Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yahuda 1:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Beberapa orang telah menyusup masuk ke dalam golongan kamu tanpa disedari. Merekalah yang dari dahulu lagi telah disebutkan hukumannya dalam Kitab Suci. Merekalah orang mungkar yang menyalahgunakan kasih kurnia Allah kita untuk melakukan maksiat. Mereka tidak mengakui Yesus Kristus sebagai satu-satunya Raja dan Tuhan kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

4 Kŭrna bŭbrapa orang tŭlah mŭnyusop masok dŭngan bŭrsŭmbunyi, yang dahulu tŭlah ditŭntukan kapada hukuman ini, iya itulah orang orang fasik, yang mŭmbalikkan nihmat Allah kami kapada pŭrchabulan, dan mŭnyangkali Allah yang asa itu, dan lagi Tuhan kami Isa Almasih.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Beberapa orang derhaka sudah menyeludup ke kalangan kita tanpa kita sedari. Mereka memutarbalikkan berita tentang kasih Allah kita, untuk membenarkan perbuatan mereka yang cabul. Mereka juga tidak mengakui Yesus Kristus, Penguasa satu-satunya dan Tuhan kita. Sejak dahulu Alkitab telah menuliskan hukuman yang akan dialami mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Beberapa orang derhaka sudah menyeludup ke kalangan kita tanpa kita sedari. Mereka memutarbalikkan berita tentang kasih Allah kita, untuk membenarkan perbuatan mereka yang cabul. Mereka juga tidak mengakui Yesus Kristus, Penguasa satu-satunya dan Tuhan kita. Sejak dahulu Alkitab telah menuliskan hukuman yang akan dialami mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yahuda 1:4
32 Iomraidhean Croise  

Sesungguhnya, gelora badai maut mengepungku, curahan banjir kebinasaan mengerikanku,


Diberkatilah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim atau berdiri di jalan orang berdosa atau duduk di kerusi orang yang mengejek.


Hanyalah Dia batu pejalku dan penyelamatanku; Dialah yang melindungiku, maka aku tidak akan digulingkan.


Pada waktu malam apabila semua orang sedang tidur, musuhnya datang menanam lalang di antara gandum itu.


Inilah hidup kekal, iaitu mereka mengenal-Mu sebagai satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Kauutus.


Setelah dia sampai dan melihat kasih kurnia Allah itu, dia amat sukacita dan menggalakkan mereka semua supaya meneguhkan azam untuk tetap setia kepada Tuhan dengan sepenuh hati.


Kami telah mendengar khabar bahawa ada beberapa orang daripada bangsa kami telah mengganggu saudara-saudara dengan kata-kata yang bukan daripada kami.


Ini disebabkan beberapa orang yang pura-pura beriman telah dibawa masuk. Mereka mencuri-curi masuk untuk mengintip kebebasan yang kami miliki dalam Kristus Yesus agar mereka dapat memperhamba kami.


Kerana kamu, saudara-saudara, telah dipanggil untuk mendapat kebebasan. Cuma, janganlah gunakan kebebasan sebagai kesempatan memuaskan hawa nafsu; tetapi berkhidmatlah untuk satu sama lain dengan kasih.


Maka, kita tidaklah lagi berupa kanak-kanak, dipukul ombak dan ditiup ke sana ke mari oleh setiap angin pengajaran orang, tipu daya manusia, dan putar belit muslihat jahat.


Sekiranya seseorang tidak menjaga sanak saudaranya, apatah lagi seisi rumahnya sendiri, maka dia menyangkal iman dan lebih buruk daripada orang yang tidak beriman.


jika kita tabah, kita juga akan memerintah bersama-Nya. Jika kita menyangkal-Nya, Dia juga akan menyangkal kita;


Dalam kalangan mereka ada yang masuk secara rahsia ke rumah orang dan memerangkap perempuan lemah, yang dibebani dosa serta dipengaruhi pelbagai keinginan.


Hiduplah dengan bebas, tetapi jangan gunakan kebebasan untuk menutup maksiat. Hiduplah sebagai hamba Allah.


dan, “Batu tempat orang tersandung dan batu pejal yang membuat mereka terjatuh.” Mereka tersandung kerana mereka ingkar akan firman Allah, yang telah ditetapkan bagi mereka.


Dan, “Jika orang benar pun sukar diselamatkan, apa jadinya orang yang ingkar dan yang berdosa?”


terutamanya mereka yang menurut hawa nafsu cabul dan menghina kekuasaan Allah. Mereka menganggap diri mereka besar dan mengikut kehendak sendiri semata-mata. Mereka tidak takut mencela makhluk yang adikudrati.


Tetapi Allah menyelamatkan Lut, seorang yang benar, yang berdukacita kerana kelakuan cabul orang durjana


Tetapi langit dan bumi yang sekarang dipelihara dengan firman itu juga akan dimusnahkan dengan api, menjelang harinya orang ingkar dihukum dan dibinasakan.


Sesiapa yang mengatakan bahawa Yesus bukan Kristus, dialah pendusta. Orang itu tidak mengakui Bapa dan Anak-Nya, dan dialah dajal, penentang Kristus.


Dia akan menghakimi seluruh umat manusia dan menghukum orang yang derhaka kerana perbuatan durjana mereka, dan juga semua caci nista orang yang berdosa terhadap-Nya.”


Mereka telah berkata kepadamu, “Pada akhir zaman nanti, orang akan tampil dan mengejek-ejekmu. Mereka itu orang yang menurut hawa nafsu yang mungkar.”


Siapakah yang tidak takut kepada-Mu, Ya Tuhan, dan memuliakan nama-Mu? Kerana hanya Engkaulah Yang Maha Suci. Semua bangsa akan datang dan sujud menyembah-Mu, kerana penghakiman-Mu telah ternyata.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan