Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 7:16 - Alkitab Versi Borneo

16 Mereka tidak akan lapar atau dahaga lagi. Terik matahari atau sesuatu yang amat panas pun tidak akan dapat membakar mereka lagi

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

16 Tiadalah marika itu kŭlak akan lapar lagi, atau dahaga lagi, dan chaya matahari pun tiada mŭnimpa akan dia, atau barang panas.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Mereka tidak akan lapar ataupun dahaga lagi; matahari ataupun panas terik tidak akan membakar mereka lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Mereka tidak akan lapar ataupun dahaga lagi; matahari ataupun panas terik tidak akan membakar mereka lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 7:16
23 Iomraidhean Croise  

TUHAN ialah pemeliharamu — TUHAN ialah naunganmu di tangan kananmu;


matahari tidak akan menyakitimu sewaktu siang, atau bulan sewaktu malam.


Aku menadahkan tanganku kepada-Mu; jiwaku merindui-Mu seperti tanah yang dahaga. Sela


Jiwaku dahaga akan Allah, Allah yang hidup. Bilakah aku akan datang ke hadirat Allah?


Ya Allah, Engkau Allahku, aku akan mencari-Mu segera; jiwaku dahaga kepada-Mu, jasadku merindui-Mu, di tanah gersang tandus tanpa air.


Usah tenung aku kerana aku hitam, kerana panasnya suria menggelapkan wajahku. Anak-anak ibuku yang marah kepadaku, menjadikan aku penjaga kebun anggur; hinggakan kebun anggurku sendiri tidak kujaga.


Sesungguhnya, Engkau menjadi benteng bagi orang miskin, benteng bagi orang melarat dalam kesesakan, tempat berlindung daripada angin ribut, naungan daripada panas terik. Sesungguhnya, hembusan nafas kalangan yang kejam itu seperti angin ribut yang menerpa tembok,


Mereka masing-masing akan menjadi seperti tempat berteduh terhadap angin dan tempat persembunyian terhadap angin ribut, seperti aliran air di tempat yang gersang, seperti naungan bukit batu yang besar di tanah yang tandus.


Fakir miskin dan orang sesak mencari air tetapi tidak ada, lidah mereka kering kerana dahaga. Aku, TUHAN, akan menjawab mereka. Allah Israel, tidak akan meninggalkan mereka.


Mereka tidak akan berasa lapar atau dahaga, mereka tidak akan tersengat oleh panasnya padang pasir atau teriknya matahari, kerana Dia yang menyayangi mereka akan menuntun mereka dan membimbing mereka ke mata-mata air.


Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH, “Sesungguhnya, hamba-hamba-Ku akan makan, tetapi kamu akan kelaparan. Sesungguhnya, hamba-hamba-Ku akan minum, tetapi kamu akan kehausan. Sesungguhnya, hamba-hamba-Ku akan bersukacita, tetapi kamu akan diaibkan.


Ketika terbit matahari, Allah menetapkan datang angin yang panas terik dari timur lalu amat sakitlah kepala Yunus dan dia menjadi lemah dan lesu lantas dia memohon untuk dimatikan sahaja. Katanya, “Lebih baik aku mati daripada hidup.”


Tetapi dia tidak berakar, maka hanya tahan seketika. Sebaik-baik dia menanggung kesusahan atau penganiayaan kerana firman itu, imannya pun segera luntur.


Tetapi ketika matahari naik, tunas-tunas itu layu lalu kering kerana tidak berakar.


Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan.


tetapi mereka tidak berakar, maka hanya tahan seketika. Sebaik-baik mereka menanggung kesusahan atau penganiayaan kerana firman itu, iman mereka pun segera luntur.


Tetapi ketika matahari naik, tunas-tunas itu layu lalu kering kerana tidak berakar.


Dia telah memuaskan orang yang lapar dengan segala yang baik tetapi orang kaya dihalau pergi dengan tangan kosong.


Diberkatilah kamu yang lapar sekarang, kerana kamu akan dipuaskan. Diberkatilah kamu yang menangis sekarang, kerana kamu akan bersuka ria.


tetapi sesiapa minum air yang Kuberikan kepadanya nanti tidak akan dahaga lagi selama-lamanya. Air yang akan Kuberikan itu akan menjadi mata air dalam dirinya dan memberinya hidup yang kekal.”


Sewaktu matahari meninggi, sinarnya yang panas menyebabkan rumput itu layu sehingga bunganya gugur lalu musnah keindahannya. Begitulah halnya dengan orang kaya yang akan lenyap ketika mengurus perniagaannya.


Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka. Tiadalah lagi kematian, kesedihan dan tangisan. Tiada lagi kesakitan, kerana segala yang lama telah lenyap.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan