Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yosua 2:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Maka raja Yerikho mengutus orang kepada Rahab dengan mengatakan, “Bawa ke luar orang yang datang kepadamu dan yang masuk ke rumahmu itu, kerana mereka datang untuk mengintip seluruh negeri ini!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Maka raja itu menyuruh orang memberitahu Rahab, “Orang di rumahmu itu datang untuk mengintip seluruh negeri ini. Bawalah mereka ke luar!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Maka raja itu menyuruh orang memberitahu Rahab, “Orang di rumahmu itu datang untuk mengintip seluruh negeri ini. Bawalah mereka ke luar!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yosua 2:3
15 Iomraidhean Croise  

Kira-kira tiga bulan kemudian kepada Yehuda dikhabarkan, “Tamar, menantumu, telah berbuat zina. Malah, ketahuilah bahawa dia mengandung akibat perzinaannya itu.” Kata Yehuda, “Bawalah dia ke mari, biar dia dibakar!”


Jawab kami kepadanya, ‘Kami ini orang jujur, bukan pengintip.


Akan tetapi, para pembesar bani Amon berkata kepada Hanun, tuan mereka, “Adakah tuanku sangka Daud hendak memberikan penghormatan kepada ayah tuanku, sehingga dia mengutus orang untuk menyampaikan takziah kepada tuanku? Bukankah Daud mengutus para pegawainya kepada tuanku untuk menyiasat kota ini, untuk mengintip dan menggulingkannya?”


Ketika anak buah Absalom datang kepada perempuan di rumah itu, bertanyalah mereka, “Di manakah Ahimaas dan Yonatan?” Jawab perempuan itu kepada orang itu, “Mereka sudah menyeberangi sungai.” Kemudian mereka mencari-cari, tetapi tidak dapat menemukan kedua-dua orang itu. Maka kembalilah mereka ke Yerusalem.


Akan tetapi, para pembesar bani Amon berkata kepada Hanun, “Apakah tuanku sangka Daud hendak memberikan penghormatan kepada ayah tuanku sehingga dia mengutus orang untuk menyampaikan takziah kepada tuanku? Bukankah Daud mengutus para pegawainya kepada tuanku untuk menyiasat negeri ini, untuk mengintip dan menggulingkannya?”


bahawa orang jahat terlindung daripada hari bencana dan mereka dibawa menyingkir pada hari kemurkaan Allah?


“Bawalah orang yang mengutuk itu ke luar perkhemahan. Semua orang yang mendengarnya harus meletakkan tangan di atas kepala orang itu, lalu hendaklah seluruh umat merejam dia dengan batu.


Pilatus keluar lagi dan berkata kepada mereka, “Lihat, aku bawa Dia kepadamu, supaya kamu tahu aku mendapati Dia tidak bersalah sama sekali.”


Dia memasukkan Petrus ke dalam penjara dan menyerahkannya kepada enam belas orang askar yang bertugas menjaganya bergilir-gilir, empat orang segiliran. Niatnya hendak membawa Petrus ke hadapan orang Yahudi selepas Perayaan Paskah.


Pada malam sebelum hari perbicaraan yang ditetapkan oleh Herodes itu, Petrus tidur di antara dua orang askar, terikat dengan dua rantai; di samping itu para pengawal berjaga di hadapan pintu penjara itu.


Mereka pun berbuat demikian dan membawa kepadanya lima orang itu dari dalam gua, iaitu raja Yerusalem, raja Hebron, raja Yarmut, raja Lakhis, dan raja Eglon.


Tetapi kemudian raja Yerikho diberitahu demikian, “Ketahuilah, ada beberapa orang Israel datang ke mari malam ini untuk mengintip negeri ini.”


Akan tetapi, perempuan itu membawa dua orang itu dan menyembunyikan mereka. Dia berkata, “Ya, memang mereka itu datang kepadaku, tetapi aku tidak tahu dari mana asalnya mereka.


Sisera juga menyuruh perempuan itu, “Berdirilah di depan pintu khemah. Jika sesiapa datang dan bertanya kepada kamu, ‘Adakah orang di sini?’ Jawablah, ‘Tidak ada.’ ”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan