Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 8:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Satu lagi malaikat datang berdiri di hadapan mazbah sambil membawa tempat bara yang diperbuat daripada emas. Dia diberi banyak setanggi untuk ditambahkan kepada doa semua orang salih dan untuk dipersembahkan di atas mazbah emas di hadapan takhta.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Hata maka datanglah pula sa’orang mŭliekat yang lain bŭrdiri ditŭmpat pŭrsŭmbahan, sŭrta dŭngan mŭmŭgang pŭrasapan yang kaamasan; dan tŭlah dikurniakanlah padanya banyak bahu bahuan, supaya dipŭrsŭmbahkannya sŭrta dŭngan doa orang orang salih diatas tŭmpat pŭrsŭmbahan yang kaamasan itu yang ada dihalrat arash itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Satu malaikat lain yang membawa sebuah perbaraan emas, datang dan berdiri di hadapan mazbah. Dia diberikan banyak kemenyan untuk ditambahkan pada doa-doa semua umat Allah, dan untuk dipersembahkan di atas mazbah emas yang terletak di hadapan takhta.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Satu malaikat lain yang membawa sebuah perbaraan emas, datang dan berdiri di hadapan mazbah. Dia diberikan banyak kemenyan untuk ditambahkan pada doa-doa semua umat Allah, dan untuk dipersembahkan di atas mazbah emas yang terletak di hadapan takhta.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 8:3
32 Iomraidhean Croise  

mangkuk, sepit, bejana, pedupaan, dan perbaraannya yang diperbuat daripada emas murni; engsel-engsel daripada emas untuk pintu bait sebelah dalam, iaitu Tempat Yang Maha Suci, dan untuk pintu ruang besar Bait Suci.


Biarlah doaku hadir di hadapan-Mu sebagai setanggi; penadahan tanganku sebagai korban persembahan petang.


Dan dia menempatkan mazbah daripada emas itu di dalam Khemah Pertemuan, iaitu di depan tabirnya


Kemudian satu daripada para malaikat serafim itu terbang ke arahku dengan membawa bara api yang diambilnya dengan penyepit dari atas mazbah.


Di situ ada suatu benda menyerupai mazbah daripada kayu, tiga hasta tingginya dan dua hasta panjang sisi-sisinya. Sudutnya, alasnya, dan dindingnya terbuat daripada kayu. Lalu dia berkata kepadaku, “Inilah meja yang ada di hadapan TUHAN.”


Aku melihat TUHAN hadir di sisi mazbah berhala dan Dia berfirman, “Hentamlah segala kepala tiang itu sehingga kesemua ambang pintu bergoncang, lalu pecahkan dan jatuhkanlah kesemuanya ke atas kepala semua orang. Dengan pedang akan Kucabut nyawa sesiapa yang terselamat. Tiada seorang pun daripada mereka akan mampu melarikan diri, tiada seorang pun dapat menyelamatkan diri.


Sungguh, dari terbitnya matahari sampai terbenamnya, nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa. Di setiap tempat dipersembahkan dupa bagi nama-Ku dan juga persembahan yang tahir, kerana nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Selanjutnya hendaklah mereka menghamparkan sehelai kain biru di atas mazbah yang terbuat daripada emas, lalu menudunginya dengan tudung daripada kulit anjing laut, lalu memasang kayu-kayu pengusungnya.


sebuah perbaraan emas seberat sepuluh syikal berisi dupa,


Orang ramai berhimpun di luar untuk beribadat sewaktu kemenyan dibakar.


Siapakah yang dapat mempersalah kita? Kristus Yesus, yang telah mati, bahkan lebih daripada itu, yang telah dibangkitkan, berada di sebelah kanan Allah dan juga berdoa syafaat bagi pihak kita.


Oleh itu, Dia dapat menyelamatkan sepenuhnya mereka yang datang kepada Allah melalui-Nya, kerana Dia hidup selama-lamanya untuk berdoa syafaat bagi mereka.


Di situ terdapat mazbah perasapan emas, tabut perjanjian yang bersalut emas, bokor emas yang berisi manna, tongkat Harun yang bertunas, dan loh-loh perjanjian.


Setelah itu, aku melihat satu lagi malaikat yang gagah perkasa turun dari syurga, tubuhnya diliputi awan dan kepalanya dilingkari pelangi. Wajahnya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api.


Menyusul pula malaikat lain yang keluar dari mazbah dan menguasai api, sambil berseru nyaring kepada yang memegang sabit tajam, “Gunakanlah sabitmu yang tajam itu, kumpulkan segala gugusan anggur di bumi, kerana anggurnya sudah cukup masak.”


Ketika Dia mengambil gulungan kitab itu, empat makhluk dan dua puluh empat orang tua-tua sujud kepada Anak Domba itu. Masing-masing memegang sebuah kecapi dan sebuah batil emas berisi setanggi, iaitu segala doa orang salih.


Kemudian Anak Domba itu memecahkan materai kelima. Di bawah mazbah aku melihat roh-roh orang yang telah dibunuh kerana firman Allah dan kerana kesaksian yang dipegang mereka dengan setia.


Kemudian kulihat malaikat lain datang dari timur membawa materai yang digunakan oleh Allah yang hidup. Dengan suara lantang malaikat itu berseru kepada empat malaikat yang telah diberi kuasa untuk merosakkan darat dan laut.


Doa orang salih bersama asap setanggi yang dibakar itu naik berkepul-kepul dari tangan malaikat yang menghadap Allah.


Kemudian malaikat itu mengisi tempat bara dengan bara api dari mazbah lalu melontarkannya ke bumi. Dalam sekelip mata kedengaran guruh petir dan kelihatan kilat sabung-menyabung lalu seluruh bumi bergempa.


Kemudian malaikat keenam meniup sangkakalanya. Aku mendengar suara dari keempat-empat tanduk mazbah emas di hadapan Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan