Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yahuda 1:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Begitu juga halnya dengan para penghuni kota Sodom, Gomora dan bandar-bandar di sekitarnya yang telah melakukan pencabulan dan perbuatan sumbang. Mereka menjadi contoh orang yang mengalami seksaan hukuman api yang kekal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

7 Sungguh pun spŭrti Sodom dan Gomorah, dan sagala nŭgri yang klilingnya yang dŭmkian itu, yang tŭlah mŭnyŭrahkan dirinya kapada zinah, sŭrta mŭnuntut akan hawa nafsu ajaib, iya itulah tŭrdiri mŭnjadi tauladan, mŭnanggong balasan api yang kŭkal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Penduduk kota Sodom, Gomora, dan bandar-bandar di sekitarnya berbuat seperti malaikat-malaikat tersebut. Orang di situ melakukan perbuatan cabul dan lucah. Kota-kota itu dan penduduknya dimusnahkan oleh api yang kekal. Hukuman itu dijadikan amaran bagi semua orang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Penduduk kota Sodom, Gomora, dan bandar-bandar di sekitarnya berbuat seperti malaikat-malaikat tersebut. Orang di situ melakukan perbuatan cabul dan lucah. Kota-kota itu dan penduduknya dimusnahkan oleh api yang kekal. Hukuman itu dijadikan amaran bagi semua orang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yahuda 1:7
27 Iomraidhean Croise  

Adapun orang Sodom amat jahat lagi penuh kemungkaran dan dosa terhadap TUHAN.


Selanjutnya TUHAN berfirman, “Hebat sekali jeritan terhadap Sodom dan Gomora dan dosa mereka teramat berat.


Mereka memanggil Lut dan berkata kepadanya, “Di manakah dua orang lelaki yang bertamu denganmu malam ini? Bawalah mereka keluar kepada kami, supaya kami dapat meniduri mereka.”


Saki-baki pelacur kuil kaum lelaki yang masih tinggal pada zaman Asa, ayahnya, disingkirkannya dari negeri itu.


Jika TUHAN alam semesta, tidak meninggalkan beberapa orang yang terselamat bagi kita, tentu kita sudah menjadi seperti Sodom dan tentu kita seperti Gomora.


Babel, yang terindah antara kerajaan, kemegahan dan keangkuhan orang Kasdim, akan menjadi sama seperti Sodom dan Gomora apabila Allah menunggangbalikkannya.


Orang berdosa di Sion ketakutan. Kegentaran mencengkam para munafik. “Siapakah antara kita dapat tinggal dalam api yang membakar selama-lamanya? Sesiapa antara kita dapat tinggal dalam api yang membakar dengan kekal ini?”


Biarlah orang itu menjadi seperti kota yang ditunggangbalikkan TUHAN tanpa belas kasihan. Biarlah dia mendengar jeritan pada pagi hari dan pekikan pada waktu tengah hari.


Sebagaimana Sodom, Gomora, dan kota-kota tetangganya ketika ditunggangbalikkan Allah,” firman TUHAN, “demikianlah tidak ada orang yang akan tinggal di sana dan tidak ada anak manusia yang akan tinggal sebagai pendatang di dalamnya.


Hukuman atas kesalahan puteri bangsaku lebih berat daripada hukuman ke atas dosa Sodom, yang dimusnahkan dalam sekejap sahaja tanpa campur tangan manusia.


Bagaimana mungkin Aku membiarkan engkau, wahai Efraim, menyerahkan engkau, wahai Israel? Bagaimana mungkin Aku membiarkan engkau seperti Adma, menjadikan engkau seperti Zeboim? Hati-Ku begitu bergejolak, lantas terus tercetuslah belas kasihan-Ku.


“Aku menunggangbalikkan beberapa orang antara kamu seperti Allah menunggangbalikkan Sodom dan Gomora, sehingga kamu seperti puntung yang direnggut dari dalam api. Namun demikian, kamu tidak juga kembali kepada-Ku,” demikianlah firman TUHAN.


Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu: pada hari penghakiman itu, hukuman atas Sodom dan Gomora lebih ringan daripada atas bandar itu.”


Aku berkata kepadamu, pada hari penghakiman itu, hukuman atas Sodom lebih ringan daripada atas kamu!”


Selepas itu, Dia akan berkata kepada mereka yang di sebelah kiri-Nya, ‘Nyahlah dari sisi-Ku, kamu yang terlaknat, ke dalam api kekal yang telah disediakan untuk Iblis dan para malaikatnya;


Pada hari Lut keluar dari Sodom, api dan belerang turun dari langit dan membinasakan mereka semua.


Kamu tentu tahu bahawa orang durjana tidak akan mewarisi kerajaan Allah. Janganlah menipu diri. Orang yang berkelakuan cabul, menyembah berhala, berzina, bersetubuh dengan sesama jantina,


Seluruh negeri itu menjadi hangus dengan belerang dan garam, tidak dapat disemai, tidak dapat menumbuhkan sesuatu, dan tidak tumbuh sesuatu pun di atasnya, sama seperti kehancuran Sodom, Gomora, Adma, dan Zeboim, yang ditunggangbalikkan TUHAN dalam kemurkaan serta amarah-Nya.


Dia akan memberikan kelegaan kepadamu yang menderita dan juga kepada kami apabila Tuhan Yesus muncul dari syurga diiringi malaikat-malaikat perkasa-Nya dengan api yang menyala.


Dia mengenakan hukuman kepada mereka yang tidak mengenal Allah, dan mereka yang tidak taat akan Injil Tuhan kita Yesus Kristus.


Ramai orang akan mengikut cara mereka yang memalukan itu. Oleh itu, jalan yang benar akan dikufuri.


Allah telah memusnahkan kota Sodom dan Gomora sehingga menjadi abu, membinasakan penduduknya sebagai contoh hukuman terhadap orang yang ingkar.


Tetapi langit dan bumi yang sekarang dipelihara dengan firman itu juga akan dimusnahkan dengan api, menjelang harinya orang ingkar dihukum dan dibinasakan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan