Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 4:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Dari takhta itu kulihat kilat memancar dan kudengar guruh berbunyi. Di hadapan takhta itu terdapat tujuh pelita yang menyala, iaitu tujuh Roh Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

5 Maka kluarlah kilat, dan halalintar, dan bŭbrapa swara deri dalam arash itu: dan tujoh buah plita deripada api ada bŭrnyala dihadapan arash itu, maka iya itulah tujoh Arwah Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Takhta ini memancarkan pancaran kilat dan aku mendengar gemuruh bunyi guruh. Di hadapan takhta itu terdapat tujuh buah suluh yang bernyala; itulah ketujuh-tujuh Roh Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Takhta ini memancarkan pancaran kilat dan aku mendengar gemuruh bunyi guruh. Di hadapan takhta itu terdapat tujuh buah suluh yang bernyala; itulah ketujuh-tujuh Roh Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 4:5
24 Iomraidhean Croise  

Seterusnya Dia berfirman lagi kepadanya, “Akulah TUHAN, yang membawa kamu keluar dari Ur-Kasdim untuk memberikan negeri ini kepadamu dan menjadikannya milikmu.”


kaki-kaki pelita dengan pelita-pelitanya daripada emas murni, untuk dinyalakan di depan ruang belakang selaras dengan aturannya;


Ya Allah, Engkau lebih menakjubkan daripada tempat-tempat suci-Mu; Allah Israel memberi kekuatan dan kekuasaan kepada umat-Nya. Segala puji bagi Allah!


Pada pagi hari ketiga berlakulah guruh, kilat, dan awan pekat muncul di atas gunung itu serta bunyi sangkakala yang kedengaran tersangat kuat. Gementarlah seluruh umat di perkhemahan itu.


Seluruh umat itu menyaksikan guruh dan kilat, bunyi sangkakala, dan gunung yang berasap. Maka gementarlah mereka dalam ketakutan lalu berdiri jauh-jauh.


Buatlah tujuh buah pelita, kemudian pasangkan pelita-pelita itu di bahagian atasnya sehingga menerangi tempat di hadapannya.


Dibuatnya pula daripada emas tulen tujuh buah pelita untuk kaki pelita itu, penyepit sumbu, serta perbaraannya.


Susuk makhluk-makhluk hidup itu kelihatan seperti bara api yang menyala. Sesuatu serupa obor bergerak kian ke mari di antara makhluk hidup itu. Apinya bercahaya dan dari api itu kilat memancar.


TUHAN mengaum bak guruh dari Sion dan memperdengarkan suara-Nya dari Yerusalem. Langit dan bumi akan bergoncang, tetapi TUHAN ialah tempat berlindung bagi umat-Nya dan benteng bagi orang Israel.


Dia bertanya kepadaku, “Apakah yang kaulihat?” Jawabku, “Aku melihat sebuah kaki pelita yang seluruhnya terbuat daripada emas, dengan tempat minyak di puncaknya. Padanya ada tujuh buah pelita dengan tujuh buah corong minyak di bahagian puncak setiap pelita.


“Kerajaan syurga ibarat sepuluh orang anak dara yang membawa lampu dan berjalan keluar untuk menyambut pengantin lelaki.


Aku membaptismu dengan air untuk menunjukkan bahawa kamu telah bertaubat. Tetapi Dia yang datang selepasku akan membaptismu dengan Roh Kudus dan api; Dia lebih berkuasa daripadaku; membawakan kasut-Nya pun aku tidak layak.


Kemudian kelihatan lidah-lidah yang berbelah-belah, seperti api rupanya, dan setiap satu hinggap di atas setiap orang daripada mereka.


Daripada Yohanes kepada tujuh jemaah di Asia Kecil: Kasih kurnia dan kesejahteraan kepadamu daripada Allah, iaitu Dia yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang, juga daripada tujuh roh yang di hadapan takhta-Nya,


Dia berseru dengan suara seperti bunyi sekawan singa mengaum, disahut oleh tujuh guruh dengan gemuruh.


Kemudian bait Allah dibuka di syurga, dan kelihatanlah tabut perjanjian-Nya, diiringi kilat, pelbagai suara, guruh, gempa bumi dan hujan batu yang dahsyat.


“Kepada malaikat jemaah di Sardis, tulislah: Inilah kata-kata daripada Dia yang memiliki tujuh Roh Allah dan tujuh bintang. Aku tahu perbuatanmu. Nama sahaja kamu hidup tetapi sebenarnya mati.


Selepas itu kulihat Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh keempat-empat makhluk dan para tua-tua. Anak Domba itu, yang kelihatan sudah disembelih, mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah dihantar ke seluruh dunia.


Kemudian malaikat itu mengisi tempat bara dengan bara api dari mazbah lalu melontarkannya ke bumi. Dalam sekelip mata kedengaran guruh petir dan kelihatan kilat sabung-menyabung lalu seluruh bumi bergempa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan