Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 8:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Apabila Anak Domba memecahkan materai ketujuh, syurga menjadi senyap sunyi kira-kira setengah jam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 MAKA apabila tŭlah diuriekannya mutrie yang katujoh itu, maka tŭrdiamlah dalam shorga itu, sŭkira kira sŭtŭngah jam lamanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Ketika Anak Domba itu memecahkan meterai ketujuh, syurga menjadi senyap selama kira-kira setengah jam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Ketika Anak Domba itu memecahkan meterai ketujuh, syurga menjadi senyap selama kira-kira setengah jam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 8:1
14 Iomraidhean Croise  

Ia berhenti, tetapi tidak dapat kukenali rupanya. Ada susuk yang hadir di hadapan mataku, hening, lalu kudengar suara,


Sandarkan hatimu kepada TUHAN dan sabarlah menanti tindakan-Nya; jangan gusar kerana ada yang makmur mengikut jalan sendiri, kerana ada yang menjayakan rancangan zalim.


Sesungguhnya, jiwaku senyap hening menantikan Allah; daripada-Nya datang penyelamatanku.


Tetapi TUHAN hadir di dalam Bait-Nya yang suci. Biarlah seluruh bumi berdiam diri di hadirat-Nya!


Wahai segala makhluk, berdiam dirilah di hadapan TUHAN, kerana Dia telah bangkit dari tempat kediaman-Nya yang suci!


Mereka pun pergi melakukannya. Mereka memperkukuh makam itu dengan memateraikannya supaya tidak dapat dibuka langsung, dan mereka menugaskan pengawal berjaga di situ.


Kemudian aku melihat segulungan naskhah di tangan kanan Dia yang bersemayam di atas takhta itu. Gulungan itu bertulis kedua-dua belah dan dimaterai dengan tujuh materai.


Mereka menyanyikan lagu baru: “Engkau layak mengambil gulungan naskhah itu dan membuka materainya kerana Engkau telah dibunuh, dan dengan darah kematian-Mu Engkau telah menebus untuk Allah manusia daripada segala suku, bahasa, kaum, dan bangsa.


Seterusnya aku melihat Anak Domba itu memecahkan materai pertama daripada ketujuh-tujuh materai itu. Lantas kudengar satu daripada empat makhluk itu berkata dengan suara seperti guruh, “Marilah, lihat!”


Kemudian aku melihat Anak Domba itu memecahkan materai keenam. Seketika itu terjadilah gempa bumi yang dahsyat. Matahari menjadi seperti kain hitam dan bulan merah seperti darah.


Kemudian Anak Domba itu memecahkan materai kedua dan kudengar makhluk kedua berkata, “Marilah, lihat!”


Kemudian Anak Domba itu memecahkan materai ketiga lalu kudengar makhluk ketiga berkata, “Marilah, lihat!” Aku melihat seekor kuda hitam. Penunggangnya memegang dacing.


Kemudian Anak Domba itu memecahkan materai keempat. Kudengar makhluk keempat berkata, “Mari!”


Kemudian Anak Domba itu memecahkan materai kelima. Di bawah mazbah aku melihat roh-roh orang yang telah dibunuh kerana firman Allah dan kerana kesaksian yang dipegang mereka dengan setia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan