Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 7:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Mereka berseru dengan lantang, “Penyelamatan ada pada Allah kami yang bersemayam di atas takhta dan pada Anak Domba!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

10 Sŭrta bŭrsrulah marika itu dŭngan nyaring swaranya, katanya, Slamatlah kiranya bagie Allah kami yang mŭndudoki diatas arash itu, dan bagie anak Domba itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Mereka berseru dengan suara kuat, “Kita telah diselamatkan oleh Allah kita, yang duduk di atas takhta, dan oleh Anak Domba itu!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Mereka berseru dengan suara kuat, “Kita telah diselamatkan oleh Allah kita, yang duduk di atas takhta, dan oleh Anak Domba itu!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 7:10
26 Iomraidhean Croise  

Setelah itu, aku mendengar suara orang yang amat banyak di syurga berseru lantang, “Haleluya! Penyelamatan dan kemuliaan dan kuasa bagi Allah kita!


Daripada TUHAN datang penyelamatan. Semoga Engkau memberkati umat-Mu. Sela


Kemudian aku mendengar suara lantang berkata di syurga, “Sekarang penyelamatan, kekuatan, kerajaan Allah kita, dan kuasa Kristus-Nya telah tiba; kerana penuduh saudara-saudara kita, yang telah menuduh mereka siang malam di hadapan Allah kita telah disingkirkan.


Beritahulah dan kemukakanlah alasanmu! Ya, biarlah mereka berunding bersama-sama. Siapakah yang mengkhabarkan hal ini sejak zaman dahulu, yang memberitahukannya sejak dahulu? Bukankah Aku, TUHAN? Tidak ada tuhan lain selain Aku, Allah yang benar dan Penyelamat. Tidak ada yang lain selain Aku.


Segala yang terlaknat tiada lagi. Takhta Allah dan Anak Domba ada di dalam kota itu, dan hamba-hamba-Nya beribadat kepada-Nya.


Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman — ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah —


Pada keesokan harinya, Yohanes melihat Yesus berjalan ke arahnya lalu berseru, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!


Aku, Akulah TUHAN. Tidak ada penyelamat selain Aku.


Kemudian Dia yang bersemayam di atas takhta berkata, “Lihatlah, Aku telah mencipta segalanya baru.” Dia berfirman kepadaku, “Tuliskanlah, kerana kata-kata ini benar dan tepat.”


Semua manusia akan melihat penyelamatan yang dikurniakan oleh Allah.’ ”


Sesungguhnya, bukit-bukit keramat adalah penipuan, iaitu keramaian di atas gunung-gunung keramat itu! Sesungguhnya, hanya pada TUHAN, Allah kita, ada penyelamatan Israel!


Anak Domba itu pergi mengambil gulungan naskhah dari tangan kanan Dia yang bersemayam di atas takhta.


Di hadapan takhta itu juga kelihatan sesuatu yang seperti lautan kaca, jernih seperti hablur. Di sekeliling takhta itu terdapat empat makhluk, satu di setiap sisi. Bahagian depan dan belakang makhluk itu penuh dengan mata.


Kamu menyembah apa yang tidak kamu kenal; sebaliknya, kami menyembah apa yang kami kenal kerana penyelamatan datang daripada orang Yahudi.


Dia melihat lagi Yesus lalu di tempat itu dan dia berseru, “Lihatlah Anak Domba Allah!”


Bergembiralah, wahai puteri Sion! Bersoraklah, wahai puteri Yerusalem! Lihat, rajamu datang kepadamu! Dia adil, pembawa kemenangan, Dia rendah hati, dan menunggang seekor keldai, seekor keldai muda.


Tetapi dengan penuh kesyukuran, aku persembahkan korban kepada-Mu, dan apa yang kunazarkan kutunaikan. Penyelamatan sememangnya daripada TUHAN!”


“Tetapi Akulah TUHAN, Allahmu, sejak di Tanah Mesir lagi. Engkau tidak mengenal tuhan kecuali Aku, tidak ada penyelamat selain Aku.


Sesungguhnya, Engkau ialah Allah yang menyembunyikan diri, Wahai Allah Israel, Penyelamat.


Bukan kepada kami, ya TUHAN, bukan kepada kami tetapi kepada nama-Mu berilah kemuliaan, kerana kasih-Mu, kerana kesetiaan-Mu.


Penyelamatan orang yang benar adalah daripada TUHAN; Dia ialah kekuatan mereka pada waktu kesusahan.


Siapakah engkau, wahai gunung yang besar? Di hadapan Zerubabel engkau akan menjadi tanah datar. Dia akan membawa keluar batu utama di tengah-tengah pekik sorak, ‘Bagus, bagus sekali batu itu!’ ”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan