Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 3:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Ingatlah semula segala yang telah diajarkan kepadamu dan segala yang telah kamu dengar. Patuhilah segalanya dan bertaubatlah. Jika tidak, Aku akan datang kepadamu sebagai pencuri. Kamu tidak mungkin tahu saatnya Aku datang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Maka sŭbab itu ingatlah angkau bagimana angkau tŭlah mŭnŭrima dan mŭnŭngar itu, pŭganglah tŭgoh tŭgoh, sŭrta bŭrtaubat, maka jikalau tiada kŭlak angkau bŭrjaga, aku akan datang kapadamu spŭrti pŭnchuri, maka tiada angkau kŭlak mŭngatahui pada jam yang manakah aku akan datang padamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Ingatlah kembali apa yang telah diajarkan kepada kamu dan apa yang telah kamu dengar. Taatilah semuanya dan bertaubatlah daripada dosa kamu. Jika kamu tidak bangun, Aku akan datang kepada kamu seperti pencuri dan kamu tidak akan mengetahui saatnya Aku datang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Ingatlah kembali apa yang telah diajarkan kepada kamu dan apa yang telah kamu dengar. Taatilah semuanya dan bertaubatlah daripada dosa kamu. Jika kamu tidak bangun, Aku akan datang kepada kamu seperti pencuri dan kamu tidak akan mengetahui saatnya Aku datang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 3:3
24 Iomraidhean Croise  

Di sana kamu akan teringat akan perilakumu dan segala perbuatanmu yang telah menjadikan kamu najis. Kamu akan muak kepada dirimu sendiri kerana segala kejahatan yang telah kamu lakukan.


Kamu akan teringat pada perilakumu yang jahat dan perbuatanmu yang tidak baik, dan kamu akan berasa muak kepada dirimu sendiri kerana kesalahan serta kekejianmu.


“Oleh itu, berjaga-jagalah, kerana kamu tidak tahu hari dan waktunya.”


Berhati-hatilah! Berjaga dan berdoa! Kerana kamu tidak tahu bila saatnya.


takut kalau-kalau dia datang tiba-tiba dan mendapatimu sedang tidur.


Kamu cukup mengetahui hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti datangnya pencuri pada malam hari.


Wahai Timotius, jagalah apa yang telah diamanahkan kepadamu. Jauhi bebelan dan pertengkaran yang bercorak duniawi serta sia-sia, kononnya atas nama ilmu pengetahuan;


Berpegang teguhlah kepada rangkaian kata-kata benar yang telah kamu dengar daripadaku, dengan iman dan kasih dalam Kristus Yesus.


Oleh itu, kita harus memberikan perhatian yang lebih kepada segala yang telah kita dengar; takut kita hanyut kelak.


Selagi ada hayatku, wajarlah aku mengingatkan kamu tentang hal-hal itu.


Saudara-saudara yang kukasihi, aku menulis surat yang kedua ini kepadamu. Aku menulis kedua-dua suratku untuk merangsang pemikiran murnimu untuk mengingatkanmu


Namun demikian, hari Tuhan akan tiba seperti datangnya pencuri pada malam hari. Langit akan lenyap dengan bunyi gemuruh dan segala anasir akan lebur oleh kepanasan yang dahsyat, bumi serta segala yang wujud di dalamnya akan hangus terbakar.


Lihatlah, Aku datang seperti pencuri. Diberkatilah orang yang berwaspada, dan menjaga pakaiannya, supaya dia tidak berjalan dan dilihat orang dalam keadaan telanjang lalu mendapat malu.


Namun demikian, kamu haruslah memelihara apa yang sudah ada padamu, hingga saat Aku datang nanti.


Sedarilah betapa dalamnya kamu telah terjerumus. Bertaubatlah dan lakukanlah apa yang kamu lakukan mula-mula lagi. Jika tidak, Aku akan datang dan mengalihkan kaki pelitamu dari tempatnya.


“Ingatlah, Aku akan datang dengan segera. Diberkatilah orang yang memeliharakan segala nubuat di dalam kitab ini.”


Aku akan datang segera. Peliharalah apa yang ada padamu dengan sempurna, supaya mahkotamu tidak diragut orang.


Aku menegur dan menghukum orang yang Kukasihi. Oleh itu, amalkanlah sikap bersungguh-sungguh dan bertaubatlah.


Bangunlah dan teguhkanlah apa yang masih ada padamu dan yang hampir mati kerana Kudapati apa yang kamu lakukan belum lagi sempurna di mata Allah-Ku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan