Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 7:17 - Alkitab Versi Borneo

17 kerana Anak Domba di tengah-tengah takhta itu akan menjadi gembala mereka. Dia akan membimbing mereka ke mata air yang membawa hidup, dan Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

17 Kŭrna anak Domba yang ada ditŭngah arash itu akan bri makan marika itu, dan akan mŭmbawa marika itu kapada mata ayer yang hidop, dan Allah akan mŭnyapu sagala ayer mata deripada matanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

17 Hal itu demikian kerana Anak Domba yang di tengah-tengah takhta itu akan menggembalakan mereka, dan Dia akan memimpin mereka ke sumber air yang memberikan hidup. Allah akan menyapu air mata mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

17 Hal itu demikian kerana Anak Domba yang di tengah-tengah takhta itu akan menggembalakan mereka, dan Dia akan memimpin mereka ke sumber air yang memberikan hidup. Allah akan menyapu air mata mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 7:17
42 Iomraidhean Croise  

Orang miskin akan makan sehingga puas; mereka yang mencari TUHAN akan memuji-Nya — semoga hatimu hidup selama-lamanya!


Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku. Engkau mengurapi kepalaku; cawanku melimpah.


Selamatkanlah umat-Mu dan berkatilah mereka yang menjadi milik-Mu; jadilah gembala pembimbing mereka dan teguhkan mereka selama-lamanya.


Dengan girang kamu akan menimba air daripada mata air penyelamatan.


Di gunung ini TUHAN alam semesta, akan mengadakan jamuan dengan makanan berlemak bagi segala bangsa, jamuan dengan air anggur yang disimpan lama — makanan berlemak dan bersumsum serta air anggur tersimpan lama yang murni.


Dia akan menelan maut untuk selama-lamanya. Tuhan ALLAH akan menghapuskan air mata daripada setiap muka, dan menyingkirkan cela umat-Nya dari seluruh bumi, kerana TUHAN telah berfirman.


Sungguh, wahai rakyat Sion yang tinggal di Yerusalem, kamu tidak akan menangis lagi. Dia pasti mengasihani engkau apabila Dia mendengar suara engkau berseru-seru, dan Dia akan menjawab engkau apabila Dia mendengarnya.


Di atas setiap gunung yang tinggi dan di atas setiap bukit yang menjulang akan ada sungai dan aliran air pada hari pembunuhan besar-besaran, apabila menara-menara roboh.


Orang yang ditebus TUHAN akan pulang dan masuk ke Sion dengan sorak-sorai. Kesukaan yang kekal akan menghiasi kepala mereka. Mereka akan memperoleh kegirangan dan kegembiraan, manakala dukacita dan keluh-kesah akan hilang.


Dia menggembala kawanan domba-Nya seperti seorang gembala. Dia mengumpulkan anak domba dengan tangan-Nya dan mendukung mereka rapat ke dada-Nya. Dia akan membimbing induk-induk domba yang menyusu dengan lembut.


untuk berkata kepada orang tahanan, ‘Keluarlah!’ kepada orang yang ada dalam kegelapan, ‘Perlihatkanlah dirimu!’ Di sepanjang jalan mereka seperti domba yang meragut rumput, dan di segala bukit yang gondol akan ada padang rumput bagi mereka.


Orang yang ditebus TUHAN akan pulang dan memasuki Sion dengan sorak-sorai. Kesukaan kekal akan menghiasi kepala mereka. Mereka akan memperoleh kesukaan dan kegembiraan, sedangkan dukacita dan keluh-kesah akan menghilang.


Mataharimu tidak akan terbenam lagi dan bulanmu tidak akan lenyap, kerana TUHAN akan menjadi penerangmu yang kekal dan hari-hari perkabunganmu akan berakhir.


Aku akan bergembira kerana Yerusalem dan bergirang kerana umat-Ku. Suara tangisan tidak akan terdengar lagi di dalamnya, begitu pula suara jeritan.


“Umat-Ku telah melakukan dua kejahatan: mereka meninggalkan Aku, mata air yang hidup, dan menggali perigi mereka sendiri, iaitu perigi bocor, yang tidak dapat memuat air.


Mereka akan datang sambil menangis, mereka akan berdoa selagi Aku membawa mereka. Aku akan memimpin mereka ke tepi perairan serta di jalan yang rata, tempat mereka tidak akan tersandung, kerana Akulah bapa bagi Israel, dan Efraim ialah anak-Ku yang sulung.


Akan Kuangkat seorang gembala atas mereka, iaitu hamba-Ku Daud, dan dia akan mengurus mereka serta menjadi gembala mereka.


Dia akan tampil dan akan menggembala mereka dengan kekuatan TUHAN, dalam keagungan nama TUHAN, Allahnya. Mereka akan tinggal dengan selamat, kerana pada waktu itu dia menjadi besar sampai ke hujung bumi.


Gembalakanlah umat-Mu dengan tongkat-Mu, domba-domba harta pusaka-Mu, yang terpencil mendiami rimba di tengah-tengah Karmel. Biarlah mereka merumput di Basan dan di Gilead, seperti pada zaman dahulu.


‘Wahai Betlehem di Tanah Yehuda, engkau bukanlah yang terkecil antara pemimpin kota utama Yehuda, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’ ”


Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur.


Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawanya untuk kawanan dombanya.


Akulah gembala yang baik. Aku mengenal domba-domba-Ku dan domba-domba-Ku mengenal-Ku,


Yesus menjawab, “Kalaulah kamu mengetahui pemberian Allah, dan siapakah Dia yang berkata kepadamu, ‘Berilah Aku minum,’ tentulah kamu pula akan meminta daripada-Nya dan Dia akan mengurniaimu air hidup.”


Perempuan itu berkata, “Tuan tidak ada timba. Perigi ini sangat dalam. Bagaimana mungkin Tuan mendapatkan air hidup itu?


tetapi sesiapa minum air yang Kuberikan kepadanya nanti tidak akan dahaga lagi selama-lamanya. Air yang akan Kuberikan itu akan menjadi mata air dalam dirinya dan memberinya hidup yang kekal.”


Jagalah dirimu dan semua kawanan kerana kamulah yang telah diamanahkan Roh Kudus untuk menjadi penyelia bagi menggembalakan jemaah Allah yang telah ditebus-Nya dengan darah-Nya sendiri.


Jagalah jemaah Allah sekitarmu seperti gembala menjaga kawanan domba. Awasi mereka — bukan secara terpaksa tetapi dengan rela; bukan untuk mendapat keuntungan yang tidak wajar, tetapi dengan sepenuh hati;


Mereka ini tidak pernah menajiskan diri dengan perempuan kerana mereka menjaga kesucian mereka. Mereka mengikut Anak Domba ke mana-mana Dia pergi. Mereka telah ditebus daripada kalangan manusia, sebagai persembahan hasil pertama bagi Allah dan Anak Domba.


Aku tidak melihat Bait Suci di dalamnya, kerana Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa dan Anak Domba ialah Bait Sucinya.


Kota itu tidak memerlukan sinaran matahari dan bulan, kerana kemuliaan Allah meneranginya dan Anak Domba itu pelitanya.


Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka. Tiadalah lagi kematian, kesedihan dan tangisan. Tiada lagi kesakitan, kerana segala yang lama telah lenyap.”


Firman-Nya lagi, “Segalanya telah selesai! Akulah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terakhir. Aku akan memberikan mata air hidup dengan percuma kepada sesiapa yang dahaga.


Dia menunjukkan kepadaku sebatang sungai air hidup, jernih seperti hablur, mengalir dari takhta Allah dan Anak Domba


“Ya Tuhan, ya Allah kami! Hanya Engkau yang layak menerima kemuliaan, kehormatan dan kuasa, kerana Engkaulah yang mencipta segala-galanya, dan dengan kehendak-Mu segala-galanya wujud dan dicipta.”


Selepas itu kulihat Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh keempat-empat makhluk dan para tua-tua. Anak Domba itu, yang kelihatan sudah disembelih, mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah dihantar ke seluruh dunia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan