Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 4:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Selepas itu, aku melihat sebuah pintu terbuka di syurga. Suara seperti bunyi sangkakala yang pernah kudengar dahulu berkata kepadaku, “Marilah naik ke sini. Aku akan memperlihatkan apa yang pasti terjadi kemudian kelak.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 MAKA kumdian deripada itu aku mŭlihat, bahwa sŭsungguhnya adalah suatu pintu tŭrbuka dalam shorga; maka pŭrtama tama swara yang kudŭngar, iya itu spŭrti nafiri bŭrkata kata dŭngan aku, katanya, Marilah angkau naik kŭmari, maka aku akan mŭnunjokkan padamu pŭrkara pŭrkara yang dapat tiada akan jadi kŭlak kumdian deripada masa ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Sesudah itu aku nampak suatu penglihatan lagi. Aku melihat sebuah pintu terbuka di syurga. Suara seperti bunyi trompet, yang pernah bercakap kepadaku berkata, “Marilah naik ke sini. Aku akan menunjukkan apa yang harus berlaku selepas ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Sesudah itu aku nampak suatu penglihatan lagi. Aku melihat sebuah pintu terbuka di syurga. Suara seperti bunyi trompet, yang pernah bercakap kepadaku berkata, “Marilah naik ke sini. Aku akan menunjukkan apa yang harus berlaku selepas ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 4:1
21 Iomraidhean Croise  

Para anak Israel, iaitu Yakub, yang datang bersama-sama bapa mereka ke Mesir, masing-masing dengan seisi keluarganya ialah


Firman TUHAN kepadanya, “Pergilah, turunlah, kemudian naiklah lagi ke mari bersama dengan Harun. Tetapi para imam dan rakyat tidak boleh menerobos naik untuk mendekati hadirat TUHAN, supaya jangan kuasa-Nya menyambar mereka.”


TUHAN berfirman kepada Musa, “Naiklah menghadap Aku di atas gunung dan tunggulah di situ. Aku akan memberimu loh-loh batu yang telah Kutulis hukum dan perintah yang harus diajarkan kepada mereka.”


kerana lebih baik orang berkata kepadamu, “Naiklah ke mari,” daripada engkau direndahkan di hadapan orang mulia yang matamu telah lihat sendiri.


Pada tahun ketiga puluh, tepatnya pada hari kelima dalam bulan keempat, ketika aku berada di antara orang buangan di tepi Sungai Kebar, langit terbuka dan aku mendapat penglihatan tentang Allah


Setelah dibaptiskan, Yesus keluar dari air dengan segera. Lalu terbukalah langit dan Dia melihat Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya.


Ketika Yesus keluar dari sungai itu, Dia melihat langit terbuka dan Roh Kudus seperti burung merpati turun hinggap ke atas-Nya.


Ketika semua orang dibaptiskan, Yesus pula dibaptiskan. Ketika Dia berdoa, langit terbuka,


Tetapi apabila Dia, iaitu Roh Kebenaran datang, Dia akan membimbingmu ke arah segala kebenaran. Roh itu tidak akan mengatakan sesuatu menurut kehendak-Nya sendiri. Dia akan menyampaikan apa yang didengar-Nya dan memberitahumu apa yang akan terjadi.


Dia melihat langit terbuka dan sesuatu seperti kain yang amat lebar, terikat keempat-empat penjurunya, diturunkan ke arahnya lalu ke bumi.


Dia berkata, “Lihatlah! Aku nampak syurga terbuka dan Anak Manusia berdiri di sebelah kanan Allah!”


Pada hari Tuhan, Roh menguasaiku, lalu aku mendengar suara yang lantang, seperti bunyi sangkakala, berkata-kata di belakangku.


Aku menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang berkata-kata itu. Kulihat tujuh kaki pelita daripada emas.


Oleh itu, tuliskanlah apa yang kaulihat, baik yang ada sekarang mahupun yang akan terjadi.


Kedua-dua nabi itu mendengar suara lantang dari langit berkata, “Naiklah ke sini.” Lalu mereka naik ke langit di dalam awan, di hadapan mata musuh mereka.


Kemudian bait Allah dibuka di syurga, dan kelihatanlah tabut perjanjian-Nya, diiringi kilat, pelbagai suara, guruh, gempa bumi dan hujan batu yang dahsyat.


Kemudian malaikat yang ketujuh mencurahkan isi mangkuknya ke udara, lalu kedengaran suara lantang dari Bait Suci Allah di syurga, dari takhta, berkata, “Telah selesai!”


Kemudian aku melihat syurga terbuka, dan kelihatan seekor kuda putih. Dia yang menunggangnya dipanggil Setia dan Benar, dan dengan keadilan Dia menghakimi serta memerangi.


Katanya kepadaku, “Ini kata-kata yang dapat dipercayai dan benar. Tuhan, Allah segala roh nabi-nabi, telah menyuruh malaikat-malaikat-Nya menunjukkan kepada hamba-hamba-Nya apa yang akan terjadi dengan segera.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan