Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yosua 3:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Hendaklah engkau memerintahkan sedemikian kepada para imam pengusung tabut perjanjian itu, ‘Sesudah kamu sampai di pinggir air Sungai Yordan, hendaklah kamu berdiri tanpa bergerak-gerak di Sungai Yordan itu.’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Perintahlah imam-imam yang membawa Tabut Perjanjian itu supaya masuk ke dalam sungai setibanya mereka di situ, dan berdiri dekat tebingnya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Perintahlah imam-imam yang membawa Tabut Perjanjian itu supaya masuk ke dalam sungai setibanya mereka di situ, dan berdiri dekat tebingnya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yosua 3:8
20 Iomraidhean Croise  

Para imam pengusung tabut perjanjian TUHAN itu berdiri tegap di atas tanah yang kering, di tengah-tengah Sungai Yordan, sementara seluruh orang Israel menyeberang di atas tanah yang kering, sehingga seluruh umat Israel selesai menyeberangi Sungai Yordan.


dan memberikan perintah sedemikian kepada umat itu, “Sebaik sahaja kamu melihat tabut perjanjian TUHAN, Allahmu, diusung oleh para imam Lewi, kamu harus beranjak dari tempatmu dan mengikuti tabut itu.


Baik jika seseorang menanti dengan tenang akan penyelamatan daripada TUHAN.


Salah seorang anak Imam Besar Yoyada anak Elyasib menjadi menantu Sanbalat, si bani Horon itu. Lantas kuusir dia dari hadapanku.


Kemudian kusuruh bani Lewi menyucikan diri lalu pergi menjaga pintu-pintu gerbang supaya hari Sabat disucikan. Ya Allahku, ingatlah aku kerana hal ini juga. Sayangilah aku menurut kasih abadi-Mu yang berlimpah ruah.


Di Tanah Yehuda nyata pulalah tangan Allah membuat mereka sehati untuk melakukan perintah raja dan para pembesar selaras dengan firman TUHAN.


Raja Hizkia dan para pembesar memerintahkan bani Lewi untuk melantunkan puji-pujian kepada TUHAN dengan syair gubahan Daud dan Asaf, pelihat itu. Mereka pun melantunkan puji-pujian dengan gembira, lalu membongkok dan sujud menyembah.


Hizkia memberikan perintah agar dipersembahkan korban bakaran di atas mazbah. Pada waktu upacara korban bakaran dimulai, mulalah diperdengarkan juga nyanyian bagi TUHAN dan bunyi nafiri mengikuti alat-alat muzik Daud, raja Israel.


Mereka mengumpulkan saudara mereka lalu menyucikan diri. Kemudian mereka datang untuk menyucikan Bait TUHAN menurut perintah raja, selaras dengan firman TUHAN.


Lalu kata Musa kepada bangsa itu, “Jangan takut. Tetaplah berdiri dan lihatlah penyelamatan daripada TUHAN yang akan diberikan-Nya kepadamu pada hari ini, kerana selepas ini, warga Mesir yang kamu lihat kini tidak akan kamu lihat lagi buat selama-lamanya.


Kemudian TUHAN berfirman kepada Yosua, “Pada hari ini Aku hendak mulai membesarkan engkau di mata seluruh orang Israel, supaya mereka tahu bahawa sebagaimana dahulunya Aku menyertai Musa, demikian jugalah Aku akan menyertai engkau.


Lalu Yosua berkata kepada orang Israel, “Ke marilah, dengarlah firman TUHAN, Allahmu.”


Kata Elia kepadanya, “Tinggal sajalah di sini, kerana TUHAN menyuruh aku ke Sungai Yordan.” Jawabnya, “Demi TUHAN yang hidup, dan demi hidup tuan sendiri, hamba tidak akan meninggalkan tuan.” Lalu berjalanlah kedua-dua orang itu.


Sesudah selesai penyeberangan seluruh umat itu, menyeberanglah para imam berserta tabut TUHAN di hadapan umat itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan