Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 7:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Kemudian kulihat malaikat lain datang dari timur membawa materai yang digunakan oleh Allah yang hidup. Dengan suara lantang malaikat itu berseru kepada empat malaikat yang telah diberi kuasa untuk merosakkan darat dan laut.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Maka kulihat pula sa’orang mŭliekat yang lain naik deri sŭblah mashrek, yang ada mŭmŭgang mutrie Allah yang hidop itu: maka bŭrsrulah iya dŭngan swara yang nyaring kapada ampat orang mŭliekat yang tŭlah dikurniakan kwasa mŭrosakkan bumi dan laut itu,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Lalu aku nampak malaikat lain muncul dari sebelah timur, dengan membawa meterai yang digunakan oleh Allah yang hidup. Dengan suara lantang malaikat itu memanggil keempat-empat malaikat yang sudah diberikan kuasa oleh Allah untuk merosakkan darat dan laut.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Lalu aku nampak malaikat lain muncul dari sebelah timur, dengan membawa meterai yang digunakan oleh Allah yang hidup. Dengan suara lantang malaikat itu memanggil keempat-empat malaikat yang sudah diberikan kuasa oleh Allah untuk merosakkan darat dan laut.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 7:2
29 Iomraidhean Croise  

Mudah-mudahan TUHAN, Allahmu, mendengar semua yang dikatakan Rabshakeh, yang telah diutus oleh tuannya, raja Asyur, untuk mencela Allah yang hidup. Mudah-mudahan TUHAN, Allahmu, menjatuhkan hukuman selaras dengan kata-kata yang telah didengar-Nya. Oleh sebab itu, panjatkanlah doa bagi saki-baki orang yang masih ada.’ ”


Simpanlah aku sebagai materai dalam hatimu, bagai materai pada lenganmu. Kerana cinta itu sekuat kematian, dan cemburu itu sebengis alam barzakh. Keghairahannya bagai api ternyala, nyala api TUHAN.


Siapakah yang membangkitkan dia dari timur, yang dalam perbenaran memanggil dia menghadap diri-Nya, yang menyerahkan bangsa-bangsa ke hadapannya dan membuat dia memerintah raja-raja? Pedangnya membuat mereka seperti debu dan busur panahnya membuat mereka seperti tunggul jerami yang diterbangkan angin.


Firman TUHAN kepadanya, “Berjalanlah, lintasi seluruh Kota Yerusalem itu dan letaklah tanda pada dahi mana-mana orang yang mengeluh serta mengerang kerana segala kekejian yang dilakukan di dalamnya.”


“Lihat, Aku menghantar utusan-Ku dan dia akan menyediakan jalan bagi-Ku. Kemudian dengan tiba-tiba Tuhan yang kamu cari itu akan hadir di Bait Suci-Nya lalu utusan perjanjian yang kamu kehendaki itu akan datang,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Tetapi bagi kamu yang takut kepada nama-Ku, matahari yang penuh perbenaran akan terbit dengan membawa kesembuhan pada sayapnya. Sebagaimana anak lembu dari kandangnya, kamu akan keluar sambil melompat-lompat.


Simon Petrus menjawab, “Engkau ialah Kristus, Anak Allah Yang Hidup.”


Tetapi Yesus berdiam diri. Imam besar berkata kepada-Nya, “Demi Allah yang hidup, katakan kepada kami, adakah Kamu ini Kristus, Anak Allah?”


Janganlah berusaha mendapatkan makanan yang boleh basi. Berusahalah mendapatkan makanan yang dapat bertahan sampai hidup kekal. Itulah makanan yang akan diberikan kepadamu oleh Anak Manusia, kerana Allah Bapa telah memateraikan-Nya.”


menandakan kita dengan materai-Nya, dan mengurniakan Roh-Nya untuk masuk ke hati kita sebagai jaminan.


Kamu juga dalam Kristus setelah mendengar kata kebenaran, iaitu Injil tentang penyelamatanmu. Dan dalam-Nya, setelah mempercayai-Nya, kamu telah dimaterai dengan Roh Kudus yang dijanjikan-Nya,


Dan janganlah kamu menyedihkan Roh Kudus Allah yang telah mematerai kamu bagi hari penebusan.


Kerana makhluk manakah yang dapat tetap hidup setelah mendengar suara Allah yang hidup itu berfirman dari tengah-tengah api, seperti yang kami dengar?


Mereka sendiri menceritakan bahawa kamu telah menyambut kami dengan baik apabila kami mengunjungimu dahulu, bahawa kamu berpaling daripada menyembah berhala untuk menyembah Allah yang hidup dan benar,


Namun demikian, asas kukuh Allah tetap bertapak, diteguhkan dengan materai ini: “Tuhan mengenal siapa milik-Nya,” dan “Setiap orang yang menyebut nama Tuhan hendaklah meninggalkan kejahatan.”


Tetapi kamu telah datang ke Gunung Sion dan ke kota Allah yang hidup, Yerusalem yang di syurga, kepada para malaikat yang tidak terkira banyaknya,


Diberkatilah orang yang membaca kata-kata nubuat ini dan mendengarnya serta mematuhi apa yang tersurat dalamnya, kerana masanya sudah dekat.


Setelah itu, aku melihat satu lagi malaikat yang gagah perkasa turun dari syurga, tubuhnya diliputi awan dan kepalanya dilingkari pelangi. Wajahnya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api.


Sebaik-baik tujuh guruh itu berkata-kata, aku hendak mencatat kata-katanya. Tetapi kudengar suara dari syurga berkata kepadaku, “Materaikan segala yang dikatakan oleh tujuh guruh itu, jangan dituliskan.”


Kemudian malaikat keenam mencurahkan isi mangkuknya ke dalam sebatang sungai besar, iaitu Efrat, lantas airnya kering kontang, untuk menyediakan jalan bagi raja-raja dari Timur.


Setelah itu, kulihat dan kudengar malaikat yang gagah perkasa bertanya dengan suara lantang, “Siapakah yang layak memecahkan materai dan membuka gulungan naskhah ini?”


Satu lagi malaikat datang berdiri di hadapan mazbah sambil membawa tempat bara yang diperbuat daripada emas. Dia diberi banyak setanggi untuk ditambahkan kepada doa semua orang salih dan untuk dipersembahkan di atas mazbah emas di hadapan takhta.


Suara itu berkata kepada malaikat keenam yang memegang sangkakala itu, “Lepaskanlah empat malaikat yang terikat di sungai yang besar, iaitu Sungai Efrat itu!”


Belalang itu ditegah merosakkan rumput di bumi, pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan lain; tugasnya menyerang manusia yang tidak mempunyai tanda materai Allah di dahinya.


Daud pun bertanya kepada kalangan yang berdiri bersamanya, “Apakah yang akan dilakukan terhadap orang yang dapat membunuh orang Filistin ini dan yang dapat menghapus cela ini daripada Israel? Siapakah orang Filistin yang tidak bersunat itu sehingga dia mencemuh barisan perang daripada Allah yang hidup?”


Singa ataupun beruang sudah pernah hamba bunuh. Maka orang Filistin yang tidak bersunat ini pun akan menjadi seperti seekor daripada haiwan-haiwan itu, kerana dia telah mencemuh barisan perang daripada Allah yang hidup.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan