada malam hari, bahkan roh di dalam diriku mencari hadirat-Mu pada pagi hari. Apabila keadilan-Mu berlaku di bumi, maka penduduk dunia akan belajar tentang perbenaran.


‘Adakah kamu tidak takut kepada-Ku,’ demikianlah firman TUHAN, ‘adakah kamu tidak gementar di hadirat-Ku?’ Akulah yang menetapkan pasir pantai sebagai perbatasan laut, sebagai batas kekal yang tidak dapat dilaluinya. Gelombang yang mengganas sekalipun tidak sanggup melaluinya, gelombang yang menderu-deru sekalipun tidak sanggup mengatasinya.


Aku mengeluarkan titah supaya di seluruh wilayah kekuasaan kerajaanku orang harus gentar dan takut kepada Allah yang disembah Daniel, kerana Dialah Allah yang hidup dan yang tetap selama-lamanya. Kerajaan-Nya tidak akan binasa dan kekuasaan-Nya sampai selamanya.


Para pelaut itu menjadi amat takut lantas berkata kepada Yunus, “Apakah yang telah kamu lakukan?” Mereka mengetahui Yunus telah melarikan diri dari hadirat TUHAN kerana Yunus telah memberitahu mereka hal itu.


Maka berserulah mereka kepada TUHAN, “Ya TUHAN, janganlah sampai kami binasa bahana perbuatan orang ini; janganlah kami yang tidak bersalah terhukum atas perbuatannya sebab Engkau, ya TUHAN telah melakukan sebagaimana Kaukehendaki.”


Kerajaan Allah itu seperti sebutir biji sesawi paling kecil di dunia yang ditabur di tanah.


Oleh yang demikian, seluruh jemaah amat ketakutan, begitu juga semua yang mendengar hal itu.


Tetapi jawab Malaikat TUHAN itu kepada Manoah, “Biarpun engkau menahan Aku di sini, Aku tidak akan makan hidanganmu. Tetapi jika kamu menyediakan korban bakaran, maka persembahkanlah kepada TUHAN.” Manoah tidak mengetahui, bahawa Dia itu Malaikat TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan