Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 4:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Serta-merta Roh menguasaiku. Kulihat sebuah takhta di syurga dan seorang bersemayam di atasnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Maka dŭngan sŭbŭntar itu juga aku pun dimasokilah ulih Roh; maka hieran, suatu arash tŭrdirilah dalam shorga, maka ada sa’orang orang dudok diatas arash itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Dengan segera Roh Allah menguasai aku. Aku melihat sebuah takhta di syurga dan seseorang duduk di atas takhta itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Dengan segera Roh Allah menguasai aku. Aku melihat sebuah takhta di syurga dan seseorang duduk di atas takhta itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 4:2
28 Iomraidhean Croise  

Mikha berkata lagi, “Oleh sebab itu dengarlah firman TUHAN. Aku telah melihat TUHAN duduk di atas takhta-Nya, sementara seluruh angkatan syurga berdiri di sebelah kanan dan kiri-Nya.


TUHAN di dalam rumah-Nya yang suci; takhta-Nya di syurga. Dia memerhatikan; dan menguji anak-anak manusia.


Pada tahun kemangkatan Raja Uzia, aku melihat Tuhan bersemayam di takhta-Nya yang tinggi dan menjulang. Hujung jubah-Nya memenuhi Bait Suci.


Takhta kemuliaan yang luhur sejak mula-mula lagi ialah tempat suci kita!


Di atas cakerawala yang terbentang di atas kepala mereka itu ada suatu wujud arasy serupa batu nilam, dan pada wujud arasy itu ada susuk yang kelihatan seperti manusia, menjulang di atasnya.


Seperti pelangi yang tampak di awan pada musim hujan, demikianlah rupa cahaya yang mengelilinginya. Itulah rupa wujud kemuliaan TUHAN. Ketika aku melihatnya, aku bersujud. Lalu kudengar suara Dia yang berfirman.


Kemudian kulihat, tampak di atas cakerawala yang ada di atas kepala malaikat-malaikat kerubin itu sesuatu seperti batu nilam, yang menyerupai arasy.


Sambil aku melihat gambaran itu, ditempatkan pula takhta-takhta lantas bersemayamlah Yang Abadi. Pakaian-Nya putih seperti salji dan rambut di kepala-Nya bersih seperti bulu domba. Arasy-Nya merupakan api yang bernyala-nyala, dengan roda-rodanya daripada api yang berkobar.


“Kalau begitu, mengapakah Daud, ketika diilhami Roh Kudus, menyebut-Nya ‘Tuan’? Daud berkata,


Pokok segala yang kami katakan: Kita mempunyai Imam Besar yang duduk di sebelah kanan takhta Allah Yang Maha Mulia di syurga.


Pada hari Tuhan, Roh menguasaiku, lalu aku mendengar suara yang lantang, seperti bunyi sangkakala, berkata-kata di belakangku.


Kemudian perempuan itu melahirkan seorang anak lelaki yang akan memerintah segala bangsa dengan tombak besi. Dan anak itu dibawa ke hadirat Allah dan takhta-Nya.


Malaikat itu membawaku dalam Roh ke gurun. Aku melihat seorang wanita duduk di atas seekor binatang buas yang berwarna merah dan penuh dengan nama-nama kufur. Binatang itu berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh.


Dua puluh empat orang tua-tua dan empat makhluk itu pun sujud menyembah Allah yang bersemayam di atas takhta sambil berkata, “Amin! Haleluya!”


Kemudian aku melihat sebuah takhta yang besar berwarna putih dan Dia yang bersemayam di atasnya. Bumi dan langit lenyap menghilang dari hadirat-Nya dan tiada lagi tempat bagi kedua-duanya.


Dia membawaku dalam Roh ke sebuah gunung yang besar dan tinggi, lalu menunjukkan kepadaku kota yang agung, Yerusalem Yang Suci, diturunkan Allah dari syurga,


Kemudian Dia yang bersemayam di atas takhta berkata, “Lihatlah, Aku telah mencipta segalanya baru.” Dia berfirman kepadaku, “Tuliskanlah, kerana kata-kata ini benar dan tepat.”


Aku akan membenarkan mereka yang menang duduk di atas takhta-Ku, seperti Aku yang telah menang kini duduk di sisi Bapa-Ku di atas takhta-Nya.


Sambil itu, dua puluh empat tua-tua sujud kepada Dia yang bersemayam di atas takhta, menyembah Dia yang hidup selama-lamanya. Mereka mencampakkan mahkota mereka di hadapan takhta itu lalu berkata,


Dari takhta itu kulihat kilat memancar dan kudengar guruh berbunyi. Di hadapan takhta itu terdapat tujuh pelita yang menyala, iaitu tujuh Roh Allah.


Keempat-empat makhluk itu menyanyikan pelbagai nyanyian yang memuliakan, menyanjung dan menyatakan syukur kepada Dia yang sedang bersemayam di atas takhta, Dia yang hidup selama-lamanya.


Kemudian aku melihat segulungan naskhah di tangan kanan Dia yang bersemayam di atas takhta itu. Gulungan itu bertulis kedua-dua belah dan dimaterai dengan tujuh materai.


Aku mendengar semua makhluk — di syurga, di bumi, di bawah bumi, di dalam laut, dan semua yang ada di dalamnya, menyanyi: “Segala puji, kemuliaan dan kuasa kepada Dia yang duduk di atas takhta dan kepada Anak Domba untuk selama-lamanya.”


Mereka berseru kepada gunung dan batu itu, “Hempaplah kami! Sembunyikan kami daripada pandangan Dia yang bersemayam di atas takhta dan daripada kemurkaan Anak Domba!


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan