Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 6:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Aku melihat seekor kuda putih ditunggang oleh seorang yang memegang busur panah. Dia diberi sebuah mahkota dan tampil sebagai seorang penakluk yang sedia untuk menakluk.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Maka hieran, kulihat sa’ekor kuda putih, maka orang yang mŭngindrai atasnya itu ada mŭmŭgang suatu busar panah, dan kapadanya tŭlah dikurniakan suatu mahkota; maka kluarlah iya dŭngan kamŭnangannya handak mŭngalahkan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Aku melihat, lalu nampak seekor kuda putih. Penunggangnya memegang sebuah busur dan dia diberikan sebuah mahkota. Dia mara sebagai seorang penakluk yang menang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Aku melihat, lalu nampak seekor kuda putih. Penunggangnya memegang sebuah busur dan dia diberikan sebuah mahkota. Dia mara sebagai seorang penakluk yang menang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 6:2
22 Iomraidhean Croise  

TUHAN akan menghantar tongkat kekuatan-Mu dari Sion; memerintahlah di tengah-tengah musuh-Mu.


Engkau, Engkaulah, yang ditakuti. Siapa sanggup berdiri di hadirat-Mu apabila Engkau murka?


Nyanyikan untuk TUHAN lagu yang baru, kerana Dia telah melakukan perkara yang menakjubkan; tangan kanan-Nya dan lengan-Nya yang suci telah membawa kemenangan untuk-Nya.


Dia akan menelan maut untuk selama-lamanya. Tuhan ALLAH akan menghapuskan air mata daripada setiap muka, dan menyingkirkan cela umat-Nya dari seluruh bumi, kerana TUHAN telah berfirman.


“Dalam suatu penglihatan pada malam hari, kulihat seorang lelaki menunggang kuda berwarna perang kemerah-merahan. Dia berdiri di antara pokok murad di dalam jurang, sementara di belakangnya ada beberapa ekor kuda berwarna merah, merah perang, dan putih.”


Yesus datang dan berkata kepada mereka, “Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi.


kerana Dia harus memerintah sehingga semua musuh telah diletakkan-Nya di bawah kaki-Nya.


Kemudian malaikat ketujuh meniup sangkakalanya. Suara-suara lantang di syurga berkata, “Segala kerajaan di dunia ini telah menjadi kerajaan Tuhan kita dan kerajaan Kristus-Nya, dan Dia akan memerintah selama-lamanya!”


Bangsa-bangsa asing marah, maka datanglah kemurkaan-Mu, dan masanya untuk orang mati dihakimi, dan Engkau memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Mu, para nabi dan orang salih, serta manusia kecil dan besar yang takut akan Nama-Mu. Dan Engkau membinasakan mereka yang membinasakan bumi.”


Tiba-tiba aku melihat awan putih dan di atasnya duduk seorang yang rupanya seperti Anak Manusia, bermahkota emas dan memegang sabit yang tajam.


Kulihat seakan-akan lautan kaca bercampur api. Mereka yang menang menghadapi dugaan binatang itu, patungnya, tandanya dan angka namanya, berdiri di atas laut kaca itu memegang kecapi Allah.


Mereka akan memerangi Anak Domba, dan Anak Domba akan menumpaskan mereka, kerana Dialah Tuan segala tuan dan Raja segala raja. Orang yang dipanggil, dipilih serta setia ada bersama Dia.”


Segala tentera syurga, berpakaian kain linen halus yang putih bersih, menunggang kuda putih mengiringi-Nya.


Aku akan membenarkan mereka yang menang duduk di atas takhta-Ku, seperti Aku yang telah menang kini duduk di sisi Bapa-Ku di atas takhta-Nya.


Belalang itu kelihatan seperti kuda yang siap sedia untuk berperang. Di kepalanya ada sesuatu seperti mahkota emas dan mukanya mirip muka manusia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan