Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 9:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Belalang itu ditegah merosakkan rumput di bumi, pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan lain; tugasnya menyerang manusia yang tidak mempunyai tanda materai Allah di dahinya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

4 Sŭrta dipŭsan pula padanya skalian supaya jangan dibinchanakannya rumpot rumpotan, atau barang tumboh tumbohan yang hijau, atau barang pohon kayu; mŭlainkan orang orang yang tiada bŭrmutrie Allah didahinya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Belalang-belalang itu dilarang merosak rumput, atau pokok, ataupun tanaman lain. Hanya orang yang tidak bertandakan meterai Allah pada dahi mereka boleh diserang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Belalang-belalang itu dilarang merosak rumput, atau pokok, ataupun tanaman lain. Hanya orang yang tidak bertandakan meterai Allah pada dahi mereka boleh diserang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 9:4
15 Iomraidhean Croise  

Bukankah Engkau menegakkan pagar di sekelilingnya dan seisi rumahnya serta segala hartanya? Engkau memberkati pekerjaan tangannya, dan ternakannya semakin bertambah di negeri itu.


Maka firman TUHAN kepada Iblis, “Nah, segala sesuatu miliknya ada dalam kuasamu. Hanya, jangan kausentuh dirinya.” Kemudian pergilah Iblis dari hadirat TUHAN.


Maka firman TUHAN kepada Iblis, “Nah, dia ada dalam kuasamu. Hanya, peliharalah nyawanya.”


Sesungguhnya, kemarahan manusia akan mendatangkan puji untuk-Mu, mereka yang terselamat daripada kemarahan itu akan menyanjung kebesaran-Mu.


kerana TUHAN akan melintas untuk mengazabkan warga Mesir. Apabila Dia melihat darah pada ambang pintu serta kedua-dua tiang pintu sesebuah rumah, maka TUHAN akan melalui pintu itu dan tidak membiarkan pemusnah masuk ke dalam rumahmu untuk mengazabkan kamu.


Firman TUHAN kepadanya, “Berjalanlah, lintasi seluruh Kota Yerusalem itu dan letaklah tanda pada dahi mana-mana orang yang mengeluh serta mengerang kerana segala kekejian yang dilakukan di dalamnya.”


Bunuhlah orang tua, pemuda dan pemudi, kanak-kanak dan perempuan, tetapi jangan sentuh sesiapa pun yang mempunyai tanda itu. Mulailah dari tempat suci-Ku!” Maka mulailah mereka dengan orang tua yang berada di depan Bait Suci.


Kerana beberapa kristus palsu dan nabi palsu akan muncul dan menunjukkan pelbagai mukjizat serta keajaiban untuk memperdaya orang, kalau boleh termasuk umat pilihan.


Dan janganlah kamu menyedihkan Roh Kudus Allah yang telah mematerai kamu bagi hari penebusan.


Kemudian tiba-tiba aku melihat Anak Domba berdiri di puncak Gunung Sion, dan bersama-sama-Nya seratus empat puluh empat ribu orang dengan nama-Nya dan nama Bapa-Nya tertulis di atas dahi mereka.


Aku mendengar sesuatu seperti suara dari tengah-tengah makhluk berempat itu, berkata, “Secupak gandum sekeping wang dinar harganya, dan tiga cupak barli juga sekeping wang dinar harganya, tetapi minyak dan air anggur itu jangan kaurosakkan.”


Selepas itu, kulihat empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi dan menahan keempat-empat angin di bumi supaya tidak ada angin yang bertiup di darat, di laut, atau di pokok.


Malaikat pertama meniup sangkakalanya. Hujan batu dan api bercampur darah terus dilemparkan ke bumi. Lalu sepertiga bumi, dan sepertiga pokok serta segala tumbuh-tumbuhan yang hijau hangus dibakar.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan