9 Aku akan membuat mereka daripada jemaah Iblis, para pendusta yang bukan Yahudi tetapi mengaku diri orang Yahudi datang kepadamu dan sujud pada kakimu. Sememangnya mereka akan tahu bahawa Aku mengasihimu.
9 Maka sŭsungguhnya, aku akan mŭnjadikan dia orang kŭnisa Sheitan, yang mŭngatakan dirinya orang Yahudi, tŭtapi bukan, mŭlainkan iya bŭrdusta; bahwasanya, aku kŭlak mŭnjadikan marika itu datang sujud dikakimu, dan iya kŭlak mŭngatahui aku mŭngasihi dikau.
9 Ketahuilah! Orang yang berpihak kepada Iblis, pendusta-pendusta yang mengaku diri mereka orang Yahudi padahal bukan, akan Aku bawa kepada kamu untuk bersujud di hadapan kamu. Mereka semua akan tahu bahawa Aku mengasihi kamu.
9 Ketahuilah! Orang yang berpihak kepada Iblis, pendusta-pendusta yang mengaku diri mereka orang Yahudi padahal bukan, akan Aku bawa kepada kamu untuk bersujud di hadapan kamu. Mereka semua akan tahu bahawa Aku mengasihi kamu.
Di setiap wilayah dan di setiap kota, di mana-mana sahaja perintah dan undang-undang raja itu sampai, ada sukacita dan kegirangan dalam kalangan orang Yahudi, ada jamuan dan hari yang baik hinggakan ramai orang di negeri itu menjadi orang Yahudi kerana diri mereka dilanda oleh rasa takut terhadap orang Yahudi.
Semua pegawaimu akan datang kepadaku, akan sujud memberi hormat kepadaku dan berkata, ‘Keluarlah engkau bersama-sama seluruh rakyat yang mengikut engkau.’ Sesudah itu aku akan pergi.” Lalu keluarlah Musa meninggalkan Firaun dengan kemarahan yang menyala-nyala.
Kerana engkau berharga dan mulia di mata-Ku, dan Aku ini mengasihi engkau, maka Aku memberikan manusia sebagai gantimu, dan bangsa-bangsa sebagai ganti nyawamu.
Beginilah firman TUHAN, “Hasil jerih lelah Mesir dan keuntungan niaga Kush serta orang Seba yang berperawakan tinggi akan beralih kepadamu dan menjadi milikmu. Mereka akan berjalan di belakangmu dan datang kepadamu dengan dirantai. Mereka akan sujud memberi hormat kepadamu dan memohon kepadamu dengan berkata, ‘Sesungguhnya, Allah menyertaimu, tidak ada yang lain. Tidak ada tuhan yang lain!’ ”
Raja-raja akan menjadi pengasuhmu dan permaisuri-permaisuri mereka menjadi inang penyusumu. Mereka akan sujud memberi hormat kepadamu dan menjilat debu kakimu. Engkau akan tahu bahawa Akulah TUHAN. Orang yang menantikan Aku tidak akan malu.”
Anak-anak daripada mereka yang dahulu menindas engkau akan datang menundukkan diri kepadamu. Semua orang yang dahulu menista engkau akan sujud memberi hormat di kakimu. Mereka akan menyebutmu ‘Kota TUHAN,’ ‘Sion milik Yang Maha Suci, Allah Israel.’
Aku di dalam mereka dan Engkau di dalam-Ku, supaya mereka bersatu sepenuhnya. Dengan demikian dunia akan tahu bahawa Engkau sebenarnya telah mengutus-Ku, dan Engkau mengasihi mereka sebagaimana Engkau mengasihi-Ku.
Aku tahu akan kesengsaraanmu. Aku tahu kamu miskin, tetapi sebenarnya kamu kaya. Aku tahu akan fitnah yang dilemparkan kepadamu oleh orang yang mengaku diri orang Yahudi tetapi sebenarnya mereka bukan. Mereka jemaah Iblis.
Kemudian, sesiapa daripada kalangan keluargamu yang masih hidup akan datang bersujud kepadanya untuk meminta sekeping perak dan sebuku roti sambil berkata, “Kumohon masukkanlah aku ke dalam salah satu jawatan imam, supaya aku dapat makan sekeping roti.” ’ ”