Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yosua 4:6 - Alkitab Versi Borneo

6 supaya batu-batu itu menjadi tanda antaramu. Apabila anak-anakmu bertanya pada kemudian hari, ‘Apakah erti batu-batu itu bagi kamu?’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Batu-batu itu akan mengingatkan umat Israel tentang perbuatan TUHAN. Pada masa yang akan datang, apabila anak-anak kamu bertanya akan erti batu-batu itu,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Batu-batu itu akan mengingatkan umat Israel tentang perbuatan TUHAN. Pada masa yang akan datang, apabila anak-anak kamu bertanya akan erti batu-batu itu,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yosua 4:6
19 Iomraidhean Croise  

Kami telah mendengar dengan telinga kami sendiri, ya Allah; nenek moyang kami menceritakan kepada kami perbuatan yang Kaulakukan pada zaman mereka, zaman dahulukala.


Kini aku sudah tua dan rambutku putih, Ya Allah, jangan tinggalkan aku, kuisytiharkan kuasa-Mu kepada orang zaman ini, kekuatan-Mu kepada semua keturunan yang akan datang.


Hari ini akan menjadi hari yang harus kamu ingati. Kamu hendaklah merayakannya turun-temurun sebagai hari perayaan bagi TUHAN, dan perayaan itu hendaklah menjadi ketetapan buat selama-lamanya.


Nanti, pada kemudian hari kelak anakmu bertanya kepadamu, ‘Apakah ertinya ini?’ maka kamu harus mengatakan kepadanya, ‘Dengan kekuatan tangan-Nya, TUHAN telah membawa kami keluar dari Mesir, dari tempat perhambaan.


Perayaan itu akan menjadi satu peringatan bagimu — seperti tanda pada tanganmu dan peringatan pada dahimu — supaya hukum TUHAN ada di bibirmu, kerana TUHAN telah membawa kamu keluar dari Mesir dengan tangan yang kuat.


“Katakanlah kepada orang Israel, ‘Sesungguhnya, hendaklah kamu pelihara hari-hari Sabat-Ku, kerana itulah tanda peringatan antara Aku dengan kamu turun-temurun, supaya kamu tahu bahawa Akulah TUHAN yang menyucikan kamu.


Orang hidup, ya, orang hiduplah yang mengucap syukur kepada-Mu, seperti yang kulakukan pada hari ini. Para bapa akan bercerita kepada anak mereka tentang kesetiaan-Mu.


Sebagai ganti semak duri akan tumbuh pokok sanubar, sebagai ganti jelatang akan tumbuh pokok murad. Hal ini akan terjadi sebagai kemasyhuran bagi TUHAN, sebagai tanda abadi yang tidak akan lenyap.”


Aku juga memberi mereka hari-hari Sabat-Ku sebagai suatu tanda antara Aku dengan mereka, supaya mereka tahu bahawa Akulah TUHAN, yang menyucikan mereka.


Jagalah kesucian hari-hari Sabat-Ku. Hari-hari itu adalah tanda antara Aku dengan kamu, supaya kamu tahu bahawa Akulah TUHAN, Allahmu.”


Hendaklah semua perdupaan mereka, iaitu orang berdosa lalu kehilangan nyawa masing-masing itu, ditempa tipis-tipis menjadi salutan bagi tempat pembakaran korban, kerana mereka sudah mempersembahkannya di hadapan TUHAN sehingga semuanya menjadi suci. Hal itu akan menjadi tanda bagi orang Israel.”


kerana janji itu telah dibuat kepada kamu dan anak-anakmu, dan kepada semua yang jauh-jauh, seberapa ramai yang akan dipanggil oleh Tuhan Allah kita.”


Ajarkanlah perkara ini kepada anak-anakmu dan bicarakanlah ketika engkau duduk di rumahmu, ketika engkau dalam perjalanan, ketika engkau berbaring, dan ketika engkau bangun.


melainkan untuk menjadi saksi antara kami dengan kamu, serta antara keturunan kita kelak, bahawa kami tetap beribadat kepada TUHAN di hadirat-Nya dengan korban bakaran kami, korban sembelihan kami, dan korban kedamaian kami. Dengan demikian anak-anakmu tidak boleh berkata kepada anak-anak kami pada kemudian hari, ‘Kamu tidak mempunyai bahagian dalam TUHAN.’


Katanya kepada orang Israel, “Jika pada kemudian hari anak-anakmu bertanya kepada ayah mereka, ‘Apakah erti batu-batu ini?’


Kata Yosua kepada mereka, “Menyeberanglah di depan tabut TUHAN, Allahmu, ke tengah-tengah Sungai Yordan. Pikullah sebiji batu di atas bahu masing-masing menurut jumlah suku orang Israel


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan