Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 4:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Di sekeliling takhta itu kelihatan dua puluh empat buah takhta lain. Di atasnya duduk dua puluh empat tua-tua yang berpakaian putih dan bermahkota emas.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

4 Dan dikliling arash itu ada dua puloh ampat buah krosi, maka diatas krosi krosi itu aku tŭlah mŭlihat dudok dua puloh ampat orang tua tua, dŭngan mŭmakie pakiean putih, dan dikŭpalanya adalah mahkota mahkota yang kaamasan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Di lingkaran yang mengelilingi takhta itu terdapat dua puluh empat buah takhta lain. Di situ duduk dua puluh empat orang pemimpin yang berpakaian putih dan memakai mahkota emas.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Di lingkaran yang mengelilingi takhta itu terdapat dua puluh empat buah takhta lain. Di situ duduk dua puluh empat orang pemimpin yang berpakaian putih dan memakai mahkota emas.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 4:4
24 Iomraidhean Croise  

Kemudian Mordekhai keluar dari hadapan raja dengan memakai pakaian kerajaan berwarna biru dan putih, dengan mahkota emas yang besar, dan jubah daripada kain linen halus berwarna ungu. Seisi kota Susan pun bersorak-sorak dan bersukacita.


Engkau melimpahinya dengan berkat kebaikan; Engkau memakaikannya mahkota emas tulen.


Yesus berkata kepada mereka, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, ketika Anak Manusia duduk di atas takhta-Nya yang mulia dalam Dunia Baru, kamu murid-Ku juga akan bertakhta menghakimi dua belas suku Israel.


Kamu akan makan dan minum di meja-Ku dalam kerajaan-Ku dan kamu akan duduk di atas takhta untuk menghakimi dua belas suku Israel.”


Sekarang mahkota perbenaran telah disediakan untukku. Tuhan, Hakim yang adil itu, akan mengurniakannya kepadaku pada Hari itu, bukan kepadaku sahaja, tetapi kepada semua orang yang merindu kedatangan-Nya.


Dua puluh empat tua-tua yang menghadap Allah yang bersemayam di atas takhta itu sujud menyembah Allah


Mereka menyanyikan suatu nyanyian yang terasa baru di hadapan takhta, empat makhluk dan para tua-tua. Tiada siapa pun dapat mempelajari nyanyian itu kecuali seratus empat puluh empat ribu orang yang ditebus dari bumi.


Segala tentera syurga, berpakaian kain linen halus yang putih bersih, menunggang kuda putih mengiringi-Nya.


Dua puluh empat orang tua-tua dan empat makhluk itu pun sujud menyembah Allah yang bersemayam di atas takhta sambil berkata, “Amin! Haleluya!”


Janganlah takut terhadap apa yang akan kamu deritai kelak. Ketahuilah, Iblis akan menghumbankan sebilangan daripadamu ke dalam penjara untuk mengujimu. Kamu akan menanggung kesengsaraan selama sepuluh hari. Setialah sampai mati, maka Aku akan menganugerahimu mahkota hidup sebagai ganjaran kemenangan.


Aku melihat beberapa takhta, lantas orang duduk di atasnya dan diberi kuasa sebagai hakim. Aku melihat roh-roh orang yang telah dipancung kepala kerana memberikan kesaksian tentang Yesus Kristus dan firman Allah, yang tidak menyembah binatang itu atau patungnya, dan tidak menerima tandanya di dahi atau di tangan. Mereka itu hidup dan memerintah bersama Kristus selama seribu tahun.


Dengan demikian Kunasihati kamu: Belilah emas daripada-Ku, emas tulen, supaya kamu kaya. Belilah pakaian putih untuk menutup tubuhmu yang telanjang lagi mengaibkan. Belilah ubat untuk matamu supaya dapat melihat.


Sambil itu, dua puluh empat tua-tua sujud kepada Dia yang bersemayam di atas takhta, menyembah Dia yang hidup selama-lamanya. Mereka mencampakkan mahkota mereka di hadapan takhta itu lalu berkata,


Di hadapan takhta itu juga kelihatan sesuatu yang seperti lautan kaca, jernih seperti hablur. Di sekeliling takhta itu terdapat empat makhluk, satu di setiap sisi. Bahagian depan dan belakang makhluk itu penuh dengan mata.


Aku melihat lagi. Aku mendengar suara ribuan dan jutaan malaikat. Mereka berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua.


Keempat-empat makhluk itu menyahut, “Amin!” Para tua-tua itu pun sujud menyembah Allah dan Anak Domba itu.


Selepas itu kulihat Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh keempat-empat makhluk dan para tua-tua. Anak Domba itu, yang kelihatan sudah disembelih, mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah dihantar ke seluruh dunia.


Ketika Dia mengambil gulungan kitab itu, empat makhluk dan dua puluh empat orang tua-tua sujud kepada Anak Domba itu. Masing-masing memegang sebuah kecapi dan sebuah batil emas berisi setanggi, iaitu segala doa orang salih.


Setiap roh itu diberi sehelai jubah putih dan disuruh berehat sebentar lagi hingga cukup bilangan hamba sepengabdian dan orang yang menjadi saudara seiman, yang akan dibunuh seperti mereka.


Semua malaikat berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua, lalu semuanya sujud di hadapan takhta menyembah Allah.


Selepas itu, aku melihat lagi. Kulihat lautan manusia, tidak terkira banyaknya, daripada segala bangsa, suku, kaum, dan bahasa, berjubah putih dan memegang daun palma. Mereka semua berdiri di hadapan takhta dan Anak Domba.


Belalang itu kelihatan seperti kuda yang siap sedia untuk berperang. Di kepalanya ada sesuatu seperti mahkota emas dan mukanya mirip muka manusia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan