Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 8:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Kemudian aku melihat tujuh malaikat menghadap Allah. Mereka diberi tujuh sangkakala.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Maka kulihatlah tujoh orang mŭliekat yang bŭrdiri dihalrat Allah itu; maka dikurniakanlah kapada marika itu tujoh nafiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Kemudian aku melihat tujuh malaikat berdiri di hadapan Allah, dan mereka diberikan tujuh buah trompet.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Kemudian aku melihat tujuh malaikat berdiri di hadapan Allah, dan mereka diberikan tujuh buah trompet.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 8:2
18 Iomraidhean Croise  

Siapakah yang memandang hina hari terjadinya hal-hal yang kecil? Mereka akan bersukacita ketika melihat batu ladung di tangan Zerubabel. Ketujuh-tujuh pelita ini adalah mata TUHAN yang menjelajahi seluruh bumi.”


“Hati-hatilah, jangan hinakan seorang daripada murid-Ku yang kecil ini. Ketahuilah, malaikat-malaikat mereka sentiasa berada di hadirat Bapa-Ku di syurga.


Sangkakala akan dibunyikan dengan kuatnya, dan Anak Manusia akan menghantar malaikat-malaikat-Nya dan menghimpunkan umat pilihan-Nya dari empat mata angin, dari satu hujung langit ke hujung yang lain.”


Malaikat itu menjawab lagi, “Akulah Gabriel yang berdiri di hadirat Allah, telah diutuskan untuk menyampaikan berita baik ini kepadamu.


Kamu hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan berdoa supaya kamu diteguhkan untuk menghadapi segala perkara yang akan terjadi itu lalu dapat berdiri di hadirat Anak Manusia.”


serta-merta, dalam sekelip mata, ketika berbunyinya sangkakala yang terakhir. Pada saat itu orang mati akan dibangkitkan dalam ketidakbinasaan, dan kita yang masih hidup akan diubah,


Pada waktu itu, Tuhan akan turun dari syurga dengan satu seruan yang kuat, dengan suara malaikat agung, dan dengan sangkakala Allah. Mereka yang telah mati dalam Kristus akan dibangkitkan terlebih dahulu.


Daripada Yohanes kepada tujuh jemaah di Asia Kecil: Kasih kurnia dan kesejahteraan kepadamu daripada Allah, iaitu Dia yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang, juga daripada tujuh roh yang di hadapan takhta-Nya,


Kemudian malaikat ketujuh meniup sangkakalanya. Suara-suara lantang di syurga berkata, “Segala kerajaan di dunia ini telah menjadi kerajaan Tuhan kita dan kerajaan Kristus-Nya, dan Dia akan memerintah selama-lamanya!”


Aku melihat pula di langit suatu tanda lagi, yang besar dan ajaib, iaitu tujuh malaikat membawa tujuh wabak terakhir, maka dengannya selesailah kemurkaan Allah.


Kemudian aku mendengar suara lantang dari dalam Bait Suci Allah, berkata kepada tujuh malaikat itu, “Pergi tuangkan kemurkaan Allah di dalam tujuh mangkuk itu ke bumi.”


Kemudian aku melihat dan mendengar seekor burung helang yang terbang tinggi di tengah langit berseru nyaring, “Sengsara! Sengsara! Sengsaralah sekalian penghuni bumi kerana tiga malaikat lagi yang akan meniup sangkakalanya.”


Kemudian tujuh malaikat yang memegang tujuh sangkakala itu bersedia untuk meniupnya.


Kemudian malaikat kelima meniup sangkakalanya. Kulihat sebuah bintang gugur dari langit ke bumi. Bintang itu diberi kunci jurang yang tidak terduga dalamnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan