Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 4:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Setiap makhluk itu bersayap enam. Di bawah sayapnya pun penuh dengan mata. Siang malam mereka tidak henti-henti menyanyi: “Suci, suci, sucilah Tuhan Allah Yang Maha Kuasa, yang ada dahulu, yang ada sekarang dan yang akan datang.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

8 Maka ampat ampat binatang itu adalah masing masing dŭngan anam sayap kapadanya; dan pŭnoh mata dalamnya: maka tiadalah iya bŭrhŭnti pada siang dan malam deripada bŭrkata, Kudus, kudus, kudus, Tuhan Allah yang maha kwasa, yang ada, dan yang tŭlah ada, dan yang akan datang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Setiap makhluk itu mempunyai enam buah sayap. Keempat-empat makhluk itu diliputi mata, bahkan bahagian bawah sayap. Siang malam makhluk-makhluk itu tidak henti-hentinya menyanyi, “Suci, suci, sucilah Tuhan, Allah Maha Kuasa, yang ada, yang sudah ada, dan yang akan datang.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Setiap makhluk itu mempunyai enam buah sayap. Keempat-empat makhluk itu diliputi mata, bahkan bahagian bawah sayap. Siang malam makhluk-makhluk itu tidak henti-hentinya menyanyi, “Suci, suci, sucilah Tuhan, Allah Maha Kuasa, yang ada, yang sudah ada, dan yang akan datang.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 4:8
42 Iomraidhean Croise  

Ketika Abram berusia 99 tahun, TUHAN menampakkan diri kepada Abram dan berfirman kepadanya, “Akulah Allah Yang Maha Kuasa, hiduplah tanpa bercela di hadapan-Ku.


Sesiapa yang tinggal di tempat rahsia Yang Maha Tinggi akan menetap di bawah bayang-bayang Yang Maha Kuasa.


Siapakah seperti Engkau di antara tuhan, ya TUHAN? Siapakah seperti Engkau, mulia dalam kesucian, mengerikan dalam puji-pujian, wahai Engkau pembuat keajaiban?


Firman Allah kepada Musa, “Akulah Aku.” Firman-Nya lagi, “Kamu harus berkata begini kepada orang Israel, ‘Akulah Aku yang mengutus aku kepadamu.’ ”


Meraung-raunglah, kerana hari TUHAN sudah dekat, hari pemusnahan yang datang daripada Yang Maha Kuasa.


Demi Sion Aku tidak akan berdiam diri dan demi Yerusalem Aku tidak akan tenang-tenang sahaja, sehingga perbenarannya terbit seperti cahaya dan penyelamatannya seperti obor yang menyala.


Lingkar roda-roda itu tinggi dan menakjubkan. Sekeliling keempat-empat lingkar itu penuh dengan mata.


Di tengah-tengah api itu pun ada empat susuk makhluk hidup. Beginilah rupa mereka: mereka menyerupai manusia,


tetapi masing-masing mempunyai empat muka dan masing-masing memiliki empat sayap.


Sekujur tubuh mereka, iaitu bahagian belakang mereka, tangan mereka, sayap mereka, dan sekeliling roda mereka penuh dengan mata, sama seperti roda mereka yang berempat itu.


Aduh, hari itu! Sungguh, hari TUHAN sudah dekat dan akan datang sebagai pemusnahan daripada Yang Maha Kuasa.


Oleh itu, berjaga-jagalah, serta ingatlah bagaimana selama tiga tahun aku tidak berhenti-henti siang malam menasihatkan setiap orang dengan air mataku.


“Aku akan menjadi Bapamu, dan kamu, anak-anak-Ku lelaki perempuan, demikianlah firman Tuhan Yang Maha Kuasa.”


Saudara-saudaraku, tentu kamu ingat betapa kami bertungkus-lumus siang malam agar tidak membebankan kamu ketika kami menyebarkan Injil daripada Allah.


Berhematlah tentang dirimu dan ajaranmu. Lakukan terus-menerus, kerana dengan demikian engkau akan menyelamatkan dirimu dan mereka yang mendengar kata-katamu.


Beritakanlah firman Allah, bersedialah pada setiap masa, baik masanya sesuai mahupun tidak. Tunjukkan apa yang salah, tegur dan nasihati mereka dengan seluruh kesabaran dan ajaran,


Yesus Kristus tetap sama kelmarin, hari ini dan selama-lamanya.


Daripada Yohanes kepada tujuh jemaah di Asia Kecil: Kasih kurnia dan kesejahteraan kepadamu daripada Allah, iaitu Dia yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang, juga daripada tujuh roh yang di hadapan takhta-Nya,


“Akulah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terakhir,” demikian firman Tuhan Allah, Yang Maha Kuasa, yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang.


sambil berkata: “Kami bersyukur kepada-Mu, Ya Tuhan, Allah Maha Kuasa; yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang. Kerana Engkau telah melaksanakan kuasa-Mu yang besar lalu memerintah.


Asap api yang menyeksa mereka itu akan naik berkepul-kepul selama-lamanya. Mereka tidak akan berehat siang malam, kerana mereka menyembah binatang itu dan patungnya serta menerima tanda namanya.”


Mereka menyanyikan suatu nyanyian yang terasa baru di hadapan takhta, empat makhluk dan para tua-tua. Tiada siapa pun dapat mempelajari nyanyian itu kecuali seratus empat puluh empat ribu orang yang ditebus dari bumi.


Mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba: “Agung dan ajaib pekerjaan-Mu, Tuhan, Allah Maha Kuasa! Benar dan adil setiap jalan-Mu, Ya Raja segala bangsa!


Kemudian satu daripada empat makhluk itu memberi tujuh malaikat itu tujuh mangkuk emas yang dipenuhi kemurkaan Allah yang hidup selama-lamanya.


Mereka itu roh-roh iblis, dan mereka melakukan pelbagai tanda, yang sampai kepada raja-raja di seluruh dunia untuk menghimpunkan mereka bagi peperangan pada hari besar Allah Yang Maha Kuasa.


Aku mendengar suatu suara lagi dari mazbah berkata, “Sememangnya, Tuhan Allah Maha Kuasa, penghakiman-Mu benar dan adil.”


Sekarang dari mulut-Nya keluar pedang yang tajam untuk diparangkan kepada segala bangsa. Dia sendiri akan memerintah mereka dengan tombak besi. Dia sendiri menginjak pengirik air anggur kemurkaan Allah Maha Kuasa.


Dua puluh empat orang tua-tua dan empat makhluk itu pun sujud menyembah Allah yang bersemayam di atas takhta sambil berkata, “Amin! Haleluya!”


Aku tidak melihat Bait Suci di dalamnya, kerana Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa dan Anak Domba ialah Bait Sucinya.


“Kepada malaikat jemaah di Filadelfia, tulislah: Inilah kata-kata daripada Dia yang suci dan sejati dan yang memegang kunci milik Daud. Apabila Dia membuka pintu, tiada siapa yang dapat menutupnya, dan apabila Dia menutupnya, tiada siapa yang dapat membukanya.


Di sekeliling takhta itu kelihatan dua puluh empat buah takhta lain. Di atasnya duduk dua puluh empat tua-tua yang berpakaian putih dan bermahkota emas.


Di hadapan takhta itu juga kelihatan sesuatu yang seperti lautan kaca, jernih seperti hablur. Di sekeliling takhta itu terdapat empat makhluk, satu di setiap sisi. Bahagian depan dan belakang makhluk itu penuh dengan mata.


Keempat-empat makhluk itu menyanyikan pelbagai nyanyian yang memuliakan, menyanjung dan menyatakan syukur kepada Dia yang sedang bersemayam di atas takhta, Dia yang hidup selama-lamanya.


Selepas itu kulihat Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh keempat-empat makhluk dan para tua-tua. Anak Domba itu, yang kelihatan sudah disembelih, mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah dihantar ke seluruh dunia.


Seterusnya aku melihat Anak Domba itu memecahkan materai pertama daripada ketujuh-tujuh materai itu. Lantas kudengar satu daripada empat makhluk itu berkata dengan suara seperti guruh, “Marilah, lihat!”


Aku mendengar sesuatu seperti suara dari tengah-tengah makhluk berempat itu, berkata, “Secupak gandum sekeping wang dinar harganya, dan tiga cupak barli juga sekeping wang dinar harganya, tetapi minyak dan air anggur itu jangan kaurosakkan.”


Semua malaikat berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua, lalu semuanya sujud di hadapan takhta menyembah Allah.


Maka sekarang, mereka berdiri di hadapan takhta Allah dan menyembah-Nya siang malam di dalam Bait Suci-Nya. Dia yang bersemayam di atas takhta akan membentangkan khemah-Nya di atas mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan