Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 4:6 - Alkitab Versi Borneo

6 Di hadapan takhta itu juga kelihatan sesuatu yang seperti lautan kaca, jernih seperti hablur. Di sekeliling takhta itu terdapat empat makhluk, satu di setiap sisi. Bahagian depan dan belakang makhluk itu penuh dengan mata.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

6 Maka dihadapan arash itu, suatu laut kacha spŭrti hablor: dan ditŭngah arash itu, dan diklilingnya arash itu, adalah ampat binatang pŭnoh dŭngan mata dihadapan dan diblakangnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Di hadapan takhta itu terdapat sesuatu yang kelihatan seperti lautan kaca, hening seperti kristal. Di sekeliling takhta itu terdapat empat makhluk, satu makhluk pada setiap sisi takhta. Makhluk itu diliputi mata pada bahagian depan dan belakang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Di hadapan takhta itu terdapat sesuatu yang kelihatan seperti lautan kaca, hening seperti kristal. Di sekeliling takhta itu terdapat empat makhluk, satu makhluk pada setiap sisi takhta. Makhluk itu diliputi mata pada bahagian depan dan belakang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 4:6
25 Iomraidhean Croise  

Selanjutnya, dibuatnya kolam logam tuangan bulat berkeliling berukuran sepuluh hasta dari tepi ke tepi, setinggi lima hasta, dan dapat dililit oleh tali pengukur sepanjang tiga puluh hasta.


Emas dan kaca tidak dapat disejajarkan dengannya, barang-barang daripada emas murni tidak dapat menggantikannya.


Bezaleel pun membuat bejana pembasuhan besar daripada gangsa, dengan kekakinya juga daripada gangsa yang diambil daripada cermin-cermin para pelayan perempuan yang menjalankan tugas pelayanan di pintu Khemah Pertemuan.


Sekujur tubuh mereka, iaitu bahagian belakang mereka, tangan mereka, sayap mereka, dan sekeliling roda mereka penuh dengan mata, sama seperti roda mereka yang berempat itu.


Satu malaikat kerubin mempunyai empat muka: muka yang pertama ialah muka malaikat kerubin, muka yang kedua ialah muka manusia, yang ketiga ialah muka singa, dan yang keempat ialah muka helang.


Mereka menyanyikan suatu nyanyian yang terasa baru di hadapan takhta, empat makhluk dan para tua-tua. Tiada siapa pun dapat mempelajari nyanyian itu kecuali seratus empat puluh empat ribu orang yang ditebus dari bumi.


Kulihat seakan-akan lautan kaca bercampur api. Mereka yang menang menghadapi dugaan binatang itu, patungnya, tandanya dan angka namanya, berdiri di atas laut kaca itu memegang kecapi Allah.


Kemudian satu daripada empat makhluk itu memberi tujuh malaikat itu tujuh mangkuk emas yang dipenuhi kemurkaan Allah yang hidup selama-lamanya.


Dua puluh empat orang tua-tua dan empat makhluk itu pun sujud menyembah Allah yang bersemayam di atas takhta sambil berkata, “Amin! Haleluya!”


dipenuhi kemuliaan Allah. Cahayanya seperti batu yang amat berharga, batu yaspis, jernih seperti hablur.


Tembok itu diperbuat daripada batu yaspis. Kota itu daripada emas tulen, seperti kaca yang jernih.


Dua belas pintu itu diperbuat daripada dua belas mutiara, iaitu setiap pintu itu sebutir mutiara yang sangat besar. Jalan di kota itu diperbuat daripada emas tulen, seperti kaca yang bening.


Dia menunjukkan kepadaku sebatang sungai air hidup, jernih seperti hablur, mengalir dari takhta Allah dan Anak Domba


Di sekeliling takhta itu kelihatan dua puluh empat buah takhta lain. Di atasnya duduk dua puluh empat tua-tua yang berpakaian putih dan bermahkota emas.


Aku melihat lagi. Aku mendengar suara ribuan dan jutaan malaikat. Mereka berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua.


Keempat-empat makhluk itu menyahut, “Amin!” Para tua-tua itu pun sujud menyembah Allah dan Anak Domba itu.


Selepas itu kulihat Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh keempat-empat makhluk dan para tua-tua. Anak Domba itu, yang kelihatan sudah disembelih, mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah dihantar ke seluruh dunia.


Ketika Dia mengambil gulungan kitab itu, empat makhluk dan dua puluh empat orang tua-tua sujud kepada Anak Domba itu. Masing-masing memegang sebuah kecapi dan sebuah batil emas berisi setanggi, iaitu segala doa orang salih.


Seterusnya aku melihat Anak Domba itu memecahkan materai pertama daripada ketujuh-tujuh materai itu. Lantas kudengar satu daripada empat makhluk itu berkata dengan suara seperti guruh, “Marilah, lihat!”


Aku mendengar sesuatu seperti suara dari tengah-tengah makhluk berempat itu, berkata, “Secupak gandum sekeping wang dinar harganya, dan tiga cupak barli juga sekeping wang dinar harganya, tetapi minyak dan air anggur itu jangan kaurosakkan.”


Semua malaikat berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua, lalu semuanya sujud di hadapan takhta menyembah Allah.


kerana Anak Domba di tengah-tengah takhta itu akan menjadi gembala mereka. Dia akan membimbing mereka ke mata air yang membawa hidup, dan Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan