Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 7:13 - Alkitab Versi Borneo

13 Salah seorang tua-tua itu bertanya kepadaku, “Siapakah yang berjubah putih itu dan dari manakah mereka itu?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

13 Hata maka mŭnyahutlah sa’orang deripada orang tua tua itu, katanya padaku, Siapakah orang ini yang mŭmakie pakiean putih? dan deri mana datangnya?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 Salah seorang pemimpin itu bertanya kepadaku, “Siapakah mereka yang berjubah putih itu, dan dari manakah mereka datang?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 Salah seorang pemimpin itu bertanya kepadaku, “Siapakah mereka yang berjubah putih itu, dan dari manakah mereka datang?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 7:13
11 Iomraidhean Croise  

Sabdanya, “Wahai Hagar, hamba Sarai, dari manakah kamu dan hendak ke mana?” Jawab perempuan itu, “Aku melarikan diri daripada Sarai, cik puanku.”


Aku mendekati seorang daripada mereka yang berdiri di situ dan bertanya kepadanya tentang erti sebenarnya daripada semua hal itu. Dia menjawab aku dan memberitahukan kepadaku tafsiran hal-hal itu.


Ketika Yesus mengajar di Bait Suci, Dia berseru dengan suara lantang, “Kamu tentu mengenal siapa Aku dan di mana tempat asal-Ku. Aku datang bukanlah dengan kehendak-Ku sendiri. Dia yang mengutus-Ku dapat dipercayai, tetapi kamu tidak mengenal-Nya.


Apabila Petrus melihat keadaan ini, dia terus berkata kepada orang yang berhimpun itu, “Saudara-saudara orang Israel, mengapa kamu takjub melihat kejadian ini? Mengapa pula kamu merenung kami, seolah-olah dengan kuasa atau kesalihan kami sendiri kami telah membolehkan orang ini berjalan?


Namun demikian, ada sebilangan daripadamu di Sardis yang tidak mencemarkan pakaian mereka. Mereka akan berjalan bersama-Ku dengan berpakaian putih kerana mereka layak mendapat kemuliaan sedemikian.


Sambil itu, dua puluh empat tua-tua sujud kepada Dia yang bersemayam di atas takhta, menyembah Dia yang hidup selama-lamanya. Mereka mencampakkan mahkota mereka di hadapan takhta itu lalu berkata,


Di sekeliling takhta itu kelihatan dua puluh empat buah takhta lain. Di atasnya duduk dua puluh empat tua-tua yang berpakaian putih dan bermahkota emas.


Aku melihat lagi. Aku mendengar suara ribuan dan jutaan malaikat. Mereka berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua.


Kemudian salah seorang tua-tua itu berkata kepadaku, “Jangan menangis. Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, Tunas Daud, telah menang. Dia dapat membuka gulungan naskhah itu dan memecahkan tujuh materai dan membuka gulungan naskhah itu.”


Selepas itu, aku melihat lagi. Kulihat lautan manusia, tidak terkira banyaknya, daripada segala bangsa, suku, kaum, dan bahasa, berjubah putih dan memegang daun palma. Mereka semua berdiri di hadapan takhta dan Anak Domba.


Lalu perempuan itu datang kepada suaminya dan berkata, “Seorang hamba Allah datang kepadaku dan rupanya seperti malaikat Allah, amat mengagumi. Aku tidak bertanya dari mana datangnya, dan dia tidak memberitahu namanya kepadaku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan