Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yahuda 1:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Sungguhpun kamu sudah maklum segalanya, aku ingin mengingatkanmu bahawa Tuhan telah menyelamatkan umat Israel dari negeri Mesir dan kemudiannya memusnahkan mereka yang tidak percaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

5 Maka sŭbab itu aku handak mŭngingatkan kamu, mŭskipun kamu tŭlah mŭngatahui ini dahulu, bŭtapa Tuhan sŭtlah sudah mŭlŭpaskan kaum itu deri dalam tanah Masir, maka kumdian dibinasakannya akan sagala orang yang tiada pŭrchaya itu;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Meskipun kamu mengetahui semua perkara itu, aku hendak mengingatkan kamu bagaimana Tuhan menyelamatkan umat Israel dari negeri Mesir. Tetapi kemudian Dia membinasakan mereka yang tidak percaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Meskipun kamu mengetahui semua perkara itu, aku hendak mengingatkan kamu bagaimana Tuhan menyelamatkan umat Israel dari negeri Mesir. Tetapi kemudian Dia membinasakan mereka yang tidak percaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yahuda 1:5
14 Iomraidhean Croise  

Oleh itu, Dia mengangkat tangan-Nya bersumpah bahawa Dia akan membawa kekalahan kepada mereka di gurun,


Tepat pada hari itu TUHAN membawa segala rombongan orang Israel keluar dari Tanah Mesir.


Namun begitu, saudara-saudaraku, aku telah menulis kepadamu dengan lebih tegas tentang hal-hal tertentu kerana kasih kurnia yang telah dirahmati Allah kepadaku,


Meskipun begitu, kamu tidak percaya kepada TUHAN, Allahmu,


Siapa yang memberontak setelah mendengar? Bukankah semua mereka yang telah dibawa oleh Musa keluar dari Mesir?


Saudara-saudara yang kukasihi, aku menulis surat yang kedua ini kepadamu. Aku menulis kedua-dua suratku untuk merangsang pemikiran murnimu untuk mengingatkanmu


Kamu telah menerima pengurapan daripada Yang Kudus, maka kamu mengenal kebenaran.


Aku menulis kepadamu bukan kerana kamu tidak mengenal kebenaran tetapi kerana kamu mengenalnya. Kamu juga tahu bahawa yang dusta tidak berasal daripada yang benar.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan