Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 8:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Kemudian malaikat itu mengisi tempat bara dengan bara api dari mazbah lalu melontarkannya ke bumi. Dalam sekelip mata kedengaran guruh petir dan kelihatan kilat sabung-menyabung lalu seluruh bumi bergempa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

5 Maka diambillah ulih mŭliekat itu akan pŭrasapan itu, lalu diisinya dŭngan api yang deripada tŭmpat pŭrsŭmbahan itu, lalu dituangkannya ka’atas bumi; maka sa’kunyung kunyung bŭrbunyilah bŭbrapa swara, dan halalintar, dan kilat, dan gŭmpa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Kemudian malaikat itu mengambil perbaraan itu, dan mengisinya dengan bara api yang diambil dari mazbah, lalu melemparkannya ke atas bumi. Lalu guruh bergemuruh, kilat sabung-menyabung, dan gempa bumi berlaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Kemudian malaikat itu mengambil perbaraan itu, dan mengisinya dengan bara api yang diambil dari mazbah, lalu melemparkannya ke atas bumi. Lalu guruh bergemuruh, kilat sabung-menyabung, dan gempa bumi berlaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 8:5
24 Iomraidhean Croise  

Firman-Nya, “Keluarlah dan berdirilah di atas gunung itu, di hadapan TUHAN.” Kemudian TUHAN berlalu. Mendahului TUHAN ada angin yang besar dan kuat membelah gunung itu serta memecahkan bukit-bukit batu, tetapi TUHAN tidak ada di dalam angin itu. Sesudah angin itu ada gempa, tetapi TUHAN tidak ada di dalam gempa itu.


TUHAN mengguntur dari langit; Yang Maha Tinggi memperdengarkan panah suara-Nya.


Pada pagi hari ketiga berlakulah guruh, kilat, dan awan pekat muncul di atas gunung itu serta bunyi sangkakala yang kedengaran tersangat kuat. Gementarlah seluruh umat di perkhemahan itu.


TUHAN alam semesta, akan melawat engkau dengan guruh, gempa, dan keriuhan besar, dengan angin puting beliung, badai, dan nyala api yang menghanguskan.


TUHAN akan memperdengarkan suara-Nya yang mulia dan memperlihatkan kuasa-Nya yang turun menimpa dengan murka yang dahsyat dan nyala api yang menghanguskan, dengan hujan lebat, angin ribut, dan hujan batu.


Ada bunyi kegemparan dari kota, suara dari Bait Suci! Itulah suara TUHAN mengadakan pembalasan kepada musuh-musuh-Nya.


Tajamkanlah anak panah, siapkanlah perisai. TUHAN telah membangkitkan semangat raja-raja Media, kerana rancangan-Nya adalah untuk memusnahkan Babel. Inilah pembalasan TUHAN, pembalasan kerana Bait Suci-Nya.


Hendaklah dia mengambil pendupaan yang dipenuhi bara api daripada mazbah di hadapan TUHAN serta segenggam penuh dupa harum yang ditumbuk halus, lalu membawanya masuk ke balik tabir.


Kamu akan lari melalui lembah pergunungan-Ku itu, sebab lembah pergunungan itu akan sampai ke Azal. Kamu akan lari seperti kamu pernah lari kerana gempa bumi pada zaman Uzia, raja Yehuda. Kemudian TUHAN, Allahku, akan datang bersama-sama semua orang suci-Nya.


Bangsa akan bangkit bertarung dengan bangsa, kerajaan dengan kerajaan. Kebuluran dan gempa bumi akan berlaku di merata-rata.


“Aku datang untuk melontarkan api ke bumi dan betapa inginnya Aku api itu telah menyala!


Tiba-tiba berlaku gempa bumi yang besar, sehingga bergoncang asas penjara itu. Serta-merta semua pintu penjara terbuka dan belenggu semua orang yang terpenjara itu terlucut.


Setelah mereka berdoa, tempat mereka berhimpun itu bergoncang. Mereka semua dipenuhi dengan Roh Kudus dan mengucap firman Allah dengan berani.


Pada ketika itu terjadilah gempa bumi yang dahsyat, memusnahkan sepersepuluh kota itu. Tujuh ribu orang terbunuh dalam gempa itu. Mereka yang masih hidup sungguh takut lalu memuliakan Allah yang berada di syurga.


Kemudian bait Allah dibuka di syurga, dan kelihatanlah tabut perjanjian-Nya, diiringi kilat, pelbagai suara, guruh, gempa bumi dan hujan batu yang dahsyat.


Dari takhta itu kulihat kilat memancar dan kudengar guruh berbunyi. Di hadapan takhta itu terdapat tujuh pelita yang menyala, iaitu tujuh Roh Allah.


Kemudian aku melihat Anak Domba itu memecahkan materai keenam. Seketika itu terjadilah gempa bumi yang dahsyat. Matahari menjadi seperti kain hitam dan bulan merah seperti darah.


Satu lagi malaikat datang berdiri di hadapan mazbah sambil membawa tempat bara yang diperbuat daripada emas. Dia diberi banyak setanggi untuk ditambahkan kepada doa semua orang salih dan untuk dipersembahkan di atas mazbah emas di hadapan takhta.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan