Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yosua 3:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Yosua bangun pagi-pagi, lalu dia serta seluruh orang Israel berangkat dari Sitim dan tiba di Sungai Yordan. Mereka bermalam di sana sebelum menyeberang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pagi esoknya, Yosua dan semua umat Israel bangun awal. Mereka meninggalkan perkhemahan di Sitim, lalu pergi ke kawasan Sungai Yordan. Mereka berkhemah di situ sementara menunggu untuk menyeberangi sungai itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pagi esoknya, Yosua dan semua umat Israel bangun awal. Mereka meninggalkan perkhemahan di Sitim, lalu pergi ke kawasan Sungai Yordan. Mereka berkhemah di situ sementara menunggu untuk menyeberangi sungai itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yosua 3:1
16 Iomraidhean Croise  

Keesokan harinya Abraham bangun pagi-pagi. Diambilnya roti serta sebuah kantung kulit berisi air, lalu diberikan kepada Hagar dengan meletakkannya pada bahunya. Anaknya juga diserahkan lalu disuruhnya perempuan itu pergi. Maka berjalanlah Hagar dan berkelana di Gurun Bersyeba.


Abraham pun bangun pagi-pagi. Dia memasang pelana pada keldainya lalu mengajak dua orang hambanya untuk menyertainya, dan juga Ishak, anaknya. Dia membelah kayu untuk korban bakaran lalu segera berangkat menuju tempat yang disebutkan Allah kepadanya.


Aku bertindak segera, aku tidak berlengah-lengah mematuhi perintah-perintah-Mu.


“Dari tahun ketiga belas zaman pemerintahan Yosia anak Amon, raja Yehuda, sehingga hari ini — jadi, sudah selama dua puluh tiga tahun — firman TUHAN datang kepadaku dan aku terus-menerus menyampaikannya kepadamu, tetapi kamu tidak mahu mendengar.


dan tidak mahu mendengar perkataan hamba-hamba-Ku, para nabi, yang terus-menerus Kuutus kepadamu tanpa kamu dengarkan,


Kamu telah melakukan segala perbuatan itu,” demikianlah firman TUHAN, “walaupun Aku telah terus-menerus berfirman kepadamu tetapi kamu tidak mahu mendengar, dan Aku telah berseru kepadamu tetapi kamu tidak mahu menjawab.


Wahai umat-Ku, ingatlah apa yang dirancang oleh Balak, raja Moab, dan apa yang dijawab kepadanya oleh Bileam anak Beor. Ingatlah perjalananmu dari Sitim sampai ke Gilgal, supaya kamu mengetahui perbuatan yang benar daripada TUHAN.”


Sewaktu orang Israel berkelana di Sitim, umat itu mula berzina dengan perempuan bani Moab.


Keesokannya, pada waktu subuh, Yesus bangun lalu pergi ke luar kota ke suatu tempat yang sunyi untuk berdoa.


Secara senyap-senyap, Yosua anak Nun mengutus dua orang pengintip dari Sitim, pesannya, “Pergilah, amatilah negeri itu dan kota Yerikho.” Maka pergilah mereka lalu sampai di rumah seorang pelacur yang bernama Rahab. Mereka pun menginap di situ.


Keesokan harinya Yosua bangun pagi-pagi, lalu para imam mengangkat tabut TUHAN.


Pada hari ketujuh mereka bangun pagi-pagi pada waktu fajar menyingsing, lalu mengelilingi kota itu tujuh kali dengan cara yang sama. Hanya pada hari itu sahaja mereka mengelilingi kota itu tujuh kali.


Keesokan harinya, Yosua bangun pagi-pagi dan membawa orang Israel menghadap menurut suku-suku mereka, lalu terpilihlah suku Yehuda.


Keesokan harinya, Yosua bangun pagi-pagi dan memeriksa pasukan. Setelah itu, dia dan para tua-tua Israel maju memimpin pasukan menuju Ai.


Warga orang Israel bangun pagi-pagi dan berkhemah mengepung Gibea.


Daud pun bangun pagi-pagi lalu mengamanahkan kawanan dombanya kepada seorang gembala. Setelah itu, diangkatnyalah muatannya lalu pergi, sebagaimana yang diperintahkan Isai kepadanya. Dia sampai di parit perlindungan pada waktu pasukan sedang keluar menuju barisan perang sambil memekikkan sorakan perang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan