Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 7:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Malaikat itu berkata, “Janganlah rosakkan darat, laut atau pokok-pokok hingga kami telah mematerai dahi hamba-hamba Allah kita.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Katanya, Janganlah kamu mŭrosakkan bumi, atau laut, atau pohon pohon kayu, sampie sudah kita mutriekan didahi sagala hamba Allah kami itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Malaikat itu berkata, “Janganlah rosakkan darat, atau laut, ataupun pokok-pokok, sehingga kami telah memeterai dahi hamba-hamba Allah kita.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Malaikat itu berkata, “Janganlah rosakkan darat, atau laut, ataupun pokok-pokok, sehingga kami telah memeterai dahi hamba-hamba Allah kita.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 7:3
31 Iomraidhean Croise  

Darah itu akan menjadi tanda bagimu di rumah-rumah yang kamu diami. Apabila Aku melihat darah itu, maka Aku akan melalui kamu sehingga rumahmu tidak ditimpa azab kemusnahan pada waktu Aku mengazabkan Tanah Mesir.


kerana TUHAN akan melintas untuk mengazabkan warga Mesir. Apabila Dia melihat darah pada ambang pintu serta kedua-dua tiang pintu sesebuah rumah, maka TUHAN akan melalui pintu itu dan tidak membiarkan pemusnah masuk ke dalam rumahmu untuk mengazabkan kamu.


Dengan menghalau dan dengan mengusir mereka Engkau telah melawan mereka. Dia memindahkan mereka dengan angin-Nya yang kencang pada waktu angin timur bertiup.


Setiap senjata yang dibentuk untuk melawan engkau tidak akan berhasil, dan setiap lidah yang mendakwa engkau dalam pengadilan akan kaubuktikan salah. Inilah harta pusaka hamba-hamba TUHAN dan kebenaran yang diterima mereka daripada-Ku,” demikianlah firman TUHAN.


Kalau masih tertinggal sepersepuluh daripada mereka, maka mereka itu akan dimusnahkan pula. Tetapi seperti pokok jejawi dan pokok oak yang tertinggal tunggulnya setelah ditebang, demikianlah benih yang suci itu akan menjadi tunggulnya.”


Beginilah firman TUHAN, “Seperti kata orang jika air anggur masih didapati pada tandannya, ‘Jangan musnahkan itu kerana masih ada berkat di dalamnya,’ demikianlah Aku akan bertindak demi hamba-hamba-Ku. Aku tidak akan memusnahkan mereka seluruhnya.


Firman TUHAN kepadanya, “Berjalanlah, lintasi seluruh Kota Yerusalem itu dan letaklah tanda pada dahi mana-mana orang yang mengeluh serta mengerang kerana segala kekejian yang dilakukan di dalamnya.”


Bunuhlah orang tua, pemuda dan pemudi, kanak-kanak dan perempuan, tetapi jangan sentuh sesiapa pun yang mempunyai tanda itu. Mulailah dari tempat suci-Ku!” Maka mulailah mereka dengan orang tua yang berada di depan Bait Suci.


Kalau harus demikian, maka Allah yang kami sembah sanggup melepaskan kami dari dapur api yang menyala-nyala itu, dan Dia akan melepaskan kami daripada tangan Tuanku Raja.


Setelah itu, Nebukadnezar mendekati pintu dapur api yang menyala-nyala itu. Dia berkata, “Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, hamba-hamba Allah Yang Maha Tinggi, keluarlah dan datanglah ke mari!” Lalu keluarlah Sadrakh, Mesakh, dan Abednego dari tengah-tengah api itu,


Maka raja memberikan perintah supaya Daniel dibawa dan dihumban ke dalam gua singa. Raja berkata kepada Daniel, “Semoga tuhan kamu yang selalu kamu sembah kelak melepaskan engkau!”


Carilah hadirat TUHAN, wahai semua orang yang rendah hati di negeri, yang melaksanakan hukum-Nya. Carilah perbenaran, carilah kerendahan hati! Siapa tahu kamu akan dilindungi pada hari kemurkaan TUHAN.


Maka kamu akan kembali melihat perbezaan antara orang benar dengan orang yang fasiq, antara orang yang beribadat kepada Allah dengan orang yang tidak beribadat kepada-Nya.”


Kalaulah masa itu tidak disingkatkan, tiada seorang pun akan selamat. Namun demikian, demi umat pilihan-Nya, masa itu disingkatkan.


Sangkakala akan dibunyikan dengan kuatnya, dan Anak Manusia akan menghantar malaikat-malaikat-Nya dan menghimpunkan umat pilihan-Nya dari empat mata angin, dari satu hujung langit ke hujung yang lain.”


Sesiapa yang ingin mengabdi kepada-Ku mesti mengikut-Ku, dan di mana Aku berada, di situlah juga abdi-Ku. Orang yang mengabdi kepada-Ku akan dihormati oleh Bapa.”


Namun begitu, mereka yang menerima kesaksian-Nya mengaku bahawa Allah itu benar.


Kini kamu telah dibebaskan daripada dosa dan menjadi hamba Allah, manfaat yang kamu dapati membawa kepada kesucian, dan hasilnya ialah kehidupan kekal.


Ia memaksa semua manusia, kecil besar, kaya miskin, orang merdeka dan hamba abdi, menerima suatu tanda pada tangan kanan atau dahi,


dan seorang pun tidak dibenarkan berjual beli kecuali ada padanya tanda atau nama binatang buas itu, atau angka namanya.


Kemudian tiba-tiba aku melihat Anak Domba berdiri di puncak Gunung Sion, dan bersama-sama-Nya seratus empat puluh empat ribu orang dengan nama-Nya dan nama Bapa-Nya tertulis di atas dahi mereka.


Mereka diikut oleh satu lagi malaikat yang berkata dengan suara lantang, “Jika sesiapa menyembah binatang itu dan patungnya, dan menerima tandanya di atas dahi atau tangan,


Kerana segala penghakiman-Nya benar dan adil, kerana Dia telah menghakimi pelacur besar yang telah mencemarkan dunia dengan perzinaannya; dan Dia telah menghukumnya kerana menumpahkan darah hamba-hamba-Nya!”


Aku melihat beberapa takhta, lantas orang duduk di atasnya dan diberi kuasa sebagai hakim. Aku melihat roh-roh orang yang telah dipancung kepala kerana memberikan kesaksian tentang Yesus Kristus dan firman Allah, yang tidak menyembah binatang itu atau patungnya, dan tidak menerima tandanya di dahi atau di tangan. Mereka itu hidup dan memerintah bersama Kristus selama seribu tahun.


Mereka melihat wajah-Nya, dan nama-Nya tersurat pada dahi mereka.


Aku mendengar sesuatu seperti suara dari tengah-tengah makhluk berempat itu, berkata, “Secupak gandum sekeping wang dinar harganya, dan tiga cupak barli juga sekeping wang dinar harganya, tetapi minyak dan air anggur itu jangan kaurosakkan.”


Selepas itu, kulihat empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi dan menahan keempat-empat angin di bumi supaya tidak ada angin yang bertiup di darat, di laut, atau di pokok.


Kemudian kulihat malaikat lain datang dari timur membawa materai yang digunakan oleh Allah yang hidup. Dengan suara lantang malaikat itu berseru kepada empat malaikat yang telah diberi kuasa untuk merosakkan darat dan laut.


Belalang itu ditegah merosakkan rumput di bumi, pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan lain; tugasnya menyerang manusia yang tidak mempunyai tanda materai Allah di dahinya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan