Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 8:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Malaikat pertama meniup sangkakalanya. Hujan batu dan api bercampur darah terus dilemparkan ke bumi. Lalu sepertiga bumi, dan sepertiga pokok serta segala tumbuh-tumbuhan yang hijau hangus dibakar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

7 Maka mŭliekat yang pŭrtama itu mŭniuplah nafirinya, maka turonlah hujan batu dan api bŭrchampor dŭngan darah, lalu dichampakkannyalah ka’atas bumi: maka tŭrbakarlah tiga bahgian deripada sagala pohon pohon kayu, dan rumpot rumpotan hijau sŭmuanya itupun habislah hangus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Malaikat pertama meniup trompetnya, lalu hujan batu dan api bercampur darah, turun dengan derasnya ke atas bumi. Api membakar sepertiga daripada bumi dan memusnahkan semua pokok dan tumbuh-tumbuhan di situ.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Malaikat pertama meniup trompetnya, lalu hujan batu dan api bercampur darah, turun dengan derasnya ke atas bumi. Api membakar sepertiga daripada bumi dan memusnahkan semua pokok dan tumbuh-tumbuhan di situ.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 8:7
29 Iomraidhean Croise  

Dia mengubah hujan menjadi hujan batu, dan mencurahkan api bernyala-nyala di tanah mereka.


Musa keluar dari kota itu meninggalkan Firaun, lalu dia menadahkan tangannya kepada TUHAN. Maka berhentilah guruh dan hujan batu, dan hujan tidak lagi mencurah-curah ke atas bumi.


Lihat, pada Tuhan ada seorang yang kuat dan tegap. Seperti angin ribut disertai hujan batu, iaitu badai yang membinasakan, seperti angin ribut disertai air bah yang meluap-luap, dia akan menghempaskan mereka ke bumi dengan tangannya.


TUHAN alam semesta, akan melawat engkau dengan guruh, gempa, dan keriuhan besar, dengan angin puting beliung, badai, dan nyala api yang menghanguskan.


TUHAN akan memperdengarkan suara-Nya yang mulia dan memperlihatkan kuasa-Nya yang turun menimpa dengan murka yang dahsyat dan nyala api yang menghanguskan, dengan hujan lebat, angin ribut, dan hujan batu.


Hujan batu akan merobohkan hutan dan kota akan diruntuhkan sama sekali.


Aku akan menghukum dia dengan wabak penyakit dan penumpahan darah. Aku pun akan mencurahkan hujan lebat, hujan batu, api, dan belerang ke atasnya, ke atas pasukannya, dan ke atas banyak bangsa yang menyertainya.


Aku akan menunjukkan keajaiban di langit dan di bumi, darah dan api, serta kepulan-kepulan asap.


Sewaktu matahari meninggi, sinarnya yang panas menyebabkan rumput itu layu sehingga bunganya gugur lalu musnah keindahannya. Begitulah halnya dengan orang kaya yang akan lenyap ketika mengurus perniagaannya.


Sewaktu bani Amori itu melarikan diri dari hadapan orang Israel di lereng Bet-Horon, TUHAN menghujani mereka dengan batu-batu besar dari langit sampai ke Azeka, sehingga mereka mati. Lebih ramai orang yang mati kerana hujan batu itu daripada yang ditewaskan orang Israel dengan pedang.


Kerana, “Semua manusia umpama rumput, dan segala kemuliaannya umpama bunga di padang; rumput layu, dan bunga gugur,


Naga itu mengheret sepertiga bintang di langit dengan ekornya dan menghumbankannya ke bumi. Ia menunggu di hadapan perempuan yang hendak bersalin untuk menelan anaknya sebaik-baik dia lahir.


Oleh itu, malaikat pertama pergi, mencurahkan isi mangkuknya ke tanah, lalu tumbuh pekung yang busuk dan menjijikkan pada orang yang mempunyai tanda binatang itu dan orang yang menyembah patungnya.


Hujan batu besar yang seratus paun beratnya turun dari langit menimpa manusia. Mereka mengkufuri Allah kerana bencana hujan batu yang dahsyat itu.


Aku melihat seekor kuda berwarna pucat. Penunggangnya bernama Maut, dan Alam Maut mengekorinya. Mereka diberi kuasa membunuh seperempat penghuni bumi melalui peperangan, kebuluran, wabak penyakit dan serangan binatang buas.


Selepas itu, kulihat empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi dan menahan keempat-empat angin di bumi supaya tidak ada angin yang bertiup di darat, di laut, atau di pokok.


Keempat-empat malaikat itu pun dilepaskan. Mereka telah disediakan khas untuk membunuh sepertiga umat manusia pada jam, hari, bulan dan tahun itu.


Api, asap dan belerang dari mulut kuda itu merupakan tiga bencana yang membunuh sepertiga umat manusia.


Belalang itu ditegah merosakkan rumput di bumi, pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan lain; tugasnya menyerang manusia yang tidak mempunyai tanda materai Allah di dahinya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan