Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yahuda 1:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Saudara-saudara yang kukasihi, ketika aku cuba menulis kepadamu tentang penyelamatan yang telah kita terima bersama, hatiku tergerak hendak memberikan perangsang kepadamu supaya terus berjuang untuk iman yang telah dikurniakan Allah kepada orang salih-Nya cuma sekali untuk selama-lamanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Kŭkasih, maka apabila aku rajinkan diriku mŭngirim surat kapadamu deri hal sama pŭrulihan slamat itu, maka patutlah aku bŭrkirim surat kapadamu, sŭrta dŭngan mŭnasihatkan kamu supaya kamu mŭlawan, kŭrna iman yang tŭlah dikurniakan pada mulanya kapada sagala orang salih.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Saudara-saudara yang aku kasihi! Aku telah berusaha sebaik-baiknya untuk menulis surat kepada kamu tentang penyelamatan yang kita alami bersama. Tetapi hatiku tergerak untuk menggalakkan kamu melalui surat ini, supaya kamu terus berjuang untuk iman yang telah diberikan oleh Allah sekali sahaja kepada umat-Nya untuk selama-lamanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Saudara-saudara yang aku kasihi! Aku telah berusaha sebaik-baiknya untuk menulis surat kepada kamu tentang penyelamatan yang kita alami bersama. Tetapi hatiku tergerak untuk menggalakkan kamu melalui surat ini, supaya kamu terus berjuang untuk iman yang telah diberikan oleh Allah sekali sahaja kepada umat-Nya untuk selama-lamanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yahuda 1:3
44 Iomraidhean Croise  

Maka berbantahlah aku dengan mereka. Kukutuk mereka, kupukul beberapa orang daripada mereka, kucabut rambut mereka, dan kusuruh mereka bersumpah demi Allah, kataku, “Jangan berikan anak-anak perempuanmu kepada anak-anak lelaki mereka dan jangan ambil anak-anak perempuan mereka untuk menjadi isteri bagi anak-anak lelakimu atau bagi dirimu sendiri.


Tetapi Israel akan diselamatkan TUHAN dengan penyelamatan yang kekal. Kamu tidak akan malu dan tidak akan mendapat aib sampai selama-lamanya.


Berpalinglah kepada-Ku dan biarlah kamu diselamatkan, wahai segala hujung bumi, kerana Akulah Allah dan tidak ada yang lain.


“Mereka melenturkan lidah seperti busur panah, untuk berdusta. Mereka menjadi kuat di negeri, tetapi bukan demi kebenaran. Mereka beranjak daripada kejahatan kepada kejahatan, dan Aku tidak dikenal mereka,” demikianlah firman TUHAN.


Dia menyatakan dan menunjukkan bahawa Kristus mengalami kematian dan kemudian bangkit daripada kematian; juga katanya, “Yesus yang kusebutkan kepadamu inilah Kristus.”


Dengan wibawa yang penuh Apolos mengalahkan orang Yahudi dalam perbahasan di hadapan orang ramai. Dengan memetik ayat-ayat Kitab Suci, dia membuktikan bahawa Yesus itu Kristus.


Aku telah menyatakan kepadamu seluruh kehendak Allah dengan sepenuh kerelaan.


Paulus berkata, “Saudara-saudara, ketahuilah: perkhabaran tentang penyelamatan yang dikurniakan Allah sekarang telah disampaikan kepada orang bangsa asing. Merekalah yang akan menerimanya.”


Tiadalah penyelamatan melalui sesiapa yang lain, kerana tiada nama lain di bawah langit ini diberikan dalam kalangan manusia, yang dapat menyelamatkan kita.”


Dengan demikian firman Allah semakin tersebar dan bilangan murid Yesus di Yerusalem kian meningkat, dan ramai imam menjadi orang beriman.


Ananias menjawab, “Ya Tuhan, aku telah mendengar ramai orang mengatakan hal orang itu. Dia telah banyak menganiaya umat-Mu yang salih di Yerusalem.


Makin sehari makin bertambah kuasa yang diberikan Allah kepada Saul. Semua orang Yahudi di Damsyik tercengang apabila dia menyatakan bahawa Yesus itu Kristus.


Aku telah menyampaikan kepadamu hal-hal utama, yang telah kuterima sendiri: Bahawa Kristus telah mati untuk menebus dosa kita, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci;


Namun demikian, seketika pun kami tidak tunduk menyerah kepada mereka, supaya kebenaran Injil tetap bersamamu.


Tiadalah lagi orang Yahudi atau orang Yunani, hamba atau orang merdeka, lelaki atau perempuan, kamu semua menjadi satu dalam Kristus Yesus.


Lihatlah betapa besarnya huruf-huruf yang kutulis kepadamu dengan tanganku sendiri!


Daripada Paulus, rasul Kristus Yesus dengan kehendak Allah, Kepada semua orang salih di Efesus, iaitu orang yang beriman kepada Kristus Yesus:


Demikianlah harus kamu hapuskan darah orang yang tidak bersalah itu daripada kalanganmu, sebab dengan demikian kamu melakukan apa yang benar di mata TUHAN.


Kemudian TUHAN menyerahkan kepadaku dua loh batu yang ditulis oleh tangan Allah sendiri. Pada kedua-dua loh batu itu tertulis segala firman yang disampaikan TUHAN kepadamu di gunung itu dari tengah-tengah api, pada hari kamu berkumpul.


Daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Kristus Yesus, Kepada semua orang salih dalam Kristus Yesus di Filipi, serta para penyelia dan penolong jemaah:


Cuma pastikanlah kelakuanmu selaras dengan Injil Kristus. Dengan demikian, sama ada aku datang menemuimu ataupun tidak, aku akan dapat mendengar tentangmu, bahawa kamu berdiri teguh dalam satu roh, berjuang bersama dengan satu hati untuk iman berdasarkan Injil,


Kepada semua orang salih dan saudara-saudara yang setia dalam Kristus di Kolose: Kasih kurnia dan damai sejahtera daripada Bapa kita, Allah.


Kamu tahu bahawa kami telah dianiaya dan telah dihina di Filipi. Walaupun kami telah ditentang tetapi dengan pertolongan Allah kita, kami beroleh keberanian untuk menyampaikan Injil-Nya kepadamu.


Perintah ini kuamanahkan kepadamu, anakku Timotius, menurut apa yang telah dinubuatkan tentangmu, supaya dengan mematuhinya, kamu akan perjuangkan perjuangan mulia ini,


Berjuanglah dalam perjuangan iman yang benar. Berpegang teguhlah kepada hidup kekal; kepada hidup itulah kamu telah dipanggil ketika kamu membuat pengakuan yang benar di hadapan saksi yang ramai.


Berpegang teguhlah kepada rangkaian kata-kata benar yang telah kamu dengar daripadaku, dengan iman dan kasih dalam Kristus Yesus.


Kepada Titus, kamu seperti anakku sendiri dalam iman kita yang sama: Semoga Allah Bapa dan Kristus Yesus Penyelamat kita menganugerahimu kasih kurnia dan damai sejahtera.


Aku merayu kepadamu, saudara-saudara, dengarlah nasihatku ini dengan sabar, kerana aku menulis ringkas sahaja kepadamu.


Namun demikian, saudara-saudara yang dikasihi, sungguhpun kami berkata demikian, kami yakin bahawa perkara yang lebih baik akan berlaku kepadamu, ya, perkara yang mengiringi penyelamatan.


Aku menulis surat ringkas ini kepadamu dengan pertolongan Silwanus, yang kuanggap saudara kita yang setia. Tujuanku ialah menasihatimu dan memberi ringkasan kesaksianku bahawa inilah kasih kurnia sejati daripada Allah untukmu. Berdiri teguhlah di dalamnya.


Daripada Simon Petrus, hamba dan rasul Yesus Kristus, Kepada mereka yang seiman dengan kami melalui perbenaran Allah dan Penyelamat kita Yesus Kristus:


Lebih baiklah jika dia tidak mengenal jalan yang benar, daripada mengenalnya, dan kemudian membelakangi perintah suci yang telah disampaikan kepadanya.


Surat ini daripada Yudas, hamba Yesus Kristus dan saudara Yakobus, Untuk tatapan mereka yang telah dipanggil dan dikasihi oleh Allah Bapa serta dilindungi oleh Yesus Kristus:


Namun demikian, saudara-saudaraku yang dikasihi, ingatlah kata-kata para rasul Tuhan kita Yesus Kristus.


Tetapi kamu, saudara-saudaraku yang dikasihi, teruskanlah usaha membina hidup yang berasaskan iman yang paling murni. Berdoalah dengan bimbingan Roh Kudus.


Mereka telah menumpaskannya dengan darah Anak Domba dan dengan kata-kata kesaksian mereka, dan mereka tidak menyayangi nyawa sendiri hingga mati.


Janganlah takut terhadap apa yang akan kamu deritai kelak. Ketahuilah, Iblis akan menghumbankan sebilangan daripadamu ke dalam penjara untuk mengujimu. Kamu akan menanggung kesengsaraan selama sepuluh hari. Setialah sampai mati, maka Aku akan menganugerahimu mahkota hidup sebagai ganjaran kemenangan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan