Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yahuda 1:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Mereka ini mencemarkan majlis perjamuan kasihmu, kerana mereka seperti gembala yang mencari makanan bagi diri mereka sendiri tanpa segan silu. Mereka seperti awan yang ditiup angin, maka tidak membawa hujan. Mereka ibarat pokok yang tidak berbuah meskipun pada musim buah. Mereka umpama pokok yang telah dicabut dengan akar umbinya dan mengalami dua kali kematian.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

12 Maka marika itulah chachat adanya dalam sagala pŭrjamuan kasihmu, tŭtkala iya bŭrjamu dŭngan kamulah makan marika itu sŭndiri dŭngan tiada takot; maka marika itulah spŭrti awan awan yang tiada mŭngandong ayer, yang dilayangkan ulih angin bŭrkliling; pohon pohon kayu yang layu buahnya, tiada bŭrbuah dua kali mati, tŭrchabutlah dŭngan akarnya:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Kehadiran mereka mencemarkan perjumpaan makan bersama dengan saudara-saudara seiman, kerana mereka makan dengan rakus dan hanya mementingkan diri sendiri. Mereka seperti awan yang ditiup angin, tetapi tidak membawa hujan. Mereka juga seperti pokok yang tidak menghasilkan buah walaupun pada musim buah. Mereka seperti pokok yang sudah dicabut dengan akarnya dan mati sama sekali.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Kehadiran mereka mencemarkan perjumpaan makan bersama dengan saudara-saudara seiman, kerana mereka makan dengan rakus dan hanya mementingkan diri sendiri. Mereka seperti awan yang ditiup angin, tetapi tidak membawa hujan. Mereka juga seperti pokok yang tidak menghasilkan buah walaupun pada musim buah. Mereka seperti pokok yang sudah dicabut dengan akarnya dan mati sama sekali.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yahuda 1:12
35 Iomraidhean Croise  

maka Aku akan mencabut kamu dari tanah-Ku yang telah Kukurniakan kepadamu, lalu bait yang telah Kusucikan bagi nama-Ku ini akan Kubuang daripada hadirat-Ku dan akan Kujadikan suatu ibarat serta sindiran antara segala bangsa.


Akar-akarnya membelit timbunan batu, mencari tempat di antara batu.


Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan, yang menghasilkan buahnya pada musimnya dan daunnya tidak layu. Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.


kerana tidak lama lagi mereka akan ditebas seperti rumput, dan layu seperti layunya tumbuhan hijau.


Seperti awan dan angin yang tidak ada hujan, demikianlah orang yang bercakap besar fasal hadiah yang tidak pernah diberikannya.


Katakanlah: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Adakah pokok anggur itu akan berkembang subur? Bukankah burung helang yang pertama akan mencabut akar-akarnya dan mengerat buahnya supaya ia layu? Semua daunnya yang baru bertunas akan layu. Tidak perlu tangan yang kuat atau ramai orang untuk mencabutnya dengan akar-akarnya.


Beginilah firman Tuhan ALLAH: Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawan para gembala itu. Aku akan menuntut domba-Ku daripada tangan mereka dan memecat mereka daripada pekerjaan menggembala domba. Para gembala itu tidak boleh mengurus diri mereka sendiri lagi. Aku akan melepaskan domba-Ku daripada mulut mereka sehingga tidak menjadi makanan mereka lagi.


Belum cukupkah kamu merumput di padang rumput yang baik sehingga kamu harus menginjak-injak padang rumputmu yang selebihnya dengan kakimu? Belum cukupkah kamu meminum air yang jernih sehingga kamu harus mengeruhkan air yang selebihnya dengan kakimu?


“Wahai anak manusia, bernubuatlah menentang para gembala Israel. Bernubuatlah dan katakan kepada mereka, kepada para gembala itu: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Malangnya para gembala Israel yang hanya mengurus diri sendiri! Bukankah gembala seharusnya mengurus dombanya?


Demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, sesungguhnya kerana domba-Ku menjadi mangsa dan makanan segala binatang liar akibat tidak ada yang menggembala, dan kerana para gembala-Ku tidak memperhatikan domba-Ku, melainkan hanya mengurus diri sendiri sedangkan domba-Ku tidak diurus mereka,


“Apakah yang harus Kulakukan terhadapmu, wahai Efraim? Apa yang harus Kulakukan terhadapmu, wahai Yehuda? Kasih setiamu seperti awan pagi, seperti embun yang menghilang awal-awal pagi lagi.


Jika tanda jangkitan itu muncul kembali dan meluas di dalam rumah itu sesudah batu-batunya dicungkil, dan sesudah dinding-dindingnya dikikis serta dilepa kembali,


Tetapi ketika matahari naik, tunas-tunas itu layu lalu kering kerana tidak berakar.


Yesus menjawab, “Segala tanaman selain yang ditanam oleh Bapa-Ku di syurga akan dicabut.


Tetapi ketika matahari naik, tunas-tunas itu layu lalu kering kerana tidak berakar.


Tetapi jika hamba itu berfikir dalam hatinya, ‘Tuan akan pulang lambat,’ lalu dia mula memukul hamba-hamba lelaki dan perempuan dan makan minum sehingga mabuk.


“Ada seorang kaya yang berpakaian linen ungu yang mahal dan hidup mewah setiap hari.


“Berjaga-jagalah agar hatimu tidak dibeban dengan kesia-siaan dan kemabukan serta soal-soal hal hidup sehingga kamu tidak bersedia menghadapi hari itu yang datang dengan tidak disangka-sangka.


Ada pula yang jatuh di tempat berbatu, dan setelah bercambah, tumbuhan itu menjadi layu kerana kurangnya air.


Maka, kita tidaklah lagi berupa kanak-kanak, dipukul ombak dan ditiup ke sana ke mari oleh setiap angin pengajaran orang, tipu daya manusia, dan putar belit muslihat jahat.


Kesudahan mereka adalah kebinasaan, tuhan mereka adalah perut mereka, kemuliaan mereka adalah dalam keaiban mereka. Mereka menumpukan fikiran kepada perkara dunia.


Sebaliknya, seorang balu yang hidup berpelesiran sudah pun mati walaupun masih hidup.


Jangan terikut-ikut pelbagai ajaran yang berlainan daripada ajaran yang benar. Tetapkan hati dengan kasih kurnia Allah, bukan dengan makanan yang tidak menguntungkan mereka yang asyik dengannya.


Hidupmu di dunia ini senang-lenang dalam kemewahan melimpah-limpah. Kamu bagaikan menggemukkan diri untuk hari penyembelihan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan