Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yosua 4:11 - Alkitab Versi Borneo

11 Sesudah selesai penyeberangan seluruh umat itu, menyeberanglah para imam berserta tabut TUHAN di hadapan umat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 dan apabila mereka semua sampai di seberang, imam-imam yang menggotong Tabut Perjanjian TUHAN berjalan di hadapan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 dan apabila mereka semua sampai di seberang, imam-imam yang menggotong Tabut Perjanjian TUHAN berjalan di hadapan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yosua 4:11
7 Iomraidhean Croise  

Hendaklah engkau memerintahkan sedemikian kepada para imam pengusung tabut perjanjian itu, ‘Sesudah kamu sampai di pinggir air Sungai Yordan, hendaklah kamu berdiri tanpa bergerak-gerak di Sungai Yordan itu.’ ”


Ketika para imam pengusung tabut perjanjian TUHAN itu keluar dari tengah-tengah Sungai Yordan, dan ketika telapak kaki para imam memijak daratan, maka air Sungai Yordan itu kembali ke tempatnya semula dan mengalir melimpahi pinggirnya seperti sebelumnya.


Para imam pengusung tabut perjanjian TUHAN itu berdiri tegap di atas tanah yang kering, di tengah-tengah Sungai Yordan, sementara seluruh orang Israel menyeberang di atas tanah yang kering, sehingga seluruh umat Israel selesai menyeberangi Sungai Yordan.


Para imam pengusung tabut itu terus berdiri di tengah-tengah Sungai Yordan sehingga segala sesuatu yang diperintahkan TUHAN kepada Yosua untuk disampaikan kepada bangsa itu selesai dilaksanakan, sebagaimana yang diperintahkan Musa kepada Yosua. Selepas itu, bergegaslah umat itu menyeberang.


Bani Ruben, bani Gad, dan separuh suku iaitu Manasye, menyeberang dengan bersenjata lengkap di hadapan orang Israel, seperti yang dipesankan Musa kepada mereka.


Lalu kamu menyeberangi Sungai Yordan dan sampai di Yerikho. Warga Yerikho berperang melawan kamu, begitu pula bani Amori, bani Feris, bani Kanaan, bani Het, bani Girgasi, bani Hewi, dan bani Yebus, tetapi Aku menyerahkan mereka ke dalam tanganmu.


Sungguh, kamu tidak akan keluar dengan terburu-buru dan tidak akan pergi sebagai pelarian, kerana TUHAN akan maju di depanmu, Allah Israel akan menjadi penutup barisanmu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan