Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 7:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Mereka berkata, “Amin! Segala pujian, kemuliaan, kebijaksanaan, kesyukuran, kehormatan, kuasa dan kebesaran bagi Allah kami selama-lamanya! Amin.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

12 Katanya, Amin: Bŭrkat, dan kamuliaan, dan hikmat, dan shukor, dan hormat, dan kwasa, dan pŭrkasa, bagie Allah kami, pada slama lamanya. Amin.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Mereka berkata, “Amin! Pujian, kemuliaan, kebijaksanaan, kesyukuran, penghormatan, kekuasaan, dan kemegahan bagi Allah kita selama-lamanya! Amin.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Mereka berkata, “Amin! Pujian, kemuliaan, kebijaksanaan, kesyukuran, penghormatan, kekuasaan, dan kemegahan bagi Allah kita selama-lamanya! Amin.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 7:12
27 Iomraidhean Croise  

Pada zaman Daud dan Asaf dahulu sudah ada pemimpin para penyanyi, juga nyanyian pujian dan ucapan syukur kepada Allah.


Bani Lewi ialah: Yesua, Binui, Kadmiel, Serebya, Yehuda, dan Matanya. Matanya memimpin pengucapan syukur bersama saudara-saudara mereka,


Masuklah ke pintu pagar-Nya dengan mengucap syukur dan ke pekarangan-Nya dengan pujian; bersyukurlah kepada-Nya, dan berkatilah nama-Nya.


Pujilah TUHAN, Allah Israel, dari selama-lamanya ke selama-lamanya. Dan biarlah semua orang berkata, “Amin!” Pujilah TUHAN!


Biarlah mereka mempersembahkan korban-korban kesyukuran dan mengisytiharkan hasil-hasil kerja-Nya sambil bergembira.


Aku akan mempersembahkan kepada-Mu korban kesyukuran dan akan menyeru nama TUHAN.


Menyanyilah kepada TUHAN dengan mengucapkan kesyukuran; nyanyikan pujian dengan iringan kecapi kepada Allah kita.


Segala puji bagi TUHAN, Allah Israel, yang tiada permulaan dan tiada kesudahan selama-lamanya. Amin, Amin.


Persembahkan kesyukuran kepada Allah, dan tunaikan janjimu kepada Yang Maha Tinggi,


Segala puji bagi nama-Nya untuk selama-lamanya; semoga seluruh bumi dipenuhi dengan kemuliaan-Nya. Amin, Amin.


Pujilah TUHAN selama-lamanya! Amin, Amin.


Marilah kita pergi ke hadirat-Nya sambil mengucap syukur, marilah kita bersorak riang untuk-Nya dengan mazmur.


Sungguh, TUHAN akan menghiburkan Sion. Dia akan menghiburkan segala reruntuhannya. Dia akan menjadikan tanah gersangnya seperti Eden dan gurunnya seperti taman TUHAN. Kegirangan dan kesukaan akan didapati di dalamnya, begitu jugalah ucapan syukur dan bunyi muzik.


suara kegirangan dan suara kegembiraan, suara pengantin lelaki dan suara pengantin perempuan, suara orang yang membawa korban syukur ke Bait TUHAN sambil berkata, “Mengucap syukurlah kepada TUHAN alam semesta, kerana TUHAN itu baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya!” Aku akan memulihkan keadaan negeri ini seperti sebelumnya,’ demikianlah firman TUHAN.


Bagi-Ku kota ini akan menjadi pokok kegirangan yang ternama, terpuji, dan terhormat di depan segala bangsa di bumi yang akan mendengar segala kebaikan yang Kulakukan terhadapnya. Mereka akan takut dan gementar kerana segala kebaikan dan segala kesejahteraan yang Kulakukan terhadapnya.’


Tetapi dengan penuh kesyukuran, aku persembahkan korban kepada-Mu, dan apa yang kunazarkan kutunaikan. Penyelamatan sememangnya daripada TUHAN!”


Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.’


Segala-galanya daripada Dia, melalui Dia dan kepada Dia. Bagi Allah kemuliaan selama-lamanya. Amin.


Sekiranya kamu mengucap syukur hanya dengan rohmu, bagaimana orang yang tidak memahami dapat mengaminkan ucap syukurmu? Mereka tidak tahu apa yang kamu ucapkan!


Semuanya berlaku untukmu; dengan melimpahnya kasih kurnia kepada orang yang kian ramai, melimpah pulalah ucap syukur bagi kemuliaan Allah.


berasas dan terbina dalam-Nya serta bertapak teguh dalam iman, sebagaimana kamu telah diajar, penuh melimpah dengan kesyukuran.


Segala yang kamu katakan dan lakukan haruslah dengan nama Tuhan Yesus sambil mengucap syukur kepada Bapa kita Allah melalui-Nya.


Dialah Allah yang esa, Penyelamat kita melalui Yesus Kristus, Tuhan kita. Bagi Dialah kemuliaan, keagungan, kekuasaan dan kuasa sejak dahulu hingga sekarang dan untuk selama-lamanya. Amin.


Akulah Dia yang hidup. Aku pernah mati, tetapi lihatlah, Aku hidup selama-lamanya. Aku memegang anak kunci kematian dan alam maut.


Dua puluh empat orang tua-tua dan empat makhluk itu pun sujud menyembah Allah yang bersemayam di atas takhta sambil berkata, “Amin! Haleluya!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan