Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yosua 4:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Kata Yosua kepada mereka, “Menyeberanglah di depan tabut TUHAN, Allahmu, ke tengah-tengah Sungai Yordan. Pikullah sebiji batu di atas bahu masing-masing menurut jumlah suku orang Israel

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 dan berkata, “Turunlah ke sungai di depan Tabut Perjanjian TUHAN, Allah kamu. Masing-masing harus mengambil sebuah batu, sebuah batu untuk setiap suku Israel. Pikullah batu itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 dan berkata, “Turunlah ke sungai di depan Tabut Perjanjian TUHAN, Allah kamu. Masing-masing harus mengambil sebuah batu, sebuah batu untuk setiap suku Israel. Pikullah batu itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yosua 4:5
7 Iomraidhean Croise  

Kata Yakub kepada sanak saudaranya, “Kumpulkanlah batu-batu.” Lalu mereka mengambil batu-batu dan membuat suatu timbunan. Setelah itu, mereka makan berdekatan dengan timbunan batu itu.


Kemudian Musa menulis segala firman TUHAN itu. Keesokan harinya pagi-pagi lagi dia bangun lalu mendirikan sebuah mazbah di kaki gunung itu lengkap dengan dua belas batang tiang, setara dengan jumlah suku orang Israel iaitu dua belas semuanya.


Pada hari kamu menyeberangi Sungai Yordan menuju negeri yang dikurniakan TUHAN, Allahmu, kepadamu, dirikanlah beberapa batu besar lalu tempelkan lepa pada batu-batu itu.


Dengarlah, wahai Israel! Pada hari ini kamu akan menyeberangi Sungai Yordan untuk memasuki dan menduduki wilayah bangsa-bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripadamu dengan kota-kota yang besar dan kubu-kubu yang mencapai langit.


Setelah sampai di wilayah dekat Sungai Yordan di Tanah Kanaan, bani Ruben, bani Gad, dan setengah suku Manasye itu membangunkan sebuah mazbah yang amat besar tersergam di sana, di tepi Sungai Yordan.


Maka Yosua memanggil dua belas orang yang telah disiapkannya daripada kalangan orang Israel, seorang daripada setiap suku.


supaya batu-batu itu menjadi tanda antaramu. Apabila anak-anakmu bertanya pada kemudian hari, ‘Apakah erti batu-batu itu bagi kamu?’


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan